CONTOH SOALAN & TIP PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
CONTOH SOALAN & TIP PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
FORMAT PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Peperiksaan ini mengandungi tiga (3) bahagian iaitu:
a. Seksyen A – Pengetahuan Am
b. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
c. Seksyen C – Sahsiah dan Minat
Semua seksyen ini, jawapan hendaklah dibuat dalam Kertas OMR.
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Contoh Soalan Seksyen A (Pengetahuan Am) :
1) Komponen asas komputer terdiri daripada empat bahagian iaitu Peranti Input, Peranti Output, Unit Storan atau Unit Ingatan dan Unit Pemprosesan.
Tetikus merupakan contoh bagi
A Unit Storan.
B Peranti Input.
C Peranti Output.
D Unit Pemprosesan
Jawapan: B
2) Protokol utama yang digunakan dalam World Wide Web (WWW) untuk memindahkan maklumat ialah
A Internet Protocol.
B File Transfer Protocol.
C Hypertext Transfer Protocol.
D Anonymous File Transfer Protocol.
Jawapan: C
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
i) Kemahiran Menggunakan Logik
1) Antara nombor-nombor berikut, yang manakah ganjil?
A 64
B 54
C 49
D 4
Jawapan: B
Teknik Menjawab:
Kesemua nombor ialah hasil kuasa dua kecuali 54.
ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
1) Data di bawah menunjukkan bilangan pelanggan yang datang ke kedai serbaneka dari lima buah taman berhampiran pada satu bulan.
Cari nilai kebarangkalian bagi seseorang pelanggan dari Taman Mewah yang datang ke kedai serbaneka tersebut.
A 18/33
B 8/35
C 8/33
D 3/8
Jawapan: C
Teknik Menjawab:
penerangan : 4000 / 4500 + 2300 + 2200 + 4000 + 3500 = 8/33
iii) Konsep Matematik
1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika
perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu
sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam
pertandingan tersebut?
A 28
B 49
C 56
D 62
Jawapan: A
Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah
8 x 7 / 2 = 28
Peringatan:
Anda perlu cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, anda mungkin berpeluang untuk dipanggil temu duga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 adalah lebih baik.
Download lebih banyak contoh soalan dan jawapan Peperiksaan Penolog Pegawai Teknologi Maklumat di link berikut :
DAPATKAN PAKEJ RUJUKAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Untuk menjawab dengan baik soalan peperiksaan nanti, anda boleh mendapatkan panduan bertulis khas yang disediakan oleh Tim Infokerjaya khas untuk anda. Atas permintaan ramai, rujukan ini akan mula dibuka untuk jualan bermula 3 March.
Melalui panduan ini, anda dapat membiasakan diri dengan soalan peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 melalui nota yang disediakan. Selain dari itu, contoh soalan dan jawapan juga disediakan.
Mahirkan diri anda menjawab soalan peperiksaan ini dengan topik, soalan dan jawapan yang disediakan dalam panduan ini.
Panduan yang dikeluarkan ini telah terbukti membantu ramai calon untuk lulus peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 yang lalu.
CARA UNTUK DAPATKAN PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT INI
Panduan boleh didapati bermula 3 March 2014. Untuk mendapatkan panduan ini, klik pada link di bawah :
Klik like dan share untuk membantu rakan-rakan anda yang lain membuat persiapan peperiksaan. 🙂