SEGMEN “SAYA BLOGGER TEGAR”
Klik sini untuk join segmen ini
Saya blogger tegar kerana:
- Saya sanggup menahan mata yang dah mengantuk sampai tengah malam sebab nak ping di Gengblogger dan Innit untuk dapatkan tempat sebagai popular post.
- Saya sanggup tak tidur semalaman semata-mata nak siapkan entri untuk tatapan pembaca blog di siang harinya.
- Saya menjadi seorang yang mengikuti perkembangan isu semasa untuk mendapatkan berita hangat supaya trafik blog kebabom!
- Saya tidur pun sampai termimpi-mimpi pasal blog. Hik2.
- Kalau sehari tak jenguk blog, saya rasa makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, bercakap tak keluar suara.
- Bila trafik blog jatuh, saya mula rasa resah gelisah, mula fikir macam mana nak naikkan semula trafik blog.
- Setiap apa yang berlaku dalam hidup saya, saya nak jadikan entri dalam blog.
- Setiap apa yang berlaku di persekitaran saya, saya nak abadikan di dalam blog.
- Setiap apa yang menarik yang saya lihat, saya nak snap gambar dan nak tempek kat dalam blog.
Itu semua kalaulah saya blogger tegar, saya mungkin mempunyai ciri-ciri di atas. Tapi, hakikatnya, saya bukanlah seorang blogger tegar.
Apakah ciri-ciri seorang blogger tegar yang sebenar-benarnya?. Saya pun tak tahu. Anda tahu?. Kalau tahu, meh bagitahu saya kat ruangan komen di bawah.
Entri dicipta untuk menyertai Segmen “Saya blogger tegar” yang dianjurkan oleh Cikgu Zubir. Walaupun saya bukanlah seorang blogger tegar, tapi saya nak join juga segmen ni. Boleh kan, cikgu?,
p/s: Adakah anda blogger tegar?