TEMUDUGA: DOA SEBELUM, SEMASA, SELEPAS & AMALAN ROHANI

TEMUDUGA: DOA SEBELUM, SEMASA, SELEPAS & AMALAN ROHANI

Doa Sebelum, Semasa dan Selepas Temuduga Kerja

doa sebelum semasa dan selepas temuduga kerja kerajaan budak comel

Dalam menghadapi persiapan sebelum temuduga pekerjaan, bukan sahaja persiapan fizikal seperti persediaan mengetahui soalan temuduga yang ditanya sebelum ini, ilmu temuduga yang anda perlu tahu dan jadual temuduga dan persediaan sebelum temuduga, tetapi kita juga perlu membuat persiapan rohani dan mental terutamanya kerana persediaan mental, rohani dan emosi adalah sangat penting. Jika anda tidak tenang, anda akan kelam kabut ketika menjawab temuduga nanti.

InsyaAllah, amalan-amalan dan doa-doa yang akan saya kongsikan ini akan membuatkan jiwa dan tenang dan rasa lapang sepanjang persiapan temuduga anda dan sehingga selesai temuduga. Dengan izin Allah…

Berikut adalah beberapa kaedah dan cara persiapan untuk ANDA sebagai pemohon kerja sebelum temuduga. Insyaallah dengan doa-doa berikut, ANDA akan berjaya dengan gemilang disertakan dengan kesungguhan yang berterusan.

AMALAN-AMALAN YANG BAGUS DIAMALKAN SEBELUM TEMUDUGA

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DUA RAKAAT : SETIAP MALAM BERTURUT – TURUT : JAM 12 MALAM

Rakaat Pertama : Baca Surah Al- Fatihah
: Baca Ayat Qursi : 3 kali
: Baca Surah Al – Kaafirun : 3 kali

Rakaat Kedua : Baca Surah Al – Fatihah
: Baca Ayat A Manar Rasul (1 kali)
: Baca Surah Al – Ikhlas (5 kali)
Mencuci diri sewaktu sujud terakhir rakaat kedua : Selepas baca Subhaa na Rabbial A’ala… 3 kali, Secara Qosad dalam hati :
: Baca Astaghfirullah Hal A’azim.. : Istighfar panjang (3 kali)
: Baca Laa Haulawala Quwatailla… sampai habis (3 kali)
: Baca Laa Illa Ha Illa Antasubha…. sampai habis (3 kali)
: Memohon restu Illahi :

Ya Allah Ya Tuhanku Panjangkan Umurku Umur Keluargaku. Ya Allah Ya Tuhanku, Murahkanlah Rezeki ku, Rezeki Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikan Keberkatan dan Keredhaan Terhadap niatku, Tutur kata ku dan Segala Perbuatan ku Serta Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah kejayaan Yang Cemerlang Dalam Temuduga ku kali ini Agar Cita-cita dan Impian Tercapai.

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK SEBELUM TEMUDUGA

DOA DAN RESTU IBU UNTUK ANAK MENGHADAPI TEMUDUGA (DI BACA PADA MALAM SEBELUM TEMUDUGA)

Sembahyang berjemaah bersama keluarga : Maghrib + Isya’ + Subuh setiap hari

Ayah menjadi imam, Ibu membaca doa (untuk mendapat restu ibu) :

Mulakan doa dengan mukaddimah doa selamat sehingga …. Dalhisaab…. Ya allah ya tuhan ku, berikanlah segala kekuatan iman, keyakinan diri, kesabaran serta semangat yang tinggi kepada anakku, …bt ….(ibu) yang akan menghadapi temuduga bagi jawatan … Di … Pada pagi esok ya allah, ya allah ya tuhanku, tenangkan lah fikirannya ya allah, lapangkanlah dadanya ya allah, tabahkanlah hati nya ya allah, permudahkan lah segala persoalan yang dikemukakan kepada nya ya allah, ya allah ya tuhan ku, berikanlah segala petunjuk dan pedoman agar anakku ini dapat menjawab dengan betul, tepat dan padat terhadap semua soalan sperti mana yang dikehendaki oleh penemuduga yang berkaitan ya allah, ya allah ya tuhan ku, tutupi dan lindungilah segala kelemahan anakku ini ya allah, ya allah ya tuhanku, berikanlah kejayaan yang cemerlang terhadap temuduga anak ku kali ini agar beliau dapat bekerjaya tetap ya allah, ya allah ya tuhanku, berikanlah segala kemudahan dan kesenangan serta keredhaan dan keberkatan mu apabila anak ku ini menghadiri temuduganya ya allah, ya allah ya tuhanku, tempatkanlah anakku ini di kalangan hamba mu yang beriman ya allah, yang berilmu ya allah, yang bertaqwa ya allah, yang bertawakkal ya allah, yang soleh / solehah ya allah samada sewaktu anakku belajar berkursus atau bekerjaya nanti ya allah, aamin ya rabbal ‘aa lamin, rabbana aatina…. Sampai habis.

DOA SEBELUM MASUK DEWAN TEMUDUGA : 30 MINIT DARI MASA TEMUDUGA

  • Baca ayat 21 hingga ayat 24 surah Al Hasyr (1 Kali)
  • Baca ayat 9 surah Yasin : waja ‘alna…. (3 kali)
  • Baca surah Al Insyirah : Alam Nasyrah…. (3 kali)
  • Baca 4 qul : Al Kafirun > Al Ikhlas > Al Falaq > An Nas
  • Baca doa penerang hati + mukaddimah + penutup doa
  • DOA KETIKA HENDAK MASUK KE BILIK TEMUDUGA

    Apabila nak masuk bilik temuduga,

    1. Bacalah surah A-Fatihah sekali dan Surah Al ‘Alak ayat 1-5 (ayat kunci segala ilmu) sekali :

    doa sebelum temuduga doa ayat kunci segala ilmu

    2. Baca Doa Kejayaan Temuduga Pekerjaan :

    doa sebelum temuduga doa kejayaan terang hati temuduga kejayaan

    3. Kemudian, baca Doa di bawah :

    doa sebelum temuduga kerja kerajaan

    DOA SELEPAS TEMUDUGA

    Selepas temuduga, banyakkan berdoa dan solat hajat agar berjaya mendapat karier yang diidamkan.

    Banyakkan berdoa dan bertawakal pada Allah. Anda usaha sebaiknya, Allah yang menentukan. Jika pekerjaan yang diminta sememangnya baik untuk anda, InsyaAllah, anda akan dapat pekerjaan tersebut.

    Allah Maha Mengetahui!.

    Selamat beramal dan Selamat mendapatkan karier idaman anda. ^_^

    Saya doakan anda mendapat pekerjaan yang terbaik untuk anda!

    p/s: Untuk memudahkan anda, agar anda boleh baca dan amalkan doa dan amalan rohani ini, saya telah susun dan himpunkan semua doa ini dalam bentuk pdf. Klik sini untuk download Koleksi Doa Temuduga ini.

    [bannerbox id=7]

    Jika artikel ini bermanfaat untuk anda, kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain dengan menekan butang “f” di sebelah kiri artikel ini. Mungkin ia dapat membantu dan memberi manfaat kepada rakan anda yang akan ditemuduga.

    P/S: Jika anda tidak mahu ketinggalan mendapatkan tip temuduga dari saya, masukkan nama dan emel anda di ruang yang disediakan di bawah. Tip akan dihantar ke emel anda dari semasa ke semasa. 😀

    Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel

    Masukkan nama dan emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel.

    SOALAN TEMUDUGA PENGUASA KASTAM W41

    SOALAN TEMUDUGA PENGUASA KASTAM W41

    contoh soalan temuduga penguasa kastam kerja kerajaan pegawai tadbir diplomatik ptd

    Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41

    Alhamdulillah, setelah beberapa hari mencari dan mengumpul soalan temuduga Penguasa Kastam, hari ini, saya diizinkan Allah untuk berkongsikan ilmu pengetahuan yang saya miliki ini kepada pembaca blog syaisya.com yang bakal menjalani temuduga Penguasa Kastam tidak lama lagi.

    Soalan-soalan temuduga Penguasa Kastam ini saya perolehi daripada mereka yang telah menjalani temuduga Penguasa Kastam. Saya kumpulkan soalan-soalan yang ditanya kepada mereka dan saya kongsikan dalam artikel ini.

    Harapan saya agar artikel yang mengandungi Soalan Temuduga Penguasa Kastam ini dapat membantu dan memudahkan ramai calon membuat persediaan untuk Temuduga Penguasa Kastam nanti. 😀

    Koleksi Soalan Temuduga Penguasa Kastam W41 Yang Pernah ditanya

    Untuk pengetahuan anda, ada 2 orang panel penemuduga yang akan menemuduga anda untuk jawatan Penguasa Kastam ini.
    Seorang panel dari SPA dan seorang lagi dari KDRM (Kastam Diraja Malaysia).

    Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Jawatan Penguasa Kastam

    Berikut adalah soalan-soalan berkaitan jawatan Penguasa Kastam yang ditanya kepada calon temuduga :

    • Tugas – tugas Penguasa Kastam
    • GST (Government Service Tax)
    • Current SST
    • GTP
    • NKRA
    • Siapakah Ketua Pengarah Kastam
    • Siapa mantan Ketua Pengarah Kastam
    • Cukai perkhidmatan (syarat-syarat)
    • Cukai jualan
    • Bahagian-bahagian dalam KDRM (Kastam Diraja Malaysia)

    Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Diri Anda

    • Perkenalkan diri (Ceritakan serba sedikit tentang diri anda)
    • Kelulusan anda dan jawatan sekarang
    • What you can do if you get this job
    • Persediaan yang dilakukan sebelum temuduga Penguasa Kastam

    Soalan Temuduga Penguasa Kastam mengenai Isu Semasa

    • Apa isu yang hangat diperkatakan dalam negara masa kini?
    • Satu soalan mengenai isu semasa terkini
    • dan sedikit soalan yang menguji mentaliti calon

     

    Soalan Temuduga Penguasa Kastam untuk Calon yang Pernah Bekerja

     

    Untuk calon yang mempunyai pengalaman berkerja (bukan fresh graduate), tetapi tak pernah bekerja di sektor awam, berikut adalah soalan yang pernah ditanya oleh panel penemuduga :

    • Kerja-kerja anda sekarang
    • Kenapa minat nak jadi penguasa kastam
    • Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh bidang pengajian anda untuk kastam

     

    Soalan Temuduga Penguasa Kastam untuk Calon yang Sedang Bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan

     

    Untuk pengetahuan anda, lain cara temuduga untuk calon yang fresh (baru nak masuk kerja kerajaan) dengan calon yang dah lama berkkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

    Menurut pengalaman temuduga dari seorang calon yang telah 8 tahun berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, ketika temuduga Penguasa Kastam W41, banyak soalan-soalan temuduga yang ditanya berkaitan dengan kerja-kerja beliau sekarang. Soalan-soalan ini ditanya oleh Panel Penemuduga wakil SPA.

    Antara soalan yang ditanya ialah :

    • Soalan mengenai pekeliling-pekeliling lapuk di mana ketika itu calon pun belum lahir lagi
    • Soalan tentang perintah-perintah am, akujanji, perlembagaan, nilai dan etika / peraturan-peraturan pegawai awam
    • Soalan mengenai SBPA yang tak jadi
    • Ada juga soalan mengenai kenaikan / pelarasan gaji untuk jusa-jusa

    Ada tak Ditanya Soalan Provokasi Dalam Temuduga Penguasa Kastam?

    Berdasarkan hasil pembacaan saya, ada calon yang ditanya soalan berbentuk provokasi, namun ada juga calon yang tidak diajukan soalan tersebut.

    Secara asasnya, tujuan soalan provokasi ini adalah panel penemuduga mahu lihat adakah anda jenis yang mudah goyah atau memang anda ada pendirian yang tetap terhadap isu yang dibangkitkan.

    Contoh Soalan Provokasi Temuduga Kerja Kerajaan

    Ini adalah antara soalan provokasi yang pernah ditanya kepada calon :

    • Kelulusan yang anda perolehi ini tak sesuai untuk jawatan yang anda pohon!

     

    Tip Jawab Soalan Provokasi

     

    • Teruskan bertenang dan jangan jadi seperti lalang
    • Tetap dengan pendirian anda tentang isu yang dibangkitkan
    • Tiada jawapan betul atau salah bagi isu yang diutarakan
    • Cumanya anda perlu kekal mempertahankan pendirian anda
    • Jangan tiggikan suara walaupun anda rasa tak puas hati atau rasa panas hati di’provoke’
    • Kekal bertenang dan jawab dengan senyuman, ya 😀

     

    5 Tips Ringkas LULUS Temuduga Kerja Kerajaan

    • Sebelum temuduga, pastikan anda membaca surat khabar tentang isu semasa yang berlaku 2 hari sebelum temuduga dan hari ketika temuduga, kerana ada soalan isu semasa terkini yang akan ditanya
    • Ketika temuduga, yang penting confident je. Sentiasa yakin dengan diri anda!
    • Senyum ketika menjawab soalan. Senyum adalah sedekah. Selain dari itu, senyum boleh menyebabkan anda rasa tenang dan yakin!
    • Fikir dahulu sebelum menjawab soalan. Jangan terburu-buru menjawab
    • InsyaALLAH yang lain mintak ALLAH mudahkan. Usaha yang terbaik!. Keputusan dan rezeki anda, Allah yang tentukan. 🙂

    PANDUAN LENGKAP RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

    Selain dari soalan-soalan yang saya kongsikan di atas, anda boleh mendapatkan 250 koleksi skema soalan dan jawapan yang biasa ditanya dalam temuduga kerja kerajaan yang terkandung dalam Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini.

    Selain daripada 250 contoh soalan dan jawapan temuduga kerja kerajaan ini, anda juga akan didedahkan dengan Teknik Menjawab Soalan Temuduga. Ianya amat bagus untuk anda baca. Calon-calon temuduga yang telah mendapatkan panduan ini mengatakan bahawa hampir 50 – 70% soalan yang ditanya semasa temuduga hampir sama dengan apa yang ada dalam panduan ini.

    Tip Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

    Tip temuduga yang berguna ~Sha

     

    Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Panduan Lengkap

    Saya membaca soalan-soalan yang ada dalam ebook ini berkali-kali. Seramai 2500 yang hadir temuduga, hanya 47 orang berjaya dan saya adalah salah seorang darinya ~ Pn. Ann Rohani

     

    Wah!. Bestnya dapat jawat jawatan kerja kerajaan idaman ramai ni!. Anda juga boleh lulus temuduga dan menjawat jawatan kakitangan kerajaan seperti mereka. Tiada yang mustahil!.

    Jika anda dipanggil untuk temuduga Penguasa Kastam, anda perlu bersaing dengan 30 ribu orang lagi calon yang turut dipanggil untuk temuduga untuk merebut 245 kekosongan jawatan (tidak termasuk calon simpanan).

    Jika anda benar-benar serius untuk lulus temuduga dan dapat jawatan idaman anda, anda boleh mulakan persediaan untuk temuduga dengan mendapatkan Rujukan Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini di SINI.

    SAYA NAK PANDUAN LENGKAP LULUS TEMUDUGA KERAJAAN

    Ok, sekian saja tips saya kali ini. Semoga beroleh kejayaan yang diimpikan. Aamiin.

    InsyaAllah, saya akan kongsikan lebih banyak lagi Tip Temuduga Kerja Kerajaan dari semasa ke semasa. Jika anda tidak mahu ketinggalan mendapatkan Tip-tip dan info terkini mengenai Temuduga Kerja Kerajaan, masukkan nama dan emel anda dalam ruangan di bawah :

     

    Tip Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah Tanpa Menggunakan Kabel

    Masukkan nama dan emel anda di bawah. Tip akan dihantar melalui emel.

     

    p/s: Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, klik Like dan share artikel ini di Facebook.Sharing is caring 😀

    error: Content is protected !!