Kini, sudah tiba malam terakhir aku bersama My Selangor Story 2011 Contest. Rasa bagaikan baru semalam aku landing di Sky Park Terminal, Subang. Cepatnya masa berlalu tak kurasa. Mungkin kerana terlalu seronok menjalankan semua aktiviti yang menguji ketahanan fizikal bersama-sama rakan-rakan blogger yang lain menyebabkan 5 hari dirasakan bagai sehari.
Makan malam bermula jam 7-9 malam. Banyak benar juadah yang disediakan. Perut pun memang dah terasa lapar sejak dari petang lagi. So, dengan rasa tak sabarnya nak makan ni, tapi perlu ambil gambar makanan terlebih dahulu. Hehe… 😀
Kami makan dan berbual-bual sesama sendiri memandangkan selepas ini kami akan berpisah. Para peserta mengambil sibuk gambar antara satu sama lain sementara menunggu tetamu kehormat, En. Fazly, Pengurus Acara dan Pemasaran Tourism Selangor.
Sebaik sahaja En. Fazly tiba, beliau terus memberikan ucapan.
Kemudian, live band telah dimulakan pada jam 9 malam dan kami dijemput untuk ke bahagian bawah restoran untuk menyaksikan live band oleh Zynchro Band.
Kami turun ke bawah dan enjoy the music. Vokalis utama band ini, Les menjadi tumpuan ramai blogger wanita kerana mukanya yang handsome. Hoho… 😀
Video live band, Zynchro Band:
Pada jam 12 tengah malam, kami mengadakan birthday parti untuk Amelia Tan. Amelia sekali lagi menghadiahkan sebuah lagu kepada kami. Pada malam tu, memang meriah dan blogger-blogger menari riang.
Setelah majlis tamat dalam pukul 12.30 malam, kami pulang ke bilik hotel, dan memulangkan kamera Pentax yang dipinjamkan kepada kami.
Aku berkemas dan tidur awal kerana perlu bangun seawal 4.30 pagi kerana flight aku untuk pulang ke JB jam 7.45 pagi.
Entri ini merupakan sambungan dari entri PERTEMUAN PERTAMA DENGAN TOP 25 BLOGGERS MY SELANGOR STORY 2011. Dari Sky Park Terminal, Subang, kami menaiki bas pelancongan menuju ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie di mana Majlis Pelancaran My Selangor Story 2011 akan diadakan di The Mix Restaurant bersama YB. Elizabeth Wong, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Selangor Darul Ehsan.
Majlis dimulakan dengan ucapan kata aluan dari wakil pihak penganjur Horizon Communications, Ms. Amelia Tan, diikuti dengan ucapan dari pemenang hadiah utama My Selangor Story 2010, Dian Azura. Akhir sekali, ucapan perasmian dari YB Elizabeth Wong.
Inilah dia Top 25 Bloggers yang menyertai My Selangor Story 2011.
Kali pertama juga bagiku berjumpa dengan blogger lain kerana ni event pertama yang kusertai sepanjang bergelar blogger. Seperti yang aku nyatakan pada entri sebelum ini, banyak perkara merupakan yang pertama kali dalam hidupku selama aku bersama My Selangor Story 2011.
Selepas menjamu selera, kami menaiki bas menuju ke Golden Palm Tree Iconic Resort and Spa yang terletak di Kampung Bagan Lalang. Perjalanan melalui jalan lama dan terdapat banyak pokok kelapa sawit sepanjang perjalanan.
Setibanya di sana, aku teruja dengan reka bentuk dan hiasan dalaman resort ini. Sungguh cantik dan mengagumkan. Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang pekerja resort dan dihidangkan dengan Jus Serai sebagai welcoming drink. Kemudian, para peserta diberikan kunci bilik.
Amelia Tan sedang memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan esok sebelum memberikan kunci bilik masing-masing.
Setelah menerima kunci, aku dan beberapa orang lagi rakan blogger tidak terus ke bilik penginapan, sebaliknya kami terus ke Restoran Sepoi Sepoi untuk menikmati makan malam. Bagasi-bagasi kami dihantar terus ke bilik oleh pekerja hotel, setelah meletakkan tag yang tercatat nombor bilik pada bagasi.