CARA BERNIAGA MELALUI FACEBOOK
Teknik Pemasaran Facebook Yang Berkesan sangat membantu para peniaga yang ingin mengetahui cara berniaga melalui Facebook. Walaupun ramai yang dapat buat duit dengan Facebook dan jualan meningkat banyak dengan Facebook, namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab sebelum berniaga melalui Facebook.
Persoalan yang Perlu Ada Jawapan Sebelum Berniaga di Facebook
- Siapakah bakal pembeli produk kita?
- Di manakah tempat kita berhubung dengan bakal pembeli produk kita?
- Bagaimanakah cara kita mendapatkan bakal pembeli produk kita?
- Apakah produk yang mendapat permintaan pembeli?
- Apakah produk yang patut kita tawarkan?
Soalan-soalan ini adalah sangat penting untuk dijawab sebelum mula menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran kerana ini akan menentukan hala tuju dan matlamat kita untuk berjaya dalam pemasaran Facebook. Ianya tidaklah terlalu sukar sebenarnya jika kita tahu akan teknik sebenar. Cara paling mudah ialah belajar dengan orang yang telah berjaya dalam pemasaran Facebook.
.
.