SINOPSIS TAHAJJUD CINTA DRAMA TV3

SINOPSIS TAHAJJUD CINTA DRAMA TV3

drama tahajjud cinta tv3 slot zehra

SINOPSIS TAHAJJUD CINTA

Drama Tahajjud Cinta mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.

Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

PELUANG UNTUK BERJUMPA DIANA DANIELLE DAN YASMIN HANI.

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa berkhidmat di sekolah pondok At-Taqwa.

SEMUA PEMILIK PROTON PERLU ALAMI INI

Ketaatan dan cinta kepada agama mampu mendorong seseorang melakukan perkara-perkara murni apatah lagi untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Berbekalkan naluri, cita-cita dan semangat perjuangan harmoni, tiada sempadan dan halangan yang tidak dapat direntasi mahu pun tentangan atau dugaan. Berlainan pula bagi cinta, yang berupaya mengubah mana-mana insan atau pegangan apabila ia dimanipulasikan oleh nafsu dan tipu daya. Mampukah dua orang wanita solehah menempuh onak dan duri disebalik hasrat murni kedua ibubapa mereka?

CUBA TEKA SIAPA DALAM VIDEO NI? KALAU TEKA BETUL DAPAT HADIAH.

Saksikan drama yang menyentuh hati ini di TV3 mulai 8 Julai, setiap Jumaat 9-10 malam.

p/s: Banyak betul konflik dalam cerita ni. Tapi cerita yang banyak konflik lah yang best. Boleh emo-emo sikit. 😀

SENARAI PELAKON DRAMA TAHAJJUD CINTA ADA DI SINI.

Sumber: Portal tv3.

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

SINOPSIS TAHAJJUD CINTA DRAMA TV3

TAHAJJUD CINTA DRAMA TV3 SLOT ZEHRA| PELAKON TAHAJJUD CINTA

drama tahajjud cinta tv3 slot zehra

Drama TV3 terbaru slot Zehra Tahajjud Cinta menggantikan drama Keranamu Laila. Drama 13 episod ini akan ditayangkan bermula 8 Julai 2011.

PENGARAH:

Erma Fatima

 

PELAKON TAHAJJUD CINTA

Remy Ishak (Solahudin)

Fazura (Citra)

Fouziah Gous (Seri)

Shahz Jaszle (Azihan)

Tan Sri Jins Shamsuddin (ayah Citra)

Eman Manan (Ustaz Syauki)

Norish Karman (Nora)

Tiz Zaqyah (Emelda)

Aaron Aziz (suami Nora)

Melisa Saila (isteri ketiga)

Ziela Jalil (isteri kedua)

Erma Fatima (isteri pertama)

Dira Abu Zahar (isteri keempat)

Ahmad Tarmimi Siregar (ayah Seri)

Fadilah Mansor Kak Chik (ibu Seri)

Haryanto (Tengku Irfan)

Neelofa (Armani)

Azizah Mahzan (ibu Citra)

 

Menurut Erma Fatima, drama ini dihasilkan untuk memaparkan perjuangan kaum wanita serta menyemarakkan semangat diri mereka dengan matlamat memberitahu wanita mengenai hak mereka setelah melihat ramai wanita teraniaya di luar sana. Dalam akhbar banyak kes mengenai penganiayaan wanita dipaparkan. Pada masa sama, golongan lelaki pula selalu guna agama untuk menindas wanita jadi.

Drama Tahajjud Cinta ini tiada hero dan heroin kerana setiap orang ada peranan tersendiri. Mereka bersatu menghidupkan watak dalam drama ini supaya benar-benar berkesan. Drama ini dibintangi oleh 20 orang pelakon yang hebat-hebat.

Drama Tahajud Cinta ini mengeksploitasi sebaik-baiknya kemampuan Eman Manan membaca al-Quran.  Eman sebagai Ustaz Syauki memang betul dari segi pendirian agamanya tetapi dia sendiri tidak boleh mengawal nafsunya.

Drama Tahajjud Cinta ini khusus untuk wanita. Drama ini bukanlah nak perlekehkan kaum lelaki tetapi perlu ada kesedaran di kedua-dua belah pihak untuk mencari jalan terbaik terhadap setiap masalah yang wujud. Masing-masing ada hak masing-masing.

p/s: Macam best je cerita ni. Aku sebagai wanita akan tonton drama ni. Orang lelaki pun bagus tonton cerita ni.

JOM BACA SINOPSIS DRAMA TAHAJJUD CINTA NI

Kongsi entri ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini.

error: Content is protected !!