by syaisya | Jun 11, 2012 | Contest, Sukan
Sekarang ni ramai lelaki kacak yang dilanda penyakit tidur lewat pagi. Bukan tidur lewat malam, tapi tidur lewat pagi sebab bersengkang mata melayan perlawanan bola Euro 2012.
Wanita cantik yang menjadi pasangan lelaki kacak ni pula terpaksa bersabar dengan kerenah suami mereka yang kacak tu. Kalau tak sabar pinggan mangkuk boleh melayang, gamaknya.
Siapakah juara Euro 2012 pilihan kebanyakan lelaki kacak?. Oleh kerana aku ni bukanlah lelaki kacak, tetapi wanita cantik (hehe :D), maka aku bertanya kepada 2 orang adik lelaki kacak aku yang memang ada satu perasaan yang ekstreme terhadap bola sepak ni.
Soalan yang sama ditanya kepada kedua-duanya “Pasukan mana juara Euro 2012?” melalui khidmat pesanan ringkas, SMS. Surprisingly, aku dapat balasan jawapan yang sama dari kedua-duanya. Walaupun sorang jawab Germany, sorang lagi jawab Jerman, tapi aku tau, tu pasukan yang sama, kan.
So, pilihan aku juga: pasukan Jerman yang akan menjadi juara Euro 2012. Follow je lah jawapan adik-adik aku yang kacak tu.
Bila aku tanya mereka kenapa Jerman, dengan penuh keyakinan, adik aku menjawab “dah study dah”. Cewah, apa yang dia study aku pun tak tahu lah. Tapi dah diorang ni memang kaki bola, kan. So, aku pun iyo kan je lah. Yang sorang penyokong tegar Arsenal, sorang lagi penyokong tegar Liverpool, tapi dua-dua pun pilih Jerman sebagai juara Euro 2012. Aku pasti mereka ada alasan mereka tersendiri untuk memilih pasukan Jerman ni 😀
Benar atau tidak Jerman akan menjadi juara Euro 2012?. Sama-sama kita nantikan. Fuuuhhh! Minta-minta lah pasukan Jerman menang. Boleh aku dapat 10,000 trafik blog dan T-shirt ekslusif ni. 😀
p/s: Aku kalau Harimau Malaya lawan, aku layan lah. Tapi, kalau pi kafe, ada ulang tayang Euro 2012, aku layan juga lah sambil menjamu selera. Best pe layan bola. Tapi aku tahu, tak semua lelaki kacak yang layan bola. Ada je lelaki kacak yang tak suka layan bola ni. Oleh kerana adik-adik aku fanatik dengan bola sepak, so aku memang takde masalah deal dengan lelaki kacak peminat sukan bola sepak ni :D. Layannnnn!
by syaisya | Jun 8, 2012 | Sukan
EURO datang lagi. Perlawanan EURO 2012 akan bermula 8 Jun, dimulakan dengan pasukan Poland vs Greece. Lepas ni mesti ramai lelaki kacak yang tidur awal malam, tapi lepas tu bangun semula sepertiga malam untuk tonton perlawanan bola sepak EURO 2012 ni. Lepas tu, ngantuk kat tempat kerja. Hehe.. 😀
Berikut adalah jadual perlawanan EURO 2102 peringkat kumpulan (waktu Malaysia):
JADUAL PERLAWANAN EURO 2012 PERINGKAT KUMPULAN:
Jadual Kumpulan A – EURO 2012
8 Jun – 11:55 pm : POLAND vs GREECE
9 Jun – 02:45 am : RUSSIA vs REP CZECH
13 Jun – 02:45 pm : POLAND vs RUSSIA
13 Jun – 11:55 pm : GREECE vs REP CZECH
17 Jun – 02:45 am : GREECE vs RUSSIA
17 Jun – 02:45 am : REP CZECH vs POLAND
Cuba buat macam ni masa trafik jam. Confirm hilang bosan!
Jadual Kumpulan B – EURO 2012
9 Jun – 11:55 pm : BELANDA vs DENMARK
10 Jun – 02:45 am : JERMAN vs PORTUGAL
13 Jun – 11.55 pm : DENMARK VS PORTUGAL
13 Jun – 02:45 am : BELANDA vs JERMAN
17 Jun – 02.45 am : PORTUGAL VS BELANDA
17 Jun – 02.45 am : DENMARK vs JERMAN
Cara untuk dapatkan worldwide privilages ketika travel
Jadual Kumpulan C – EURO 2012
10 Jun – 11:55 pm : SEPANYOL vs ITALI
11 Jun – 02:45 am : IRELAND vs CROATIA
14 Jun – 02:45 am : SEPANYOL vs IRELAND
14 Jun – 11:55 pm : ITALI vs CROATIA
18 Jun – 02:45 am : CROATIA vs SEPANYOL
18 Jun – 02:45 am : ITALI vs IRELAND
10 Perkara yang anda perlu lakukan sebelum travel
Jadual Kumpulan D – EURO 2012
11 Jun – 11:55 pm : PERANCIS vs ENGLAND
12 Jun – 02:45 am : UKRAINE vs SWEDEN
15 Jun – 11:55 pm : SWEDEN vs ENGLAND
16 Jun – 02:45 am : UKRAINE vs PERANCIS
20 Jun – 02:45 am : ENGLAND vs UKRAINE
20 Jun – 02:45 am : SWEDEN vs PERANCIS
Pasukan mana yang layak ke perlawanan akhir EURO 2012?.
Siapakah bakal juara EURO 2012?.
Pasukan yang mana satu pilihan anda?.
p/s: Teringat dulu masa aku praktikal, kat office siap ada jadual carta perlawanan lagi tu. Huhu.. Biasalah time tu diorang bating. Siapa juara EURO kali ni?. Erm.. rasa cam nak pilih Perancis atau Sepanyo. Haha.. ada pula atau, ek! 😀
Jadual di ambil dari blog Denaihati:
Kongsi jadual perlawanan EURO 2012 ini dengan rakan-rakan anda di FB dengan menekan butang share ini.