MAJLIS PELANCARAN MY SELANGOR STORY 2011 DI THE MIX

MAJLIS PELANCARAN MY SELANGOR STORY 2011 DI THE MIX

 

Entri ini merupakan sambungan dari entri PERTEMUAN PERTAMA DENGAN TOP 25 BLOGGERS MY SELANGOR STORY 2011. Dari Sky Park Terminal, Subang, kami menaiki bas pelancongan menuju ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie di mana Majlis Pelancaran My Selangor Story 2011 akan diadakan di The Mix Restaurant bersama YB. Elizabeth Wong, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Selangor Darul Ehsan.

Majlis dimulakan dengan ucapan kata aluan dari wakil pihak penganjur Horizon Communications, Ms. Amelia Tan, diikuti dengan ucapan dari pemenang hadiah utama My Selangor Story 2010, Dian Azura. Akhir sekali, ucapan perasmian dari YB Elizabeth Wong.

Barisan tetamu VIP:

 Juadah dan pandangan The Mix Restaurant dari atas:

Inilah dia Top 25 Bloggers yang menyertai My Selangor Story 2011.

Kali pertama juga bagiku berjumpa dengan blogger lain kerana ni event pertama yang kusertai sepanjang bergelar blogger. Seperti yang aku nyatakan pada entri sebelum ini, banyak perkara merupakan yang pertama kali dalam hidupku selama aku bersama My Selangor Story 2011.

Selepas menjamu selera, kami menaiki bas menuju ke Golden Palm Tree Iconic Resort and Spa yang terletak di Kampung Bagan Lalang. Perjalanan melalui jalan lama dan terdapat banyak pokok kelapa sawit sepanjang perjalanan.

 

Setibanya di sana, aku teruja dengan reka bentuk dan hiasan dalaman resort ini. Sungguh cantik dan mengagumkan. Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang pekerja resort dan dihidangkan dengan Jus Serai sebagai welcoming drink. Kemudian, para peserta diberikan kunci bilik.

Amelia Tan sedang memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan esok sebelum memberikan kunci bilik masing-masing.

Setelah menerima kunci, aku dan beberapa orang lagi rakan blogger tidak terus ke bilik penginapan, sebaliknya kami terus ke Restoran Sepoi Sepoi untuk menikmati makan malam. Bagasi-bagasi kami dihantar terus ke bilik oleh pekerja hotel, setelah meletakkan tag yang tercatat nombor bilik pada bagasi.

Bersambung di entri berikutnya >> Pemandangan di Restoran Sepoi-Sepoi dan keadaan bilik kami di Golden Palm Tree Iconic Resort  & Spa (bilik kami dipanggil Canary Palm Villa).

Terima kasih kepada para penaja My Selangor Story Contest 2011:

Lembaga Pelancongan Rasmi: Tourism Selangor
Sistem penerbangan rasmi: Fly Firefly Sdn Bhd
Internet rasmi: The Cube
Restoran rasmi: The Mix
Kamera rasmi: Pentax
error: Content is protected !!