PERADUAN MENULIS CERPEN REMAJA SEKOLAH MENENGAH 2011

PERADUAN MENULIS CERPEN REMAJA SEKOLAH MENENGAH 2011

Peraduan Menulis Cerpen Remaja Sekolah Menengah 2011 ini merupakan kesinambungan daripada siri Peraduan Menulis Karya Kreatif yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2008.

Tarikh mula peraduan: 1 April 2011

Tarikh tutup: Pada atau sebelum 30 Ogos 2011

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1. Terbuka kepada pelajar sekolah menengah, warganegara Malaysia berumur 13-17 tahun.

2. Peraduan dibahagikan kepada 2 kategori:

  • Kategori remaja 13-15 tahun
  • Kategori remaja 16-17 tahun

3. Cerpen yang dihasilkan mestilah sesuai untuk bacaan kelompok remaja dalam lingkungan umur 13-15 tahun dan 16-17 tahun.

4. Tema peraduan adalah seperti berikut:

  • Alam persekolahan
  • Kasih sayang
  • Kekeluargaan
  • Alam sekitar
  • Perpaduan
  • Kemasyarakatan

 

KLIK SINI UNTUK PROMOSI TIKET PENERBANGAN MAS (DOMESTIK). MURAH! MURAH!

 

5. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar maksimum 2 cerpen sahaja.

6. Karya yang dihantar mestilah bertaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau 2 baris. Jenis tulisan Arial, saiz tulisan 12.

7. Panjang teks cerpen adalah dalam lingkungan antara 1800-2000 patah perkataan.

8. Karya mestilah dihantar dalam 2 salinan. Satu salinan bercetak, dengan judul karya hendaklah ditulis pada halaman kulit naskah dan satu salinan dalam bentuk disket/CD atau melalui e-mel dengan melabel nama, umur dan tajuk karya.

9. Karya yang dihantar mestilah disertakan borang penyertaan yang lengkap dengan gambar berukuran pasport serta perakuan daripada Guru Besar dengan tandatangan dan cap sekolah.

10. Karya yang dihantar mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa perngertian karya itu bukan karya asli, serta belum pernah tersiar / diterbitkan oleh mana-mana pihak.

11. Sekiranya karya yang dihantar ternyata diciplak, penyertaan akan terbatal dengan serta-merta. Jika karya tersebut memenangi peraduan ini, maka hadiah tersebut terbatal dengan sendirinya.

12. Karya yang memenangi hadiah akan dipertimbangkan untuk disiarkan dalam majalah terbitan DBP atau diterbitkan dalam bentuk buku sebagai karya kompilasi.

KLIK SINI UNTUK PROMOSI TIKET PENERBANGAN MAS (ANTARABANGSA & DOMESTIK). MURAH! MURAH!

13. Setiap karya yang lengkap berserta borang penyertaan, disket/CD dan sekeping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Urus setia,

Peraduan Menulis Cerpen Remaja Sekolah Menengah 2011,

Bahagian Pengembangan Kesusateraan Kanak-kanak dan Remaja,

Tingkat 22, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

 

HADIAH

 

KATEGORI REMAJA 13-15 TAHUN

Tempat pertama: RM300.00

Tempat kedua: RM250.00

Tempat ketiga: RM200.00

10 hadiah sagu hati: RM100.00

 

KATEGORI REMAJA 16-17 TAHUN

Tempat pertama: RM300.00

Tempat kedua: RM250.00

Tempat ketiga: RM200.00

10 hadiah sagu hati: RM100.00

Semua pemenang akan menerima hadiah wang tunai dan sijil.

 

BORANG PENYERTAAN:


Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh didapati di link ini: PPD KLUANG.

Sila rujuk kepada cikgu anda untuk mendapatkan borang.

 

MAKLUMAT LANJUT / PERTANYAAN:


Jika ada sebarang pertanyaan atau anda menginginkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Tel: 03-21482572 (Pn. Zabidah Yahya)

E-mel: zabidah@dbp.gov.my

atau

Tel: 03-21482568 (Pn. Zaharah Ngah Marzuki)

E-mel: zahmar@dbp.gov.my

atau

Talian umum: 03-21481011

Faks: 03-21447269

KLIK SINI UNTUK SYARAT PERTANDINGAN MENULIS CERPEN KANAK-KANAK

Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!