by syaisya | Jul 3, 2010 | Jalan-jalan, Langkawi
Alhamdulillah, akhirnya entri tentang tempat menarik di Langkawi yang aku sekeluarga lawati dah tiba ke penghujungya dan aku jadikan
Tanjung Rhu sebagai tempat terakhir untuk siri Tempat Menarik Di Langkawi.
Dah jadi kebiasaan kami sekeluarga bercuti dengan budget yang terhad. Datang dari Selatan ke Utara, kami memilih jalan darat. Penat memang penat, tapi best juga, jelajah dari 1 negeri ke 1 negeri. Bila singgah RNR tu, bertukar-tukar loghat bahasa aku dengar. Dah nama pun percutian budget, jadi, kebanyakan tempat yang kami lawati ialah FOC (Free OF Charge). Hehe…
Tempat yang kena bayar cuma
Cable Car,
Underwater World dan
Aktiviti Islad Hopping. Untuk aktiviti Island Hopping, kami sekeluarga (7 orang) menyewa 1 bot, RM200 sahaja. OK lah tu, kan. Kami sewa bot untuk kami sekeluarga je, tak campur dengan orang lain.
Aku tak buat entri untuk tempat makan yang best, sebab kami sekeluarga agak tak berpuas hati dengan tempat makan di sana. Hanya 1 tempat je yang memuaskan hati dan kami makan 2 kali di sana. Murah pun murah, sedap pun sedap. Bagi tekak kami, sedaplah. Tekak orang lain, aku tak tahulah, sebab sedap ni adalah perkara yang subjektif. Ikut lidah yang merasa.
Gulai Panas
Ulam
Kailan Ikan Masin
Sebagai entri penutup, ni serba sedikit pemandangan dari Hotel yang kami sewa selama 3 hari 2 malam, Hotel Bella Vista (RM300++).
Hotel Bella Vista
Pemandangan dari Aras 4
Pemandangan zoom dari aras 4
Alhamdulillah, akhirnya, siap 1 siri. Lepas ni nak siapkan entry Penang dan Beijing pula.
by syaisya | Jun 15, 2010 | Jalan-jalan, Langkawi
Sebelum ni aku dah bercerita mengenai
Waterfall yang terletak berhampiran
cable car. Kali ni aku ingin menceritakan pada kalian tentang apa yang Tanjung Rhu beri kat aku.Tanjung Rhu telah memberikan aku satu pengalaman yang takkan dapat aku lupakan selagi nyawa di kandung badan. Pengalaman yang tidak pernah terlintas difikiran aku. Terasa aku bertapa besar kuasa Yang Maha Esa.
Di saat fajar sudah mula menyingsing, kami sekeluarga ke Tanjung Rhu yang terletak di hujung Utara Langkawi, berdekatan dengan sempadan Thai. Dari jauh, tatkala aku mula menjejakkan kaki di pasir Tanjung ini, aku dapat melihat beberapa deretan manusia sedang berjalan menuju ke tengah lautan.
Sekumpulan manusia sedang berjalan ke tengah laut
Tengok orang yang berjalan tu, aku mula meletakkan target untuk sampai ke pulau kat tengah tu
Gambar di ambil dari tengah laut
Aku tengok je orang berjalan semakin menghampiri pulau tu dengan perasaan jelous. Aku nak pergi lagi dekat, tapi mak tak bagi. Huhu..kena dengar cakap orang tua.
Sepanjang aku berada di tengah laut ni, aku berfikir akan kejadian ini. Macam mana boleh berjalan sehingga ke tengah laut ni. Air separas buku lali je, walau dah sampai ke tengah. Kalau tak toleh ke belakang, memang tak perasan yang aku sudah jauh berjalan.
Aku dan adik, mula membuat pemerhatian dan kesimpulan. Kesimpulan yang adik aku dapat, ni teori adik aku lah, jelas kelihatan ombak datang dari 2 arah (dari kanan dan kiri) dan ombak ni bertemu di tengah-tengah. Sebab tu pasir di bahagian tengah jadi tinggi. So, boleh berjalan di atasnya.
Jelas sekali, air di sebelah kanan berwarna biru (dalam) dan di sebelah kiri boleh nampak pasir (cetek).
Bila senja melabuhkan tirainya, jelas kelihatan pasir tinggi sebab air dah mula surut.
Kami sekeluarga melangkah pulang sebab hari dah semakin senja. Dah nak gelap dah. Lebih baik cepat angkat kaki. Akak dan adik aku mandi manda kat sini. Aku tak mandilah, jalan je, sambil menghayati ciptaan Allah S.W.T. yang cukup unik ni.
“Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu adalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia. (Surah Yaasin: Ayat 82)
p/s: Kat sini ada Tanjung Rhu Resort. Rasa macam best juga kalau dapat stay kat resort ni. Tepi pantai, tu!.
p/s/s: Bila aku fikir-fikirkan balik, betul juga kesimpulan yang adik aku buat tu. Faktor ombak. Korang pula, apa pendapat korang?
Entri berikutnya >> Tempat makan sedap & Hotel di Langkawi <<
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Yang suka berjalan,