SINOPSIS ANNISSA DRAMA TV3 SLOT SAMARINDA

SINOPSIS ANNISSA DRAMA TV3 SLOT SAMARINDA

Annissa drama samarinda tv3

SINOPSIS ANNISSA

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka bersemi dalam hubungan ini, adakah mereka akan melepasi godaan dan dugaan dalam hidup?

ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri. Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah menduakannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?. Kesiannya Anna kena tipu  hidup-hidup dengan kawan karib sendiri.

Annissa bersiaran mulai 31 Mei 2011, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

p/s: Best cerita ni. Tak sabar nak tahu macam mana Balkis dan Shila boleh kantoi dengan Anna.

BARISAN PELAKON DRAMA ANNISSA

Sinopsis dari portal tv3.

Kongsi sinopsis ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!