5 Tokoh Besar Pelabur Saham
5 Tokoh Besar Pelabur Saham
Sebelum ini aku ada kongsikan mengenai Bursa Saham Malaysia Melonjak Naik Selepas PRU 13. Hari ini, aku ingin memperkenalkan 5 tokoh besar dalam dunia saham ini. Walaupun barangkali kita belum terlibat lagi dengan pasaran saham, namun apa yang mereka buat, tulis dan cakap banyak yang relevan kepada apa jua bentuk pasaran.
Tokoh Besar Pelabur Saham #5 – Peter Lynch
Peter Lynch menguruskan Magellan Fund dari 1977 – 1990. Secara purata pulangan dana tersebut memberikan pulangan 29.2% setahun.
Prinsip pelaburannya mudah:
“Melaburlah dalam sesuatu yang kita tahu.”
Beliau mempunyai 3 buah buku bertajuk:
One Up on Wall Street,
Beating the Street dan,
Learn to Earn.
Tokoh Besar Pelabur Saham #4 – John C Bogle
Beliau merupakan pengasas Vanguard Group yang terkenal dengan index fund yang berkos rendah.
Prinsip pelaburannya adalah:
“If you can’t beat the market, buy the market.”
Tuan Bogle menulis sebuah buku yang bertajuk Common Sense on Mutual Funds: New Imperatives for the Intelligent Investor.
Strategi pelaburan indeks merupakan strategi paling sesuai bagi kebanyakan orang termasuklah di Malaysia kerana kita cuma perlu ‘buy the market’.
Tokoh Besar Pelabur Saham #3 – Philip A Fisher
Terkenal menerusi buku bertajuk Common Stocks and Uncommon Profits. Beliau mempunyai 15 kriteria untuk membeli sesuatu syarikat dan dikenali sebagai antara pengasas strategi growth investing.
Beliau membeli saham Motorola pada 1955 dan tidak menjualnya sehinggal meninggal dunia pada 2004.
Tokoh Besar Pelabur Saham #2 – Warren Buffett
Pelabur paling kaya di dunia hari ini, Beliau menggabungkan kaedah Philip A Fisher dan Benjamin Graham. Tuan Buffett tidak pernah menulis buku melainkan Letters to Shareholder kepada semua pemegang saham Berkhsire Hathaway.
Surat tersebut mengandungi banyak ilmu pelaburan dan ianya adalah percuma untuk kita baca menerusi laman web.
Hidupnya simpel. Walaupun mempunyai kekayaan sekitar USD45 billion, beliau cuma mengambil USD100,000 gaji setahun, masih tinggal di rumah 5 bilik yang dibelinya pada 1957 di Omaha, Nebraska dan selepas mati akan mendermakan 99% hartanya kepada Gates Foundation.
Tokoh Besar Pelabur Saham #1 – Benjamin Graham
Sifu kepada Warren Buffet. Buku beliau yang patut kita miliki adalah ‘The Intelligent Investor.” Sebuah lagi buku adalah ‘The Security Analysis’ tapi ia adalah lebih teknikal bahasanya.
Pengasas prinsip Value Investing. Memperkenalkan prinsip instrinsic value, margin of safety, Mr. Market dan perbezaan antara aktiviti pelaburan dengan aktiviti spekulasi.
“The stock investor is neither right nor wrong because others agreed or disagreed with him; he is right because his facts and analysis are right.”
5 Tokoh Pelabur yang Wajib Kita Kenal dipetik dari majalahniaga