APA YANG SAYA BELAJAR TENTANG BUAT DUIT DENGAN BLOGGING
Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
Sejak berblogging 3 tahun yang lalu, banyak yang telah aku belajar tentang buat duit dengan blogging. Walaupun tujuan asal aku buat blog bukanlah untuk buat duit dengan blog, tetapi setelah 5 bulan aku berblogging, aku mula belajar cara-cara untuk buat duit dengan blogging.
Buat Duit Dengan Nuffnang
Ya. Benda pertama yang aku belajar buat duit dengan blog ialah buat duit dengan Nuffnang. Tapi pada masa tu, target aku bukannya nak dapat duit dengan iklan yang ada di Nuffnang. Fokus aku masa tu ialah untuk dapatkan duit RM 30 untuk setiap entri yang dihasilkan. Ketika itu, ada projek Alpha Nuffnang. 30 orang pertama yang berjaya submit entri blog berdasarkan tajuk yang diberi akan dapat RM30.
Masa tu tengok blogger-blogger dapat duit dari projek tu, best je. Aku pun nak lah, tapi tak pernah dapat. Sebab tajuk entri selalu keluar masa aku tengah kerja. Bila aku balik kerja, cek kat website Nuffnang, dah ramai dah hantar. Huhu… habis quota sudah. Jadi, tak dapatlah aku merasa duit Nuffnang dari Projek Alpha tu sampai ke sudah. Huhuu… Sedih juga lah, sebab memang aku nak duit tu kan. Tak lama lepas aku join Nuffnang tu, projek Alpha tu pun tamat.
Tapi, walaupun aku tak dapat sesen pun dari Projek Alpha tu, aku dapat duit dari iklan Nuffnang yang tersiar di blog. Masa tu rasa memang best juga lah. Walaupun baru 5 hari join Nuffnang, aku dah dapat duit dari Nuffnang. Itulah duit dari blog yang pertama yang aku dapat, iaitu 50 sen. ^_^ Of course aku rasa happy sebab aku ada terbaca yang ada blogger yang dah setahun pasang iklan Nuffnang pun masih lagi tak dapat duit dari Nuffnang.
Apa rahsia untuk dapat iklan Nuffnang?. Owh, itu aku pun tak tahu kenapa aku pasang je iklan Nuffnang, dapat duit terus pada minggu pertama usia akaun Nuffnang aku. Mungkin sebab trafik juga kot. Aku ada juga terbaca blogger lain bagi tips. Walaupun Nuffnang tak kenakan syarat trafik, tapi lebih baik bila trafik blog dah cecah 100 UV (unique visitor) sehari, barulah apply Nuffnang. Wallahualam. Sejauh mana betul tip ni aku pun tak tahu. Kena test lah.
Kemudian, lepas satu-satu iklan Nuffnang muncul di blog aku ni sehingga aku dapat BE (buffered earning). Yang ni lagi best lah, sebab Nuffnang beli trafik kita. Tak lah harapkan orang klik iklan baru dapat duit. Orang masuk je dalam blog kita, dah dapat duit terus. Cuma, berapa banyak trafik yang Nuffnang beli tu, memang tak tahu.
Ada BE yang nilainya besar, ada juga yang nilainya kecil. Mula-mula memang dapat BE yang ciput-ciput je. Dapatlah RM 1+, RM 3+, RM 6+ untuk 1 BE. Tapi lama-lama, boleh dapat sehingga berpuluh-puluh ringgit untuk 1 BE.
Best?. Memang best lah. Sehinggalah satu kejadian di mana earning ku dipotong separuh sebab yang aku sendiri pun tak tahu. Aku hantar tiket pada Nuffnang, Nuffnang kata sebab aku ada tukar template. Erk… aku rasa konfius dan kecewa.
Disebabkan kekecawaan ini (bukan kekecewaan yang pertama sebenarnya aku dan Nuffnang),sebab dah beberapa kali kena potong earning tak pasal-pasal, maka aku mula mencari alternatif lain untuk mendapatkan duit dengan blogging.
Ya, memang aku buat blog bukan semata-mata untuk dapat duit. Cuma, bila aku dah dapat, Nuffnang dah beri, tapi dipotong separuh earning tu, aku jadi rasa sakit hati. Dah dah diberi lepas tu tarik balik. Lain lah kalau memang tak diberi terus. Aku ok je, tak meminta pun.
Frust punya pasal. aku pun cari jalan lain. Yang mana aku nampak, yang ni lagi masyuk Apa dia?. Affiliate lah. Promote ebook je. Aku mengkaji dan belajar buat duit dengan affiliate dari seorang blogger tauke cendol banting ni. Dia juga penulis ebook buat duit dengan affiliate menggunakan teknik SEO yang sangat istimewa.
Buat Duit Dengan Affiliate
Buat duit dengan affiliate bukanlah perkara yang mudah bagi aku. Tapi memang boleh dapat duit dengan mudah melalui program affiliate ni. Apa perkara pun yang kita nak buat, perlu ada ilmu dulu. Kena belajar. Banyak yang aku pelajari melalu program cabaran-cabaran affiliate yang aku sertai. Dari situ, aku mula berfikir dan mengkaji bagaimana caranya otai-otai affiliate berjaya buat duit sehingga 30 ribu dalam hanya seminggu je. Waduh, masyuk sungguh.
Buat duit dengan affiliate menggunakan blog memang ada cabarannya yang tersendiri. Mula-mula tu, memang sampai nak menangis aku, tengok penat-penat buat entri tapi tak ada 1 sales pun yang masuk.
Aku ubah-ubah entri, aku belajar macam mana nak buat entri yang boleh menjual sehingga lah pecah telur. Maksudnya, sehingga lah sales terhasil. PEcah angka kosong di dashboard affiliate tu. Masa tu rasa gembira tak terkata. Sales pertama yang kemudiannya menghasilkan jualan yang berikutnya.
Bahagia, gembira, bila dapat RM 1k lebih dalam masa seminggu je. Ya, sebab tu aku kata lebih masyuk buat duit dengan affiliate. Nuffnang, 2 tahu baru aku boleh dapat RM 1k +. Sebab aku tak pernah dapat Sponsored Post dari Nuffnang. Kalau nak buat duit masyuk dengan Nuffnang, kena dapatkan sponsored post lah. 🙂
Apapun, walaupun aku mengajuk dengan Nuffnang, aku tak terfikir lagi untuk menceraikan Nuffnang. Sehingga ke hari ni pun, aku masih lagi dapat duit dari Nuffnang. Walaupun tak banyak, tapi Alhamdulillah. Boleh lah buat bayar hosting setiap tahun. Memang rasa berterima kasih sangat dengan Nuffnang. Sebab kejadian-kejadian tu lah. aku buka mata untuk mencari peluang lain.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, kan ^_^. Pengalaman buat duit dengan blog memang best!