GAMBAR PERASMIAN LEGOLAND MALAYSIA

GAMBAR PERASMIAN LEGOLAND MALAYSIA

Ada yang pergi masa perasmian Legoland Malaysia?. Buat masa ni aku masih tak berpeluang lagi untuk menjejakkan kaki ke Legoland Malaysia. Sedang berusaha untuk mendapatkan annual pass pada harga yang lebih murah. Tak tahu dapat ke tak. InsyaAllah, ada rezeki aku adalah. Tak pun, boleh cuba nasib, ngendeng kat Maybank. Kot boleh mereka sponsor macam blogger ni dapat sponsored trip 3D2N ke Legoland Malaysia. Jelous I tau!. huhu..

Ok, ni beberapa keping gambar perasmian Legoland Malaysia pada hari pertama, 15 September 2012. Aku cekau gambar ni dari Facebook rasmi Legoland Malaysia.

gambar perasmian Legoland Malaysia orang ramai hari pertama

gambar perasmian Legoland Malaysia orang ramai hari pertama

See the crowd?. Memang ramai. Berjuta-juta manusia ni. No wonder ada yang kata jangan pergi hari pertama. Beratur panjang lah jawabnya. Tapi aku nak je juga pergi time perasmian ni. Sebab ada benda yang tiada masa hari-hari lain kecuali masa perasmian je ada. Contohnya macam 2 gambar bawah ni.

Ada pancaragam dan General Manager Legoland Malaysia lambai-lambai tangan…

General Manager Legoland Malaysia melambai tangan di majlis perasmian

General Manager Legoland Malaysia melambai tangan di majlis perasmian

Pastu ada pula bunga api di malam hari…

gambar perasmian Legoland Malaysia bunga api klcc

gambar perasmian Legoland Malaysia bunga api KLCC

Real je kan. Macam kat KL… Fuuhhh… Menurut admin FB Legoland Malaysia, bunga api ni ada selama 3 hari. 15, 16 dan 17 Sept. Yosh! Aku akan menjejakkan kaki ke Legoland malam ni. Nak ajak member tengok bunga api. Aku suka je tengok bunga api. Cantik!. Lebih banyak gambar pembukaan Legoland Malaysia di Johor boleh tengok di SINI.

Dah tahu Harga Tiket Legoland Malaysia?

Kongsi gambar perasmian Legoland Malaysia ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB dengan menekan butang like/share ini. Like FB syaisya.com untuk update-update akan datang.

PROMOSI 30% DISKAUN HARGA TIKET LEGOLAND MALAYSIA

PROMOSI 30% DISKAUN HARGA TIKET LEGOLAND MALAYSIA

legoland malaysia johor bahru promosi tiket

Hari tu balik kampung sempat singgah sekejap kedai buku Popular. Kat pintu masuk kedai tu, terpampang pula promosi baucar 30% diskaun tiket Legoland Malaysia. Oh, teruja aku melihatnya, lalu bertanya pada cashier di kaunter.

Menurut cashier tu, voucher 30% diskaun off day tiket Legoland Malaysia ni akan diberikan kepada ahli kad Popular yang membuat belian RM50 ke atas dalam 1 resit. Limit untuk setiap orang 4 voucher. Hoho.. best ni. At least dapat juga diskaun kalau nak masuk Legoland Malaysia ni.

HARGA TIKET LEGOLAND MALAYSIA

Harga 1-Day tiket:

Tiket Harga Biasa
Dewasa (12-59 tahun) RM 140
Kanak-kanak (3-11 tahun) RM 110
Warga emas (60 tahun ke atas) RM 110

Sekarang ni tengah ada promosi Annual Pass Legoland Malaysia.

HARGA ANNUAL PASS LEGOLAND MALAYSIA

Tiket   Harga Biasa Harga Promosi
Dewasa (12-59 tahun) RM275 / SGD115 RM245 / SGD102
Kanak-kanak (3-11 tahun) RM210 / SGD88 RM180 / SGD75
Warga emas (60 tahun ke atas) RM210 / SGD88

KELEBIHAN ANNUAL PASS LEGOLAND MALAYSIA

1. Menikmati diskaun RM 30.00 / SGD 13.00 (Limited time offer).

2. Unlimited entry!. Boleh masuk ke dalam Legoland Malaysia ni seberapa banyak kali yang anda nak. termasuk hari minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Nak masuk tiap-tiap hari pun boleh, kalau larat dan tak de kerja lain nak buat. hehe 😀

3. Annual pass ni hanya sah untuk 12 bulan dari tarikh penebusan dibuat. So, selama setahun tu, kalau tak nak rugi beli pass ni, datanglah ke Legoland selalu. Baru boleh rasa berbaloi-baloi beli pass ni.

JUALAN TIKET PROMOSI LEGOLAND MALAYSIA

Wow! Harga boleh tahan mahal?. Hehe… Don’t worry, tiket promosi untuk 1-Day tiket dan juga annual pass ni boleh di beli di lokasi-lokasi berikut:

  • Travel Carnival, Hall 5A Singapore Expo: 4 Ogos 2012 – 5 Ogos 2012, 10.00am – 10.00pm.
  • AEON Tebrau City, Johor Bahru: 24 Julai 2012 – 29 Julai 2012, 10am -9pm (Alamak! dah lepas lah. huhu)
  • Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC), Danga Bay*:  Setiap hari Sabtu dan Ahad, 2pm – 7pm (mulai 28 April 2012)

*Dalam bangunan yang sama dengan Kong Inn Seafood Restaurant dan berdekatan Lazio Italian Restaurant.

Tiket boleh beli secara online di website rasmi Legoland Malaysia.

ADA APA DI LEGOLAND MALAYSIA

Ramai yang tertanya-tanya. Apa ada kat Legoland?. Haaa…layan gambar, yok. Picture Tells Thousand of Words!

Lego KLCC Petronas Twin Tower Legoland Malaysia

Lego KLCC Petronas Twin Tower Legoland Malaysia

 

Lego Kingdom Legolan Malaysia JB

Pintu masuk The Dragon Coaster

dinasour Legoland Malaysia Johor Bahru

 

roller coaster legoland malaysia

The Dragon Coaster

 PERASMIAN LEGOLAND MALAYSIA

Legoland Malaysia akan dirasmikan pada 15 September 2012.

Tengok gambar-gambar ni, memang rasa nak pergi je. Rasanya memang aku akan pergi Legoland ni. Kalau boleh nak datang time perasmian. Mesti meriah! Bukan jauh pun. Dekat je dengan tempat tinggal aku. Cuma rasanya kenalah kumpul rakan-rakan yang berminat untuk pergi sekali. Pergi sorang-sorang tak best lah kan. Owh, kalau bawa anak sedara aku ni mesti lagi seronok ni!. Yosh! Aku akan goda adik dan adik ipar aku untuk pergi sini. hehe 😀

Legoland Malaysia ni terletak di Nusajaya, Johor Bahru berdekatan dengan jambatan kedua ke Singapura. Memang rasanya orang Singapura pun akan suka datang ke Legoland ni nanti. Kira macam tukar lah juga, kan. Orang Malaysia suka pergi Universal Studios Singapore. Aku pernah pergi USS ni, tapi tak masuk dalam lah. Bergambar kat globe tu je. 😀

PETA LEGOLAND MALAYSIA

peta legoland malaysia map

Map Legoland Malaysia

Lebih banyak gambar Legoland Malaysia boleh dilihat di FB Official Legoland Malaysia.

Kongsi artikel Legoland Malaysia ini dengan rakan-rakan anda di FB dengan menekan butang Like/Share ini.

error: Content is protected !!