HARGA, SPEC, GAMBAR PROTON SAGA FLX

HARGA, SPEC, GAMBAR PROTON SAGA FLX

 

harga spec gambar proton saga flxPada 25 Julai 2011, Proton Holdings Berhad telah melancarkan Proton Saga FLX 1.3. Proton Saga FLX menggunakan teknologi terbaru iaitu transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT – continuously variable transmission), menjadikan pemanduan lebih lancar dan prestasi keseluruhan lebih cekap.

Selain pengenalan sistem CVT, Saga FLX Executive dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan lebih baik seperti Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB), selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang depan. Tetapi untuk varian asas Saga FLX Standard, tiada ketiga-tiga ciri keselamatan tersebut.

PROTON SAGA FLX VS PROTON SAGA FL

CIRI-CIRI PROTON SAGA FLX  PROTON SAGA FL
Kuasa kuda kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum  6,000rpm.
Penggunaan petrol bagi setiap 100 km 5.7 liter (manual 5-kelajuan)  6.0 liter
Penggunaan petrol bagi setiap 100 km 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan)  6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT


 

PROTON SAGA FLX 1.3 MENJIMATKAN PETROL

Proton telah melakukan ujian dan mendapati tahap penjimatan petrol boleh mencapai sehingga 4% (dalam bandar) dan hampir 10% (lebuh raya).

Awal lawan Scha!. Siapa menang?

 

HARGA PROTON SAGA FLX 1.3

(berdasarkan warna metalik)

 

 VARIAN SEMENANJUNG MALAYSIA   SABAH/ SARAWAK  LABUAN  LANGKAWI
Standard MT  RM 38,598  RM41,378 RM 38,298  RM 36,448
Standard CVT  RM 41,598  RM44,378  RM41,298  RM 39,448
Executive MT  RM 42,398  RM45,198  RM41,648  RM 40,098
Executive CVT  RM 44,998  RM47,798  RM44,248  RM 42,698

 

WARNA PROTON SAGA FLX

Elegant Brown (Warna baru)

Tranquility Black

Genetic Silver

Solid White

Blue Rock

GAMBAR PROTON SAGA FLX 1.3 (EXTERIOR)

Sumber gambar dari SINI

GAMBAR PROTON SAGA FLX 1.3 (INTERIOR)

Sumber gambar dari SINI

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Proton Saga FLX ini di SINI.

Sumber maklumat mengenai Proton Saga FLX diambil dari Arena Kereta dan www.epicsaga.com.my

p/s: Proton juga ada membuat promosi Proton Inspira sempena Hari Raya yang bakal menjelang nanti. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Kongsi harga, spec dan gambar Proton Saga FLX ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dan Twitter dengan menekan butang share dan Tweet ini.

error: Content is protected !!