PENGALAMAN KENA DENDA DI SEKOLAH

PENGALAMAN KENA DENDA DI SEKOLAH

Aku yakin, rata-rata rakyat Malaysia ni banyak pengalaman kena denda di sekolah. Apabila diingat-ingatkan kembali selama 11 tahun zaman persekolahan aku, pengalaman kena denda di sekolah rendah memang tak banyak. Tapi, pengalaman kena denda di sekolah menengah memang banyak. Haha…gonjeng betul aku ni.

Masa sekolah rendah dulu memang aku tak banyak kena denda lah, sebab tak melakukan sebarang kesilapan pun sebenarnya. Cuma denda yang dikenakan tu bukan silap aku sendiri pun sebenarnya.

Maklumlah, zaman kanak-kanak dulu, aku ni anak murid yang baik. Cewah!. Ni bukan aku yang cakap lah, tapi cikgu yang cakap. Kawan-kawan aku pula cakap, ‘kau kan stok scorer-scorer!’.

Tapi, pengalaman menyaksikan orang lain kena denda tu memang banyak lah. Itu masa kat sekolah rendah lah, tapi, bila dah sekolah menengah lain pula jadinya, pelajar-pelajar lain pula yang menyaksikan aku didenda. Keh3..Okey, aku cerita satu persatu pengalaman aku kena denda di sekolah.

Pengalaman Kena Denda di Sekolah Rendah

Darjah 1

Masa darjah 1, guru kelas aku memang sangat pembersih orangnya. Setiap hari dia akan round satu kelas cari sampah, kertas atau gumpalan-gumpalan habuk di lantai. Pelajar-pelajar yang on duty hari tu pula akan membuntutinya ketika rondaan dilakukan. Jika terserempak dengan sampah, waima segumpal kertas di lantai, maka semua pelajar yang on duty hari tu akan dirotan sekali ditangan.

Tapi seingat aku, tak pernah kot kitorang kena rotan sebab bila cikgu cakap nak buat spot check sampah je, masing-masing terus tunduk tengok lantai dan kutip sebarang sampah yang berdekatan dengan meja masing-masing, kalau ada.

Natijahnya, kelas aku diisytiharkan sebagai kelas terbersih dan ceria setiap minggu ketika perhimpunan. Cuma kadang-kadang dan amat jarang sekali kelas lain dapat menewaskan kami. Hehe… :D. Kelas gitu!

Darjah 2

Masa darjah dua pula, cikgu matematik aku suka sangat buat congak. Sepuluh soalan setiap kali sessi congak diadakan. Selepas selesai semua sepuluh soalan, semua pelajar perlu beratur sambil membimbit buku congak masing-masing. Cikgu akan tanda buku congak tu on the spot.

Aku masih ingat lagi, jantung aku ni memang bekerja keras lah time berdiri sebelah cikgu, tengok cikgu tanda jawapan congak aku tu. Lup dup lup dup bunyi jantung ni mendendangkan irama cemas.

Kalau semuanya tanda betul, memang dunia ni dirasakan indah segala-galanya. Tapi kalau ada 1 je pun tanda pangkah kat jawapan aku…. huhu….dengan berat tulang tangan ni terpaksa dihulurkan pada cikgu untuk diketuk dengan pembaris dengan menggunakan pembaris kayu warna kuning tu.

Ehem! Bukan tapak tangan yang gebu yang diketuk, ya. Tapi balik tapak tangan yang banyak tulang tu!. Pembaris tu pula bukan melintang ya, ketika landing di tulang, tapi pembaris tu akan mengetuk tangan secara menegak. Keletak keletuk ler bunyi tulang temulang ni kena ketuk.

pengalaman kena denda di sekolah

Cikgu dengan selambernya hayun pembaris tu mengikut sifir yang ditetapkannya hari tu.  Kalau hari tu dia ikut sifir 2, maka, 1 soalan salah akan diketuk 2 kali. Kalau semua salah, huhu… memang pesta kelatak keletuk lah jawapnya. Kadang-kadang cikgu ikut sifir 3….Haaaa…kau, amik kau..tapi takde lah pula kes budak hancur tulang tangan time tu!.

Selalu ke tangan aku kena ketuk?. Hehe….Mestilah tak. Tapi tak bermakna tak pernah kena ketuk. Kena juga, cuma teramatlah jarang aku jawab salah. Kurang dari 10 kali kot tangan aku ni diketuk. Aku terjawab salah bukan sebab tak tahu jawapan, tapi aku ni careless. Soalan lain, aku jawab lain. So, padan muka aku, terimalah padah yang dicari sendiri. Biahahaha!

Aku memang hafal sifir. Walaupun baru darjah 2, sampai sifir 12 aku hafal. Nak tahu kenapa?. Sebab kat rumah pun ayah aku soal sifir. Tak dapat jawab jer, atau jawab lambat jer, memang betis dengan peha ni kena libas dengan rotan ler jawabnya. Sap! Ayah aku akan libas rotan tu tanpa sekelumit belas ehsan. Again, aku selalu tak kena libas dengan rotan tu, sebab selalu dapat jawab. Ngeh3… 😀 Tapi kesian tengok adik aku kena libas. Haduiii!

Ok, tu 2 je pengalaman aku kena denda di sekolah rendah. Sikit je kan. Tapi aku percaya, ada orang langsung tak pernah kena denda selama bergelar pelajar sekolah. Memang terbaik dari seluruh benua alam lah kan, budak-budak yang tak pernah kena denda ni. Aku tabik spring toing toing toing lah kat korang yang tak pernah kena denda ni. 😀

Pengalaman Kena Denda di Sekolah Menengah

Ok, sekarang cerita zaman remaja pula. Zaman remaja ni biasalah kan, zaman jiwa memberontak. Zaman nak mencuba segala macam benda baru. Zaman sekolah menengah juga zaman aku jadi budak glamour. Glamour sebab…bacalah cerita kat bawah ni … Hehe 😀

Tingkatan 1

Masa tingkatan 1 sekolah menengah, aku darjah 6 sekolah agama. Sekolah agama pagi, sampai pukul 11. Selepas sekolah agama, aku terus ke sekolah menengah, tak balik rumah pun sebab kalau balik pun buat penat je. Buang masa menunggu bas je lah jawabnya.

Sekolah menengah ni lokasinya di belakang sekolah agama. Malah aku kadang-kadang lompat pagar je bila aku terlebih virus pemalas. Malas nak ikut pagar utama kat depan, sebab jauh nak pusing. Lompat pagar blok belakang sekali, terus landing dekat padang utama sekolah menengah. Sekolah menengah ada 2 padang 😀

Disebabkan aku perlu bawa buku sekolah menengah dan sekolah agama sekaligus setiap hari, maka aku tinggalkanlah buku teks sekolah menengah yang tebal-tebal lagi memberatkan tu kat bawah meja sekolah menengah. Aku cuma bawa balik buku teks yang ada kerja sekolah je. Yang lain aku tinggalkan.

Satu hari tu, pengawas dengan machonya, buat spot check sebelum sessi persekolahan bermula. Habislah semua buku teks aku kena rampas. Dah aku nak belajar buku teks tak ada. Cet! Memang hampeh betul.

Rasa sakit hati aku pada ketua pengawas meluap-luap. Ketua pengawas ni sekelas je dengan aku kat sekolah agama. Dahlah budget macam semua perempuan minat kat dia, suka hati je nak rampas-rampas buku aku.

Nak tak nak, aku kena ke bilik disiplin, hadap guru disiplin untuk dapatkan buku-buku teks aku semula. Sebelum buku dipulangkan, of course lah aku dapat hadiah paling best dari guru disiplin. Apa lagi kalau bukan sebilah rotan landing di tapak tangan!.

Dalam hati aku “Ceh! Dah besar-besar pun kena rotan lagi ke?’. Aiseyman…

Oh, alangkah best nya KALAU masa tu aku setakat di rotan macam budak perempuan dalam gambar  ni, kan.

hukuman rotan di sekolah

Tingkatan 4

Bermula tingkatan 4, aku jalan kaki setiap hari ke sekolah. Adalah dalam 5 km jarak dari rumah ke sekolah. Pula tu aku bukanlah lalu jalan yang lurus, sebaliknya jalan yang aku perlu tempuhi ialah jalan yang berbukit bukau. Sekolah menengah ni memang letaknya di atas bukit. Daki, jangan tak daki. Kira aku exercise lah tiap-tiap hari. Kalau dah lambat sangat, aku berlari je mendaki bukit. Fuyooo…. penat tahap gaban!. Berlari dengan beg sekolah yang tersandang di bahu, buku di tangan. Sebab tu form 5 aku masuk olahraga. Acara lari 1500 m, lari 3 km dan acara jalan kaki. Hehehe…

Memang aku selalu datang lambat. Loceng dah bunyi baru terkedek-kedek nak masuk melepasi gate sekolah. Apalagi, kena tahan dengan pengawas lah. Macam-macam denda datang lambat aku pernah rasa.

Kutip sampah, nyanyi lagu Negaraku, ketuk ketampi…. paling best sekali kalau datang lambat hari Isnin. Sebab ada perhimpunan kan. So, dendanya ialah tayang muka kat depan perhimpunan. Ni yang aku cakap, aku glamour ni, orang kenal. Yayalah kan, kalau tak tayang muka macam tu, mana orang nak kenal. Tak glamour lah kan. Ahaha…dengan bangganya tayang muka. Aku dapat tayang muka… ko dapat?. Ehe…

 

Pengalaman Kena Denda di Sekolah Paling Sadis

Dalam banyak-banyak pengalaman kena denda di sekolah, inilah yang paling tragis dan paling tak dapat aku lupakan. Hari tu aku ingat lagi, aku tunggu bas dah hampir sejam dah. Tapi bayang-bayang bas pun tak muncul.

Sebab tu lah aku suka jalan kaki je pergi sekolah. Menunggu bas macam tunggu bulan jatuh ke riba. Bukannya makin cepat sampai sekolah, makin lambat adalah.

Hari tu memang hari keramat bagi aku. Masa tu aku tunggu bas dengan kawan. Selalunya aku tunggu bas dengan adik aku. Setelah bas tak muncul-muncul, aku ambil keputusan untuk jalan kaki je.Dalam hati aku menggerutu “Kalau dari tadi aku jalan kaki, dah sampai dah”.

Nak dijadikan cerita, tiba di sekolah memang dah lambat sangat dah. Pukul 8 lebih dah. Aku masuk melalui pagar paling hadapan di sekolah. Pagar utama sebab hari tu kelas pertama ialah kelas fizik. Makmal fizik berada di tepi pagar utama.

Tiba di makmal, sunyi sepi. Rupanya takde orang di makmal. Aku pun melangkah pergi, niat di hati nak menuju ke arah kelas aku yang terletak di banggunan paling belakang sekali.

Tiba-tiba 1 suara garau memanggil aku dari atas “Awak yang datang lambat tu, mari sini”. Aku mendongak ke arah tingkat atas. Guru Penolong Kanan rupanya yang memanggil aku.

Dengan muka innocent aku menghampirinya. Dia soal aku macam-macam. Yang best nya, dia tuduh aku masuk ikut pagar tepi sekolah. Pagar kecil yang menghubungkan sekolahku dan masjid jamek. Pagar kecil ni juga berada di tepi makmal Fizik.

Lalu diri ini dibebeli bagaikan aku membuat salah yang sangat besar.

GPK: “Dahlah datang lambat, masuk ikut pagar belakang pula tu”.

Aku: “Tak lah, saya masuk ikut pagar depan”.

Aku memang tak boleh terima cara dia memandang aku. Macam lah aku ni pelajar bermasalah sangat. Tengok aku atas bawah atas bawah.

GPK : “Tengok tu, buku pun tak bersampul”. Sambil matanya tertancap pada buku yang kupegang.

Aku: “Sampul”. (Sambil aku buku muka depan buku teks tu, dan tunjuk kat dia lipatan plastik sampul buku yang dah siap di bubuh selotape).  Aku memang suka guna sampul buku yang melekat kat buku, jadi, buku yang bersampul akan kelihatan seperti tidak disampul. Takde buku yang aku tak sampul. Buku latihan kecil yang kulit coklat tu pun aku sampul.

Cikgu berlagak tu tak puas hati! Mula dia cuba mencari kesalahan aku yang lain.

GPK : “Ni mesti pelajar corot ni. PMR hari tu awak dapat berapa A?”

Aku : “8A”.

GPK : “8A?. Yeke?”. (Sambil pandang aku atas bawah lagi tanda tak caya).

Ceh! Cikgu hampeh ni, memang betul pandang aku takde mata. Geramnyaaa!!

GPK : “Awak datang ni, mak bapa hantar ke naik bas?”

Aku : “Bas”.

GPK : “Heh! Tu memang suka lah naik bas. Sebab lepas sekolah boleh melencong sana sini. Melepak kat bandar. Sebab tu tak nak mak bapa hantar pergi sekolah”.

Dalam hati aku dah mendidih dah ni. Cikgu ni cakap ikut sedap rasa je. Aku tak pernah  melepak kat bandar lepas sekolah. Balik sekolah aku terus pergi sekolah menengah yang lain, naik bas. Tolong mak ayah aku meniaga kat kantin sekolah tu. Ada ke masa aku nak melepak!. Aku siapkan semua kerja sekolah pun kat sekolah, tak nak bawa balik rumah, sebab aku dah penat dah. Sekolah lagi, tolong mak ayah lagi sampai lewat petang. Malam je lah waktu aku nak berehat.

GPK tu semakin cakap ikut sesedap rasa dia. Siap libatkan mak bapa lagi. Aku semakin mendidih. Kemarahan aku meluap-luap. Kalau nak marah aku sekalipun, tak payah lah libatkan mak bapa aku. Cakap ikut suka hati dia je. Kalau tak tahu kedudukan family aku, tak payah lah cakap sesuka hati. Ingat aku orang senang ke?. Macam-macam yang dia cakap bagaikan tak mahu berhenti mulutnya tu. Orang laki pun kuat membebel. Sakit telinga.

Rasa sakit hati ni tak dapat ditahan lagi. Akhirnya, empangan air mata yang aku cuba pertahankan pecah juga. Meleleh air mata membasahi pipiku. Memang dah sifat aku, kalau aku tak dapat luahkan rasa marahku pada insan yang membakar hatiku, nescaya air mata lah yang menjadi galang gantinya. Aku bukan kememeh, tapi menangis adalah salah satu cara aku melampiaskan kemarahanku.

Aku dah tak boleh tahan lagi. Terus-terusan aku menangis dari perlahan beransur-ansur kuat. Menahan sendu dan sakit hati yang teramat. Melihatkan aku menangis, cikgu tu melepaskan aku pergi.

Dalam hati aku “tahu aku nangis je dari tadi. Tak payah lah aku dengar dia mencecah berjela-jela, mencari kesalahan aku satu persatu, sedangkan salah aku cuma satu sahaja. Datang lambat!”.

air mata senjata wanita

Sebenarnya, ketika dia meleteri aku, ada lagi satu orang budak datang lambat. Pun dipanggilnya dari arah atas. Budak tu pun sama dicari kesalahannya. Siap mention yang mak budak tu orang indo lagi. Nampaknya cikgu ni memang suka main mak bapa. Sampai bila-bila pun aku tak lupakan cikgu ni. Dia tak pernah mengajar aku.

Sebelum masuk ke kelas, aku rileks kat toilet lama-lama. Hilangkan kesan muka yang merah dan sembap. Segan lah weh, takkan aku nak masuk kelas dengan muka sememeh baru lepas menangis kot. Agak-agak muka dah cun, baru aku masuk kelas. Kelas batal, cikgu fizik tak datang hari tu.

Tingkatan 4

Aku rasa paling banyak pengalaman kena denda di sekolah masa tingkatan 4 lah. Aku cukup tak suka subjek pendidikan jasmani. Dahlah cikgunya macam mak tiri. Malas betul aku nak bawa baju sukan. Masa tu pula dah 2 minggu berturut-turut kelas batal. Geram je aku. Penat-penat bawa baju sukan, kelas batal pula.

Minggu berikutnya aku tak bawa lah baju sukan. Dengan harapan kelas batal juga hari ni, so bolehlah borak-borak je dengan kawan-kawan. Tapi, nasib tak menyebelahi aku. Cikgu adalah pula. Apa lagi, aku dapatlah habuannya. Lari keliling padang, 3 round dengan berbaju kurung.

Budak-budak laki yang duduk tepi tingkap kelas pun dok swit swit..alaaa yang bunyi dia macam tikus tu lah. Apa ke namanya perbuatan swit swit tu ek?. Biasalah kan, budak laki memang suka tengok budak perempuan berlari. Kena pula berlari dengan baju kurung. Ngeh3… Seronok lah depa cuci mata kan. Dok swit swit anak dara orang. Huhu…

Itulah dia pengalaman aku kena denda di sekolah. Tak lah banyak sangat, tapi pengalaman kena denda paling tragis tu memang aku tak boleh lupa. Cikgu tu telah menang award cikgu paling aku benci!. Masa aku kat matriks, satu hari tu kawan aku cerita kat aku, dia tak puas hati dengan cikgu ni sebab kata-kata yang terlahir dari cikgu tu jugalah. Perkara tu tak berlaku pada dia, tapi pada adik.

p/s: Siap juga akhirnya entri ni. Ni kali kedua aku taip entri ni. Entri yang pertama, tah apa yang aku tertekan masa taip, habis hilang semuanya. Huhu.. 🙁

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan olehAhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh AzmanismaContengconteng.com,LelakiAcai.comOhbukuAbrablog.com dan PanduanTNX.com

error: Content is protected !!