SYURGAMU RAMADHAN SINOPSIS, PELAKON, TV3
Malam tadi, ketika aku mahu menonton drama Ramadhan Terakhir di portal tonton tv3, ternampak banner Syurgamu Ramadhan ini. Tahun lepas memang aku tak tengok tv. So, aku pun ambil peluang ini untuk tonton drama Syurgamu Ramadhan di web portal tv3 ni. Atas permintaan ramai, tv3 menyiarkan kembali drama ini. Kat tonton ni, semua episod Syurgamu Ramadhan ada. So, bolehlah buat marathon tengok drama ni. Ni drama tahun sempena bulan Ramadhan tahun lepas. Tahun ni drama Ramadhan Terakhir pula.
PROMOSI PROTON SEMPENA RAYA – TAK PERLU BAYAR SERVIS KERETA SELAMA 5 TAHUN!
Pelakon Syurgamu Ramadhan
Elly Suriati (Datuk Halimaton)
Eira Syazira (Marlia)
Ungku Ismail Aziz (Yassin)
Zarina Zainordin (isteri Yassin)
Aripah Damanhuri
Shahar Yac’cob
Nurul Elfira Loy
Noryati Taib
Azma Aizal Yusoof
SAKSIKAN VIDEO HASIL MENGGUNAKAN TEKNIK LOMO MATRIX 360o
Sinopsis Syurgamu Ramadhan
Datuk Halimaton telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil. Marlia suka melawan dan membantah. Datuk Halimaton tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri.
Itu kisah 16 tahun lalu. Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimaton tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimaton tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya.Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya, Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu disimpan jauh di dalam hati. Datuk Halimaton tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut. Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia.
Meskipun dirinya tidak dilimpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahaya mata berusia antara 5 hingga 15 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia. Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…
Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun.
SELAMAT TINGGAL DOUBLE CHIN. DAPATKAN BENTUK MUKA-V.
Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada. Datuk Halimaton melihat program itu. Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar. Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini. Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.
Ramadan menjelang tiba. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah. Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?
Syurgamu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan. Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam.
p/s: Dengarnya ramai yang berharap drama Ramadhan Terakhir akan sama best dengan drama Syurgamu Ramadhan ni. Aku dah layan Ramadhan Terakhir dan cerita tu memang best. Mesti Syurgamu Ramadhan ni pun best kan. Lagu tema Ramadhan Terakhir pun best.
Sinopsis diambil dari Cikmin
Beritahu info ini kepada rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.