EPISOD AKHIR RAMADHAN TERAKHIR

EPISOD AKHIR RAMADHAN TERAKHIR

sinopsis ramadhan terakhir banner

Epsiod akhir Ramadhan Terakhir dah pun melabuhkan tirai. Sakinah meninggal pada malam raya. Satu keluarga bersedih di atas kematiannya. Sakinah sempat memasakkan nasi goreng untuk mama dia.

Puan Mazni tanya Hashim siapa yang menyebabkannya berubah. Hashim jawab dia sering mimpikan Khadijah, bliknya terbakar dan jenazahnya terkujur di katil biliknya. Khadijah muncul sambil mengucapkan “dia akan datang selamatkan kau”. Mazni ¬†tanya siapa ‘dia’?. Hashim menggeleng tak tahu. Mungkin Sakinah. Tapi Mazni kata, Kinah datang untuk selamatkan dia, bukan Hashim. Mazni mencadangkan agar mencari Khadijah. Hashim setuju.

KLIK UNTUK TENGOK 2 IKLAN RAYA BARU DARI PETRONAS

Pencarian Khadijah tidak berhasil apabila semua orang yang dihubungi tak mahu buka mulut sebaik sahaja mendengar nama Mazni. Akhirnya, Mazni mengajak seisi keluarga menunaikan solat hajat kerana teringat pesan Kinah untuk memohon kepada Allah.

Akhie bawa maknya datang beraya ke rumah Hashim. Mak Akhie seperti kenal Hashim sebaik sahaja melihat muka Hashim. Mak Akhie berasa marah pada Hashim kerana meninggalkan Khadijah yang ketika itu sedang mengandung. Khadijah merana menantikan kedatangan Hashim. Akhirnya, Khadijah meninggal setelah 7 bulan melahirkan Akhie.

ADAKAH ANDA SMART, WANABE ATAU VULNERABLE FUNANCER? KLIK UNTUK MENGETAHUI ANDA YANG MANA 1?

Akhie terus keluar dari rumah sebaik sahaja mengetahui yang Hashim ialah bapa kandungnya. Hashim ingat Akhie marahkannya. Tapi sebenarnya Akhie tidaklah marah sangat pada Hashim, cuma dia rasa teringin sangat nak merasa kasih sayang seorang ayah. Mereka berpelukan di luar rumah.

Mak Akhie bawa Hashim sekeluarga ke kubur Khadijah. Mazni minta maaf pada Khadijah sebab merampas suaminya dan berjanji akan menjaga Akhie dengan baik. Hashim pula mengucapkan terima kasih di atas mimpi Khadijah.

NAK VOUCHER AIR ASIA RM 400 TAK?. KLIK LAH KALAU NAK TAHU MACAM MANA NAK DAPATKANNYA. MANA TAHU REZEKI ANDA, KAN?

Begitulah episod akhir Ramadhan Terakhir. Cerita yang penuh emosi dan banyak pengajaran yang tersirat dan tersurat. Satu kisah teladan yang elok untuk direnungkan.

Jom download lagu tema Ramadhan Terakhir: Jangan Lupa Namaku nyanyian kumpulan Pompa Bensin. 

Entri sebelum ini:

Malam ni episod akhir Ramadhan terakhir. Ingatkan Sakinah akan meninggal pada episod terakhir, rupanya episod malam tadi lagi Sakinah dah tak sedarkan diri. Adakah dia sudah pergi? Atau sekadar pengsan je?. Tapi episod malam tadi pun macam sedih-sedih sikit bila tengok Sakinah macam cuma menggembirakan dirinya sendiri dengan bertanya macam-macam soalan pada Mazni, mama dia.

Masa mula-mula tengok cerita ni, aku budget Sakinah anak papa, tapi rupanya anak Mazni. Huhu..salah teka da…

Tak sabar juga nak tau macam mana reaksi Daniel bila tahu Sakinah sakit, sebab Danial tu kan baru je nak angau kat Sakinah tu. Kesian Daniel. Si Akhie tu tak pula syok kat Sakinah tu ek. Huhu..

Apapun, tak sabar rasanya nak tengok ending cerita Ramadhan Terakhir ni. Sama-sama kita nantikan jam 10.30 malam nanti. Aku memang tak miss cerita ni. Best!. Lakonan Fazlina, adik kepada Fauziah Ahmad Daud ni memang berkesan sangat.

Kongsi episod akhir Ramadhan Terakhir dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!