PELUANG UNTUK MEMENANGI TIKET DAN PRODUK JOOTAWAN BERNILAI LEBIH RM 1000
Bercakap mengenai perniagaan internet, terdapat banyak spekulasi dan pendapat mengenai perniagaan internet ni. Ada yang rasa perniagaan internet ni sukar untuk dilakukan. Tapi, zaman sekarang ni memang zaman maklumat dihujung jari. Nak tahu pasal sesuatu perkara atau satu benda, memang internet lah yang menjadi tempat untuk mencari maklumat dan dijadikan bahan rujukan.
Sukar ke nak memulakan perniagaan internet?. Bagaimana nak membina empayar perniagaan internet?. Beberapa tahun dahulu, ketika aku masih bergelar pelajar universiti, aku mula mengenali jutawan internet yang bernama Irfan Khairi.
Pada ketika itu, aku dapat tahu tentang blog boleh menjana wang. Siap pinjam buku buat duit dari blog yang ditulis oleh saudara Irfan Khairi dari perpustakaan di universiti. Tapi, time tu, aku cuma faham yang nak buat duit dengan blog ni, kita kena ada produk sendiri untuk dijual. Alahai, aku manalah ada produk nak dijual. Time tu, tak tahu apa pun lagi pasal ebook. Yang aku tahu, bila sebut produk je, mesti produk fizikal.
Tapi time tu, aku pun tak tahu apa-apa pasal blog. Macam mana nak buat blog. Difikiran aku, blog adalah tak ubah hanyalah sebagai catatan diari peribadi. Dah berblog ni, baru tahu, bahawasanya blog ni ada banyak kategori. Ingatkan blog ni bermaksud blog peribadi je.
Rupanya tak susah mana pun nak buat blog. Buat blog memang tak susah. Tapi nak menjenamakan blog, nak market kan blog agar dikenali ramai, tu yang perlu diusahakan. Kalau kena pada teknik yang tepat, memang dapat memberikan hasil yang lumayan.
Semakin lama aku berjinak-jinak dengan duit blog dan dunia internet, semakin ramai jutawan internet yang aku kenali. Kalau dulu aku hanya kenal Irfan Khairi, kini aku kenal ramai lagi jutawan internet Malaysia. Nama Ammar Zahar sudah jadi tak asing bagiku.
Pertama kali menonton video Ammar Zahar berucap di Majlis WangCyber Gathering pada 23 Julai 2011 yang lalu, aku tertarik dengan cara penyampaiannya. Sekarang ni, saudara Ammar Zahar ada menganjurkan Seminar Empayar Perniagaan Internet. Dalam seminar ini, Ammar Zahar akan mengajar para peserta tentang:
1. Bagaimana anda nak mulakan perniagaan internet anda TANPA MODAL
2. Bagaimana membina kedai online anda yang menarik pelanggan TANPA MODAL
3. Rahsia untuk mempromosikan laman web dan produk anda menggunakan facebook
4. Strategi-strategi pemasaran percuma dan berbayar melalui internet
5. Bagaimana menghasilkan jualan sehingga 6 angka dalam sebulan
6. Rahsia membina pasukan anda secara virtual dan menggaji pekerja dari luar negara
7. Rahsia buat duit dan menjual produk anda diluar negara hanya melalui internet!
8. Langkah demi langkah untuk membina empayar perniagaan internet anda sendiri bermula dari rumah!
9. Bagaimana anda boleh berhenti kerja makan gaji dan jalankan perniagaan internet sepenuh masa!.
Harga Seminar Empayar Perniagaan Internet
Ni lah dia video yang telah membuatkan aku jatuh hati dan menyimpan hasrat untuk mendengar Ammar Zahar berucap dan mengajar secara live.
Sekarang ni Ammar Zahar di blognya jootawan.com sedang menawarkan hadiah yang cukup menarik!. Aku tak nak lepaskan peluang yang ada ini untuk mendapatkan tiket percuma ke Seminar Empayar Perniagaan Internet yang semestinya banyak memberi manfaat kepada aku ni.
Nak tahu apa hadiahnya? Baca ni:
Tempat pertama:
- Tiket VIP ke Seminar Empayar Perniagaan Internet bernilai RM 599
- DVD Rahsia Jutawan Logam bernilai RM 399
- DVD Siri Teknikal Perniagaan Internet bernilai RM 100
- Buku Empayar Perniagaan Internet bernilai RM 49
- Buku Duit Pantas bernilai RM 39
Tempat kedua:
- Tiket Premium ke Seminar Empayar Perniagaan Internet bernilai RM 299
- DVD Siri Teknikal Perniagaan Internet bernilai RM 100
- Buku Empayar Perniagaan Internet bernilai RM 49
- Buku Duit Pantas bernilai RM 39
Tempat ketiga:
- Tiket Basic ke Seminar Empayar Perniagaan Internet bernilai RM 99
- Buku Empayar Perniagaan Internet bernilai RM 49
- Buku Duit Pantas bernilai RM 39