SAMSUNG GALAXY NOTE VS SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 GADGET IMPIAN
Perlu memilih antara 2 gadget hebat yang menjadi idaman agak mengelirukan juga. Yang mana satu yang patut dipilih?. Samsung Galaxy Note vs Samsung Galaxy Tab 10.1. Pilihan haruslah tepat, berdasarkan keperluan dan penggunaan.
Aku bukanlah kaki gadget, handphone yang sedia ada pun cuma handphone basic, yang hanya boleh SMS dan buat/terima panggilan sahaja. Tapi, semenjak dua menjak ini, terutama sekali apabila 2 orang adik aku menggunakan Samsung Galaxt Tab 7.7, aku mula tertarik untuk menggunakan Tab ini kerana fungsinya yang aku fikirkan boleh medatangkan manfaat padaku. Jadi, aku mula mengidamkan Samsung Galaxy Tab 10.1.
Namun begitu, kemunculan Samsung Galaxy Note yang dilancarkan pada 11.11.11 di Pavilion KL, Queensbay Mall Penang & AEON Tebrau JB menggamit perhatianku. Jadi, apakah perbezaan antara kedua-dua tab ini?
Samsung Galaxy Note
Samsung Galaxy Note merupakan peranti yang menggabungkan kemampuan telefon pintar dan tablet, dengan paparan skrin bersaiz 5.3-inci dan menggunakan stylus yang mampu digunakan bagi menulis atau melukis secara terus diatas skrin. S pen yang disediakan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menulis atau membuat nota di atas skrin, sama seperti menulis nota di buku nota. Bagi yang suka melukis, memang sangat sesuai melukis menggunakan S pen ini. S pen juga boleh digunakan untuk ambil nota. Conteng aje leh skrin tu dengan S pen ni. 😀
Spesifikasi Galaxy Note ialah penaik-tarafan daripada SGS2 dengan cip pemprosesan 1.4 Ghz dua teras, skrin Super Amoled HD dengan resolusi WXGA 1200×800, skrin bersaiz lebih besar, bateri 2500 mAh dan ketiadaan sokongan NFC.
Bateri Note mampu bertahan sehingga 17 jam. Tetapi, jika menjalankan aplikasi Twitter, Emel, Facebook dan Whatsapp sepanjang masa Note hanya mampu bertahan sekitar 12 jam. Note menggunakan port USB Mikro untuk mengecas (boleh dicas jika disambungkan kepada port USB pada komputer).
Harga Samsung Galaxy Note di Malaysia : RM2,299.
Boleh baca ulasan penuh Samsung Galaxy Note di SINI.
Samsung Galaxy Tab 10.1
Samsung Galaxy Tab 10.1 didatangkan dengan Android 3.1 (Honeycomb) OS terkini, paparan 10.1″ WXGA 1280×800 dan pemprosesan 1GHz Dual Core. Walaupun SGT 10.1 tidak mempunyai Microsoft Office, tetapi ia mempunyai Polaris Office untuk menyokong word dokumen termasuk PDF.
SGT 10.1 menggunakan 4000 mAh bateri yang boleh bertahan sehingga 17 jam pada penggunaan biasa. Berbanding dengan Samsung Galaxy Note, SGT menggunakan pengecas berkepala 30 pin yang hanya boleh dicaj jika disambung kepada palam elektrik.
Tiada USB port disediakan. Namun, USB boleh disambungkan ke GST 10.1 ini dengan menggunakan USB adaptor yang boleh didapati dengan harga RM 79.
Harga Samsung Galaxy Tab 10.1 di Malaysia: RM 1,899.
Boleh baca review penuh Samsung Galaxy Tab 10.1 ini di SINI.
Samsung Galaxy Note atau Samsung Galaxy Tab 10.1?
Yang mana 1?. Susah juga nak pilih, tapi aku akan pilih ikut penggunaannya. Walaupun kehadiran Samsung Galaxy Note sedikit menggoyahkan pendirianku untuk memiliki Samsung Galaxy Tab 10.1, tapi akhirnya aku tetap dengan pilihan pertama ku. Bagi aku, Tab 10.1 mempunyai beberapa ciri yang aku mahukan.
Minat aku terhadap Samsung Galaxy Tab 10.1 semakin mendalam apabila keyboard boleh disambungkan kepadanya. Bagi aku, ini memudahkan kerja-kerja yang hendak aku lakukan. Mesti ramai yang cakap, baik beli laptop je kalau macam tu. Tapi, laptop lagi berat dan lebih susah nak dibawa ke sana ke mari. Lagipun, kalau tak mahu menaip, tak perlulah pasang keyboard tu.
Aku suka saiznya yang besar kerana memudahkan aku untuk membaca, sama ada ketika melayari internet mahupun ketika membuat tugasan menggunakan Polaris Office. Bolehlah aku baca journal yang dalam format PDF dan juga menulis thesis hanya dengan menggunakan Tab ini walaupun ketika menunggu makanan di kafe.
Tapi kalau rasa nak merehatkan minda, boleh juga update blog, mahupun blogwalking di mana-mana. Senang sikit nak blogging kan?. Selain dari tu, bolehlah juga komen-komen status di FB dan berbalas tweet dengan rakan-rakan di Twitter dengan segera. Takde lah macam sekarang ni, kadang-kadang dah 2-3 hari baru aku balas tweet rakan-rakan sebab aku hanya menggunakan laptop sahaja untuk online.
Aku hanya berangan-angan untuk memiliki SGT ni. Kepada pengguna-pengguna Samsung Galaxy Tab 10.1, atau pun yang dah sedia memiliki Samsung Galaxy Note, boleh lah share pengalaman anda menggunakannya di ruangan komen. Bolehlah aku baca sebagi input tambahan kepadaku. Sharing is caring. 😀
p/s: Alhamdulillah, akhirnya siap juga entri untuk Contest Gadget Impian ini. Inilah kali pertama aku menulis entri tentang gadget, walaupun terkial-kial, tapi siap juga akhirnya. Setiap like, retweet, G+ dan komen yang diperolehi untuk entri ini akan memberikan markah kepadaku. Kalau menang, boleh lah aku dapat gadget impian aku ni, iaitu Samsung Galaxy Tab 10.1 ni. :D.
“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.
Kongsi info Samsung Galaxy Note vs Samsung Galaxy Tab 10.1 ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.