TIPS BERCUTI KE BEIJING

TIPS BERCUTI KE BEIJING

 

Ketika aku ke Beijing April lalu, Beijing sedang mengalami musim bunga. Jadi, tips-tips yang aku berikan ini, berdasarkan pengalaman dan keadaan semasa aku di sana.

 

1. Sentiasa bawa botol mineral kosong

 

Ke mana sahaja anda pergi, bawalah bersama botol mineral kosong. Tak lain dan tak bukan, tujuannya adalah untuk beristinjak. Tiada tap air di dalam tandas. Tap air hanya terdapat di sinki luar tandas. Jadi, botol air kosong ini akan digunakan untuk menadah air untuk beristinjak. Begitu juga di hotel. Tap air hanya ada di sinki, di dalam bilik, bukan di dalam bilik air atau tandas. Ni untuk hotel yang aku menginap lah. Hotel lain aku tak tahu (boleh rujuk gambar bilik, tandas dan shower dalam entri ni).Setiap kali aku beli air mineral, botolnya aku simpan. Memang aku simpan banyak-banyak kat hotel, senang nanti nak beristinjak. Tapi bila aku nak keluar berjalan-jalan, aku simpan botol-botol ni dalam beg, takut cleaner buang pula. I tell you what, setiap kali balik dari berjalan-jalan, sampai je bilik hotel, mesti aku nak terkencing, maklumlah cuaca sejuk. Tapi tak boleh nak lepaskan dia terus, sebab kena tadah air dulu dekat sinki. So, berjoget-joget lah aku menahan sementara tunggu air penuh. Uiiii…seksa..So, boleh juga kalau anda siap-siap tadah air banyak-banyak dalam botol dan simpan dalam beg sebelum keluar jalan-jalan. Ianya berguna untuk kes-kes emergency macam ni. Tapi make sure air tu tak tumpah dalam beg. Kang tak pasal-pasal lencun pula beg korang. Good idea juga kalau anda nak bawa paip getah, so boleh sambung direct ke dalam bilik air, tapi nanti pintu toilet tak boleh tutup rapat lah. Hehe =)

2. Rasa dulu air sebelum gunakannya

Maksudnya di sini, rasa dulu air tu dengan tangan, panas or sejuk sebelum gunakannya. Aku pernah merasa beristinjak dan berwudhuk dengan air yang panas sampai berwap-wap toilet tu dan juga dengan air yang sejuk giler, rasa macam pegang ais. Boleh baca entri Blogger Yang Terdesakuntuk pengalaman aku beristinjak dengan air yang sejuk sangat tu.Aku cadangkan, bila anda dah tahu air tu panas giler, tadah air tu dulu dalam botol, biarkan untuk seketika, bagi dia suam-suam kuku sikit, baru gunakan air tu untuk istinjak. Kalau tak, sendirilah kena tanggung, kalau anda curahkan air yang panas kat ehem-ehem korang tu.Aku ambil wudhuk dengan air tu, macam kena salai je muka aku ni aku rasa. Tapi, ada kelonggaran dalam Islam untuk kes-kes darurat macam ni. Silalah bertanya kepada ustaz-ustaz atau sesiapa yang arif mengenai berwudhuk dan istinjak jika air yang ada terlalu panas atau terlalu sejuk, kerana air yang terlalu panas dan sejuk ini tak elok untuk kulit dan kesihatan kita. Aku dulu masa pergi sana tak budget pun akan berdepan dengan situasi ni, so aku lenjan je guna air tu. Dekat entri ni, ada komen dari seseorang, tentang cara beristinjak dengan air yang sejuk. Silalah baca, ya.
3.  Tidur awal

 

Ketika musim bunga di Beijing, siangnya memang panjang. Memang puaslah berjalan. Tapi malam sangat pendek. Tak puas tidur. Hik2. Waktu solat mereka, tamat awal lebih sejam dari Malaysia. Kalau di Semenanjung Malaysia, dekat pukul 7 baru Subuh habis, tapi kat sana pukul 6 dah kira Subuh gajah, ya. Jadi, bangunlah awal subuh. Sebab tu, pemandu pelancong nasihatkan kami untuk tidur awal malam tu. Jangan tidur lambat, nanti susah nak bangun subuh. Lepas je subuh, dah kena bersiap-siap untuk sarapan dan aktiviti lawatan akan bermula.

4. Sapu losyen seluruh anggota
Cuaca di sana sejuk dan kering. Sapu losyen di seluruh anggota badan akan memberikan kelembapan pada kulit dan ini dapat mengelakkan dari kulit anda merekah. Hik2..jangan jadi macam aku, ya. Aku tak bawa losyen, habis mengelupas kulit kaki dan tangan aku. Memang lain macam je aku tengok keadaan kulit aku kat sana.

 

5. Sapu lip balm di bibir

 

Sebabnya sama juga macam di atas, untuk elakkan bibir dari pecah dan merekah. So, kena bawa lip balm ke mana saja anda berada. Cuaca di sana sejuk, kering dan berangin.

 

 

6. Kalau rasa gatal, jangan keruk

 

Sila jangan keruk anggota badan yang terasa gatal tu ya. Ini akan memudaratkan kulit anda. Memang tangan dan kaki rasa gatal-gatal je bila balik dari jalan-jalan tu.

 

7. Bersabun hanya sekali sehari

 

Selalunya kalau kita mandi, kita akan pakai sabun atau body shampoo kan. Tapi bila kat sana, pemandu pelancong nasihatkan agar gunakan body shampoo / sabun sekali je sehari untuk elakkan kulit terlalu kering dan mengelupas.

 

8. Pakai kasut bertutup

 

Cuaca sejuk, jadi kena pakai kasut yang bertutup. Juga untuk elakkan kaki krem.

 

9. Pakai pakaian tebal dan berlapis-lapis

 

Cantik sweater budak perempuan ni =D

Pakai kot/sweater musim sejuk seperti yang kita tengok orang putih selalu pakai kat TV tu. Kalau takde sweater macam tu, boleh pakai sweater biasa, tapi kenalah pakai berlapis-lapis. Tudung pun aku pakai 2 lapis, sebab leher rasa sejuk, lebih-lebih lagi bila angin tiup. Angin dia memang sejuk menusuk tulang walaupun ada cahaya matahari. Bila angin tiup je, huhu…memang menggigil. Suhu paling rendah ketika aku di sana ialah 0oC. Paling panas pun 17oC. Jika anda pergi pada musim sejuk, suhu boleh cecah -14oC. Walaupun ada cahaya matahari, tapi tak terasa langsung terikan mentari tu. Lebih elok lilit selendang kat leher. Tapi, kalau takde selendang, pakai je tudung 2 lapis.

 

10. Pakai sarung tangan

 

Cuaca yang sejuk, kalau tak pakai sarung tangan memang tak boleh tahan. Pakailah sarung tangan yang tebal dan khas untuk cuaca sejuk di oversea, sebab ada juga sarung tangan yang walaupun kita dah pakai, tapi sejuknya masih terasa. Masa aku berjalan di Istana Maharaja, aku tak pakai sarung tangan sebelah, sebab nak ambil gambar susah. Natijahnya, tangan aku berkedut seperti tangan perempuan tua berusia 100 tahun. Lepas tu, cepat-cepat aku pakai glove, hehe…

 

11. Standby duit untuk penerbangan balik

 

Jangan habiskan semua duit untuk membeli-belah. Perlu standby duit untuk charge bagasi. Biasanya bagasi akan di charge ikut berat. Aku menaiki Air Asia. Ketika di Lapangan Terbang Tianjin tu, masa nak timbang bagasi, mereka letak bagasi dalam besen kosong dan besen kosong  ni beratnya 2 kg. Maknanya, charge bagasi akan dikira untuk berat bagasi + berat besen tu. Boleh check kat website syarikat penerbangan yang anda naik, untuk mengetahui berapa fee yang dikenakan.

 

Alternatif untuk bagasi terlebih berat:

 

Boleh share dengan rakan rombongan yang lain. Time aku dulu, pihak urusetia ada tanya sama ada nak join group punya bagasi. Maksudnya, semua bagasi di timbang dan fee yang dikenakan akan dikira untuk total berat bagasi. Kadar bayaran kemudian dibahagikan ikut berapa orang yang join group ni. So, di sini, anda boleh jimat sikit daripada kena bayar fee untuk bagasi anda yang berat tu sendirian.

 

Alternatif untuk bagasi yang ringan
Tak payah join group yang kat atas tu sebab nanti anda mungkin rugi sebab kena bayar lebih. Check in je baggage untuk diri anda sendiri.

 

12. Bawa duit lebih

 

Siap-siaplah tukar duit lebih dari Malaysia lagi. Sebab kalau anda tukar di sana, anda akan dapat amaunt kurang dari jika anda tukar di Malaysia.

 

Contohnya:

 

RM 1 = RMB 2 (jika tukar di Malaysia)

 

RM 1 = RMB 1.80 (jika tukar dengan peniaga di sana).

 

Biasanya memang pemandu pelancong tak bawa kita ke tempat penukaran mata wang. Di sana, 99% dari tempat yang aku pergi, tak terima RM. Jadi, jika anda tak cukup wang RMB, mungkin ada peniaga yang terima RM, tapi rate dia lebih rendah dari yang sepatutnya (yang ni ikut peniaga tu nak letak rate berapa-berapa pun. Dia tahu kita dah terdesak nak beli barang tu, tapi tak cukup RMB). Kita dah rugi di situ. So, bawalah duit lebih dari Malaysia. Sebab kalau tak habis guna kat sana pun, boleh tukar semula apabila tiba di Malaysia.

 

Sekian sahaja untuk tips percutian ke Beijing dari aku. InsyaAllah, akan datang aku bagi tips membeli-belah di sana dan barang apa yang sangat berbaloi untuk di beli di sana.

 Siri pengalamanku bercuti di Beijing:

Bercuti di Beijing Episod 1

Bercuti di Beijing Episod 2

Bercuti di Beijing Episod 3

Bercuti di Beijing Episod 4

Bercuti di Beijing Episod 5 

Bercuti di Beijing Episod 6 

Keadaan Terdesak Ketika di Beijing

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Kongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang ‘share’ ini.

TIPS BERCUTI KE BEIJING

PERCUTIAN BEST DI BEIJING (PART 1)

Penerbangan ke Tianjin Airport mengambil masa selama 6 jam. 3 jam pertama dalam flight aku mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Maklumlah, aku tak cukup tidur. Balik kerja pukul 6.30 petang, pastu ke Larkin naik bas ke KL. Tiba di KL pukul 1.30 pagi. Soksek-soksek ngan akak aku dan arrange packing bag, aku start tidur pukul 3.30 pagi. Bangun semula sejam kemudian, dan mula gerak ke LCCT jam 5 pagi.

Perut memang berkeroncong. Sangat berterima kasih pada kawan kakak aku yang menyediakan mee goreng untuk kami. Alhamdulillah, dapat juga isi perut. Kira sarapan lah tu.

3 jam kedua di flight, aku dah tak boleh tidur lagi. Mula lah aku bangun2 dan berjalan-jalan. Pergi ke seat akak aku di bahagian tengah. Seat aku ke-3 dari belakang. Adeh, memang penat duduk dalam flight lama-lama.

Ni pengalaman pertama aku naik flight. Kiranya, hati nurani aku ni, memang cukup tak suka naik flight. Boring dong. Kalau naik bas boleh juga tengok pemandangan. Nak tengok pemandangan dari atas awan, silau dengan cahaya mentari pula. Lagipun, seat aku kat tengah. Huhu.

Aku bosan. Mulalah tangan ni gatal nak klik2 kamera.
Setelah 6 jam memanaskan kerusi flight Air Asia, akhirnya aku menjejakkan kaki di Tianjin Airport. Sebaik sahaja melangkah keluar dari Tianjin Airport, kami terus di sapa oleh angin yang kuat dan sejuk sehingga menusuk tulang-temulang. Semua orang excited time ni, termasuklah aku. Maklumlah, ni lah 1st time aku menjejakkan kaki ke negara orang. Excited sangat snap gambar, sampaikan aku jadi orang terakhir yang masuk ke dalam bas. Semua seat dah diduduki, kecuali satu seat tengah di bahagian belakang.
Pemandangan di luar Tianjin Airport

Perjalanan ke Beijing mengambil masa hampir 2 jam. Sepanjang perjalanan aku melihat pemandangan. Walaupun ramai yang tidur time ni, tapi tidak aku. Sebabnya, aku dah cukup tidur kat flight tadi. Lagipun, aku tak pandai tidur petang. (Tiba di Tianjin pukul 2.30 petang). Aku tak snap gambar pemandangan memandangkan aku duduk di bahagian tengah.

Sebaik sahaja tiba di Beijing, kami menonton persembahan akrobatik. Memang best dan mengasyikkan persembahan mereka ni. Yang paling menarik perhatian aku, persembahan sepasang lelaki dan perempuan (kiranya ibaratkan sepasang couple). Persembahan mereka sungguh asyik dan lemah gemalai.

Persembahan yang paling diminati dan dikagumi oleh semua penonton ialah persembahan motor berpusing-pusing di dalam globe.

Kat dalam globe ni lah motor yang pertama masuk, dan pusing-pusing kat dalam tu. Setelah beberapa minit (tak timing pula sela masa diorang), motor ke dua pula masuk. Kemudian, selepas beberapa minit, yang ke-3 pula. Mereka kat dalam tu buat beberapa formasi dengan motor2 mereka. Pada masa ni, kawan aku habaq, ni boleh masuk sampai motor ke-4. Yeke? Aku macam tak percaya je. Sekali je betul, muncul motor yang ke-4. Semua penonton dah bertepuk tangan. Setelah mereka berpusing2 kat dalam tu, muncul pula motor ke-5. Wah!! Sorakan dan tepukan tangan semakin gemuruh. Memang mantap lah diorang ni. Aku cuba membayangkan, tak pening ke kepala orang yang first tu. Fuhh..memang mantap la. Hebat!
Lepas tu, kitorang pergi makan. Tak susah makan kat Beijing ni. Ada banyak dah restoran halal yang dikendalikan oleh orang Muslim. Nak tahu restoran tu halal ke tak, tengok sign board dia. Kalau sign board warna hijau, maksudnya Halal. Signboard merah, tak halal. Kedai rokok kat sini pun ada yang  bersign board hijau. Ada juga rokok yang tak halal, ya.
Lepas makan, check in ke hotel.

 

Toilet yang hanya ada tisu paper je. So, di mana jua anda berada di China, sila bawa botol kosong untuk beristinjak
Shower. Walau tak berpeluh tapi mandi juga. Sebab dah terbiasa. Pemandu pelancong pesan, sabun 1 hari sekali je, untuk mengelakkan kulit kering dan mengelupas.
Tu je aktiviti kitorang pada hari pertama ni. Biasalah kan, hari pertama dan terakhir masa habis kat perjalanan je.
Bersambung ke siri berikutnya, di Jade Centre. 5 hari aku bercuti di Beijing. Yeay! Best sangat-sangat! Happy smiley

Yang suka berjalan,

error: Content is protected !!