ULANG TAYANG DRAMA NORA ELENA TV3| SAMBUNGAN NORA ELENA

ULANG TAYANG DRAMA NORA ELENA TV3| SAMBUNGAN NORA ELENA


Novel Kasih Yang Suci Nora Elena

>> SINOPSIS NORA ELENA <<

Drama Nora Elena, adaptasi dari Novel Kasih Yang Suci yang mendapat tempat di hati ramai penonton tv3 kini diulang tayang di tv3 setap hari kecuali hari Ahad dan Isnin. Ulangan drama ini selama sejam, bermula jam 2 pagi.

Haaa…so, kepada sesiapa yang merupakan peminat fanatik drama romantik Nora Elena ni, bolehlah tonton lagi drama ni di TV3.

PERCUMA SERVIS KERETA SELAMA 5 TAHUN!. TAK CAYA?. KLIK LAH KALAU NAK TAHU.

Memang ramai yang minat drama ni sehingga ramai yang minta drama ini disambung lagi. Agak-agak korang, kalau drama Nora Elena ni disambung, apa agaknya kisah nya ek?.

Ermmm…imaginasi nakal aku, kalau dalam drama Nora Elena Siri 1 ni, Seth Tan yang terkejar-kejarkan Nora, so, kalau sambung cerita ni, Part 2, Nora pula yang kejar Seth Tan. Seth Tan pula yang jual mahal. Hehe..boleh gitu? 😛

pssstt: Versi korang pula bagaimana?. Ce citer…ce citer..

Kongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ni.

ULANG TAYANG DRAMA NORA ELENA TV3| SAMBUNGAN NORA ELENA

EPISOD AKHIR NORA ELENA. LELAKI SEPERTI SETH TAN TAK WUJUD! KALAU AKU JADI NORA…

 

Novel Kasih Yang Suci

Hari ni episod akhir Nora Elena. Sejak drama Nora Elena ditayangkan di TV3, ramai wanita yang mengidamkan lelaki seperti Seth Tan sehingga menyebabkan lelaki di luar sana ramai yang mencebik dan rasa tercabar. Erk, rasa tercabar kah lelaki di luar sana?. Atau mereka tidak rasa tercabar langsung kerana bagi kaum lelaki, mereka tetap menegaskan bahawa lelaki seperti Seth Tan tidak wujud.

 

Kalau dah orang lelaki sendiri yang cakap gitu, maka aku sebagai perempuan setuju je, sebab orang lelaki lah yang lebih memahami orang lelaki. Jadinya, wanita-wanita sekalian, janganlah mengidamkan sangat lelaki seromantik dan sepenyabar Seth Tan ni. Tak boleh dinafikan juga, bukan setakat Seth Tan yang didambakan, tetapi Aaron Aziz juga. Auwww…laki orang tu der..bapa orang juga. Hehe…

JOM CELEBRATE FATHER’S DAY DENGAN OREO| OREO ADA HADIAH BEST UNTUK AYAH ANDA. KLIK KALAU NAK

Minggu ni minggu terakhir tayangan drama Nora Elena. Episod-episod dalam minggu ni jugalah paling ketara menunjukkan sifat Elena yang langsung tidak mahu menerima Seth, malah tidak mahu mendengar sebarang penjelasan dari Seth dan memandang Seth sebagai manusia yang keji, hina lagi jijik setelah mengetahui Seth lah yang telah merampas mahkota kewanitaannya 10 tahun yang lalu.

Agak-agak lah kan, kalau korang jadi Nora Elena, apa tindakan yang akan korang buat?. Hehe…Kalau aku jadi Nora, ehm….bengang lah juga kan. Tapi nak buat macam mana, dah jadi suami. Kalau nak heret dia ke balai polis pun, polis akan tanya balik, “kenapa sekarang baru nak buat report”?. Hik2…haru..haru..Tak mau lah jadi Nora Elena. 😀

Tapi itulah hakikat yang patut kita semua terima. Hakikat bahawa Nora Elena adalah sekadar cerita dan cerita ini pula adalah adaptasi dari sebuah novel. Kalau dah namanya dari novel, memang lebih kurang halal gini lah jalan ceritanya. Aku tahu sebab aku pun kaki novel juga zaman aku bergelar student U dulu. Banyak betul koleksi novel aku tu. Sampai aku rasa macam nak buka kedai novel 2nd hand je. 😀

PROMOSI TERKINI DARI P1 4G. SUBSCRIBE BROADBAND DAN DAPAT REBATE RM50. KALAU BERTUAH BOLEH MENANG IPAD 2. KLIK SINI UNTUK LIHAT MUNGKIN ANDA BERTUAH.

Tapi tulah yang peliknya, walaupun kebanyakan novel jalan ceritanya lebih kurang sama je, balik-balik kahwin tanpa cinta, pastu, lepas dah kahwin tu macam-macam lah yang berlaku, termasuk adegan berlakon jadi pasangan bahagia depan orang tua/ahli keluarga yang lain, tapi tetap juga suka baca novel-novel macam ni. Penulis novel pun terpaksa jugalah karang novel yang genre nya gini juga, sebab ini yang high demand dan kebanyakan rakyat Malaysia suka.

DAPATKAN BLACKBERRY PLAYBOOK DI SINI

EPISOD AKHIR NORA ELENA

Ending cerita Nora Elena ni agak di luar jangkaan aku juga. Yvonne yang dah sewel tu, melarikan anak Nora dan Seth sebaik sahaja bayi dilahirkan dengan menyamar sebagai nurse. Kemudian, Yvonne mengugut Seth untuk mengahwininya di Thailand, kalau tak dia akan mencampakkan anak Seth keluar tingkap kenderaan kalau Seth menghubungi polis. Seth menurut kehendak Yvonne demi keselamatan anaknya yang dalam pelukan Yvonne. Tapi, Inspektor Amir yang menelefon polis untuk melakukan sekatan jalan raya setelah terdengar perbualan di antara Nora, orang gaji dan kedua orang tua Nora ketika ingin melawat Nora di hospital. Yvonne marah apabila nampak polis lalu memarahi Seth dan mencampakkan anak Seth keluar tingkap. Seth berlari mendapatkan anaknya, yang sebenarnya bukan anaknya, tetapi anak patung. Yvonne ditangkap polis dan anak Seth ditemui di rumah kosong dan dijaga oleh seorang perempuan tua, orang suruhan Yvonne. Selepas melahirkan, hati Nora lembut terhadap Seth dan memaafkan kesalahan Seth. Nora akhirnya menemui bahagia yang dicarinya selama ini. 🙂 The End.

JOM MAIN GAME TERBARU DI FACEBOOK. KLIK SINI UNTUK LIHAT GAME APA TU?

Bagi yang masih merindui dan dibayangi watak Seth Tan, boleh tengok lakonan Aaron Aziz dalam drama Stanza Cinta pula lepas ni. Drama Stanza Cinta ni juga merupakan adaptasi sebuah novel, dan akan ditayangkan setiap Ahad, mulai Ahad ni, jam 9 malam, menggantikan rancangan Mentor.

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!