MUDAH KE BUAT MASTER PENYELIDIKAN?

MUDAH KE BUAT MASTER PENYELIDIKAN?

Kucing pun baca buku

 

Senang ke buat Master penyelidikan ni?. Best ke buat penyelidikan ni?. Setelah aku bertekad untuk mengubah corak kehidupan ku dengan berhenti kerja dan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam penyelidikan, aku kini bergelar student.

Aku memilih untuk melanjutkan pelajaran secara penyelidikan (by research) dan bukannya melalui kos (by taught course) kerana aku tak suka pergi kuliah. Dulu masa undergraduate, aku suka tidur dalam kelas. Ngantuk lah dengar lecterur mengajar.

Kalau buat by course, aku kena baca buku, kena ingat semua yang di baca, kena buat latihan dan sebagainya. Aku ni memang student yang malas. So, aku memang tak berminat nak buat Master by course.

Buat research pun sebenarnya kena banyak membaca, malah lebih kritikal daripada by course. Kawan yang pernah membuat research bertanya pada aku “Kenapa kau tak buat by course, by course lagi senang lah. Buat research ni tak semudah yang kita sangkakan”.

Yup! Aku agree dengan kawan aku tu, dan kini aku sedang melalui saat-saat genting tu. Pening der kepala aku. Penat berfikir. Tapi tak pe lah, ni jalan yang aku pilih dan aku mahu harunginya dengan tabah.

Sekurang-kurangnya, aku tak penat bermain dengan emosi seperti ketika aku bekerja dulu. Huhu..asyik bergaduh je dengan boss setiap hari. Hati sakit hari-hari macam dicucuk-cucuk jarum. Sakit hati dengan perangai anak buah yang pemalas lagi…Huhu…Apapun tu semua dah jadi kenangan dan dah duduk dalam lipatan sejarah. Malas dah nak ingatkan lagi.

Hari ini ialah hari ini. Biarkan semalam berlalu. Hidup perlu diteruskan. Aku perlu sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan baru. Kerana aku menyayangi diriku dan kehidupanku.

p/s: Sekadar luahan rasa setelah penat menelaah dan berfikir. Dah lama tak luahkan perasaan kat blog kesayangan ni. Jap lagi nak jumpa lecturer, nak bincang dan minta pendapat dia. Pecah kepala lah fikir sorang-sorang. 😀

error: Content is protected !!