CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN W27
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN W27
FORMAT PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN W27
Peperiksaan ini melibatkan dua kertas berasingan iaitu:
(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Setiap kertas adalah penting untuk mengukur prestasi dan kecekapan calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi semua kertas. Ini adalah kerana sama ada calon lulus atau gagal dalam peperiksaan ini ditentukan oleh markah keseluruhan, bukan hanya bergantung kepada satu-satu kertas sahaja.
Jika calon dapat skor satu kertas, tapi tak dapat skor kertas yang lain, maka peluang untuk calon lulus adalah nipis. Calon perlu ingat, bahawa peperiksaan ini sememangnya bertujuan untuk menyingkirkan calon yang prestasinya tidak memuaskan.
Jika lulus dalam Kelulusan peperiksaan, calon perlu ke peringkat seterusnya iaitu ’Assessment Centre’ dan seterusnya akan ditemu duga.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolog Akauntan
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING
Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.
Contoh Soalan Pengetahuan Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling
1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai
A. penubuhan ASEAN.
B. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
C. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
D. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara.
Jawapan: D
2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang
A. beragama Islam.
B. keturunan Melayu.
C. pernah menjadi Menteri Kabinet.
D. menjadi warganegara mengikut undang undang.
Jawapan: D
Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon yang sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.
Tetapi jika anda bukanlah seorang yang peka terhadap isu semasa di Malaysia, anda juga jarang membaca surat khabar mahupun menonton berita dan tak berapa tahu apa yang berlaku di Malaysia, anda boleh mendapatkan nota Isu Semasa ini di sini >>. Klik link INI.
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Contoh soalan Penyelesaian Masalah Penolong Akauntan
Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40 Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan Kemahiran Logik
1. Apakah nilai R yang paling sesuai?
6886 | 8866 6552 | 6255 R | 3632 6110 | 6101
A. 6323 C. 6322
B. 6233 D. 6332
Jawapan: D
Teknik Menjawab
Nombor pertama = 6
2nd + 3rd = nombor yang sama
Nombor terakhir = baki nombor
2. Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk mendapat kad bertanda A?
S A T U M A L A Y S I A
A. 5/12
B. 2/6
C. 1/4
D. 1/3
Jawapan: D
Jumlah semua kad = 12 keping
Jumlah kad bertanda A = 4 keping
Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12
= 1/3
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.
Contoh Soalan Menginterpretasi Data
1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.
Bilangan Pengunjung Lelaki Perempuan
Dewasa 52 68
Kanak-Kanak 104 136
A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4
Jawapan: B
Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360
= 2/3
(iii) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.
Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).
Contoh Soalan Konsep Matematik
1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
Jawapan: A
Teknik menjawab:
8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8×7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah
8×7 = 28 2
2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?
A. 27
B. 30
C. 33
D. 36
Jawapan: A
Teknik menjawab
90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang
3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang
Berjayakah anda menjawab semua soalan di atas tanpa melihat jawapan terlebih dahulu?.
Adakah anda cukup yakin untuk menduduki peperiksaan Penolong Akauntan, 4 Julai ini?.
Sudah cukup bersediakah anda?.
Tahniah, jika jawapan anda “Ya”. Tapi, jika jawapan anda “Tidak”, anda perlu melakukan sesuatu. Anda harus tampil yakin ketika melangkah ke dewan peperiksaan dan perlu penuhkan ilmu didada untuk membolehkan anda menjawab semua soalan dengan baik.
Anda tak perlu terlalu risau jika tak tahu nak baca apa untuk menjawab peperiksaan ini. Anda boleh dapatkan ebook contoh-contoh soalan peperiksaan penolong akauntan ini di SINI. Dapatkannya, dan kemudian anda study. InsyaAllah, boleh jawab nanti. Contoh-contoh soalan, jawapan dan cara untuk mendapatkan jawapan semua ada di dalam pakej rujukan ini.
Dapatkan E-book Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Akauntan, W27 ini dengan segera kerana lagi lambat anda dapatkan ebook ini, lagi sikit masa anda untuk study. Tak sempat study nanti untuk exam ni!. Klik untuk mendapatkan panduan lengkap untuk lulus ini atau anda ditinggalkan jauh oleh calon-calon lain kerana ramai yang telah mula mendapatkan ebook ini untuk study secepat mungkin.
Rujukan lengkap peperiksaan penolong akauntan ini telah membantu ramai calon LULUS exam ni 🙂 .
P/S: Lagi cepat anda dapatkan rujukan ini, lagi banyak masa anda ada untuk study. Ramai yang dah dapatkan pakej rujukan ini. Mereka telah mendahului calon peperiksaan yang lain dengan memiliki ebook ini dan dah mula study. Dapatkannya jika anda tidak mahu ketinggalan dan tercicir di belakang. Jawatan ini terhad, tapi calon peperiksaan RAMAI.
Good luck kepada semua calon!
Kongsi contoh soalan peperiksaan bertulis penolong akauntan ini dengan rakan-rakan anda yang lain di FB. Mungkin rakan anda juga dipanggil untuk menduduki peperiksaan ini. Like FB Page Syaisya.com ini untuk update-update akan datang.