PULANG KE JOHOR BAHRU BERSAMA FIREFLY
Hari ke-5, hari terakhir aku bersama My Selangor Story 2011, bangun seawal jam 4.30 pagi kerana perlu berkumpul di lobi hotel jam 5.30 pagi. Walaupun flight aku jam 7.25 pagi, tetapi oleh kerana ada 2 orang peserta yang flightnya jam 6.55 pagi, maka kami (aku bersama 5 orang lagi peserta dari Indonesia) perlu berkumpul di lobi jam 5.30 pagi.
Huwaa…rasa sayang sangat nak tinggalkan katil dan comforter hotel yang sangat empuk ni. Tak puas rasanya sebab dapat tidur atasnya 4 jam sahaja. Kalau boleh nak bersembunyi disebalik conforter tu lagi. Tapi apakan daya, waktu telah tiba untuk aku pulang ke rutin harian biasaku.
Aku, Andi Gita, Andi Kus dan Shaleh Drehem bersarapan di tempat duduk yang disediakan di Sky Park Terminal sahaja. Sarapan kami pagi itu dibekalkan oleh pihak The Mix kerana kami tak dapat bersarapan pagi bersama-sama rakan blogger yang lain. Hik-hik. 😀
Tiba-tiba aku terbayangkan pelbagai juadah menarik yang menanti rakan-rakan blogger yang lain di hotel. Huhu..jelous ni. Tapi takpelah, aku perlu pulang seperti yang dijadualkan. Balik awal pun bagus juga, boleh berehat awal. 😀 Apa yang ada ni pun dah kira OK. Dalam flight dapat lagi makanan. 😀
Sementara menunggu masa berlalu, aku ternampak pramugari dan juga pilot sedang berjalan bersama-sama ni untuk memulakan tugas mereka. Jam 6.45 pagi, kami check in dan menunggu di balai pelepasan. Kami terbang ke Johor Bahru tepat pada masa seperti yang dijadualkan. Dalam fligt, aku memilih jus oren dan juga muffin.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai lewat 5 minit kerana cuaca agak kurang baik. Aku kemudian menjadi pemandu pelancong sementara kepara 3 orang rakan blogger dari Indonesia ini untuk membeli cenderahati untuk teman dan sanak saudara mereka. Kemudian, barulah aku pulang semula ke kolej kediamanku dengan menaiki bas dan teksi.
Lama juga aku menunggu bas yang tak kunjung tiba. Aku berbual-bual dengan seorang perempuan yang juga menunggu bas yang sama. Melalui perbualan denganya lah, baru aku tahu, bahawa tambang teksi dari perhentian Senai ke lapangan terbang ini hanya RM7 sahaja. Dush! Sakit je hati, bila dapat tahu kena tipu. Hari tu, aku kena ketuk sampai RM15. Lebih dari 2 kali ganda tu. Ingat lagi tak pada entri pertama ku, yang aku katakan bahawa aku ditipu?. Haa.. ni lah dia. Huhu…
Aku tiba di bilikku jam 12 tengahari. Maka berakhirlah perjalananku bersama My Selangor Story 2011. 😀 Walaupun penat, tapi seronok!. Memori indah yang kami cipta bersama tidak akan kulupakan. Miss they all. 😀
Terlalu banyak pengalaman pertamaku sepanjang menyertai My Selangor Story 2011 ini. Jom saksikan video ini, untuk semua pengalaman pertamaku:
p/s: Masih ingat lagi pada DSLR yang Pentax pinjamkan kepadaku?. Jom baca review, >> pengalamanku menggunakan Pentax K-r Digital DSLR berwarna pink! <<
Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011: