NOVEL CURI-CURI SUKA GIVEAWAY
Masa untuk Giveaway! Curi-Curi Suka Giveaway!. Yeahhh!… Cewah. Lama dah tak update blog ni. Sibuk dengan open house, marhaban, melayan tetamu dan sanak saudara yang berkunjung ke rumah, sekali dengan pakej penginapan di rumah. Ahaks!. Pastu sem baru dah start ni, stay pula di kolej baru yang WiFi nya… hmm… malas nak cakap banyak lah. Yang pastinya, aku susah nak update blog di kolej. Terpaksa ke library malam kalau nak berinternet, tu pun tak sempat nak update blog, macam-macam benda perlu settlekan sekarang ni. Dah final sem ni kan.Ermm…
Ni first time rasanya aku nak join Giveaway blogger famous amos yang bernama Eqbal Zack ni. Dah 6,300+ follower dia 😀 Mesti ramai yang kenal Abang Eq yang kacak, smart dan intelligent ni kan. Owh, ni bukan nak mengampu, ni sekadar pandangan peribadi aku je. Kalau aku nak ampu pun belum tentu menang GA ni pun, sebab pemilihan pemenang secara random.Ngeh3.
Tak susah nak join. Senang je. Jadi follower, buat entri, tinggalkan komen beserta link entri penyertaan. Mudah je kan. Asalkan sempat hantar link penyertaan sebelum 16 September, 11.59 malam maka penyertaan diterima. Tu je. Pastu, tunggulah, 18 September, kalau lucky atau dalam bahasa Melayunya bertuah, dapat lah Novel Curi-Curi Suka karya Liyana Zahim ni atau dapat Eqbal Zack fridge magnet limited edition atau dapat kedua-duanya gitu…
Tak best juga kalau tak tahu Curi-curi Suka ni novel cerita pasal apa. Tapi kalau berdasarkan tajuk je pun macam dah boleh agak juga apa ceritanya. Ala.. cerita pasal dalam diam tersuka kat seseorang lah tu kan. Apa pun, jangan dok main serkap jarang je. Haip! Tak elok. Jom baca sinopsis novel Curi-curi Suka ni.
SINOPSIS CURI-CURI SUKA GIVEAWAY
Walaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah.
Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya!
‘Malapetaka’ makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Rupa-rupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya.
Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintainya itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi itu seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.
p/s: Macam best je juga kan cerita ni. Tapi tah-tah si Ezroy tu pun sebenarnya Curi-curi Suka juga. Ahaks!. Dengar-dengar Liyana Zahim ni pun blogger. Tak sempat pula nak cari blog Liyana Zahim ni. Member dah tunggu ni.
p/s/s: Oh, malam ni nak buat 1 lagi entri GA. Hope sempatlah. Sekarang ni nak goreng keropok lekor Kemaman dulu. Ada orang belanja keropok lekor. Hehe 😀