SINOPSIS & PELAKON PAAN PAIZ TV3

SINOPSIS & PELAKON PAAN PAIZ TV3

Drama Paan Paiz merupakan drama komedi terbaru di TV3. Drama terbitan Radius One Sdn Bhd sebanyak 13 episod ini mula disiarkan pada 11 April 2012 setiap hari Rabu jam 10 malam. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ni memang lawak dan mampu buat Sya Isya tergelak jugalah masa tonton drama Paan Paiz episod 1 tadi. 😀 Shamsull Hashim pula merupakan penulis skrip drama komedi terbaru tv3 ni.

Ada yang nak bagi tiket VIP percutian percuma ke Italy. Klik kalau nak. 

PELAKON PAAN PAIZ

Zahiril Adzim (Paiz)

Zalif Sidek (Paan)

Sari Yanti (Dira)

Norhayati Taib (Kak Leha)

Razak Ahmad

Yang ni sesuai untuk anda yang bercitarasa tinggi terhadap fesyen.

SINOPSIS PAAN PAIZ

Drama Paan Paiz  mengisahkan 2 orang sahabat karib yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak. Mungkin agak janggal melihat 2 orang lelaki yang sudah tiba usianya untuk berumah tangga asyik ‘berkepit’ ke sana sini tetapi perhubungan Paan dan Paiz memang seperti magnet dengan besi yang sukar dipisahkan.

Paan seorang yang pemalas, loyar buruk dan suka menjawab manakala Paiz seorang yang kacak, bergaya dan rajin. Paiz memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk kahwin. Paan menjadi marah kerana Paiz telah berahsia dengannya.

Siapakah bakal isteri Paiz itu? Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan! Dia tidak menyangka bahawa wanita yang akan ‘merampas’ kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira.

Gambar rumah atas pokok tertinggi 10 tingkat.

Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paiz berumah tangga, Paan sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Namun, kerisauan Paan tidak berpanjangan kerana Paiz tidak bercadang untuk berpindah keluar daripada rumah tersebut selepas kahwin.

Dira mula rimas dengan abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz asyik bersama Paan dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa untuk Dira. Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari sana. Apakah rancangan Dira akan berhasil?.

Tengok episod 1 tadi memang kelakar lah cerita ni. Sya suka juga tengok cerita kelakar-kelakar ni. Sekurang-kurangnya hilang sikit kebosanan. Lately ni drama kat tv3 kurang sikit menarik minat aku untuk follow selepas drama Vanila Coklat tu. Drama Cinta Buat Emelda pula aku tengok alahai, slow nya plot ceritanya. Huhu…

Sumber maklumat dari Press Release tv3.com.my

Kongsi info mengenai Paan Paiz ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!

Fatal error: Allowed memory size of 268435456 bytes exhausted (tried to allocate 10489856 bytes) in /home/eertoado/public_html/wp-includes/functions.php on line 625