Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 296

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 308

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 309

Deprecated: Array and string offset access syntax with curly braces is deprecated in /home/eertoado/public_html/wp-content/plugins/similar-posts/languages/en/stemmer.php on line 310
Tip berkaitan tip pilih pad | Syaisya.com
TIP MEMILIH TUALA WANITA (PAD)

TIP MEMILIH TUALA WANITA (PAD)

tip pilih tuala wanita

Terdapat pelbagai jenis tuala wanita di pasaran. Jadi adalah penting juga untuk para wanita memilih tuala wanita (pad) yang sesuai dengan diri sendiri. Tip memilih tuala wanita ini aku ambil dari website kotex setelah aku klik iklan Nuffnang yang ada kat blog. Oleh kerana aku juga seorang wanita, jadi aku tertarik untuk klik iklan tu.

 

SAIZ TUALA WANITA

Ketahui saiz, bentuk badan dan aliran period kamu. Pilih tuala wanita yang padan dengan kamu.

KETEBALAN

Tuala wanita maxi biasa mempunyai ketebalan yang sesuai untuk aliran banyak. Ada orang yang sukakan tuala wanita lebih nipis yang mampu menyerap untuk hari aliran banyak. Ini kerana ia membuatkan mereka lebih selesa. Jadi pilihlah tuala wanita yang menyelesakan kamu.

SAYAP / TANPA SAYAP

Sayap boleh menghalang darah daripada terbocor ke seluar dalam kamu. Semasa hari aliran banyak ataupun kamu ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita bersayap.

JENIS TUALA WANITA

Apabila membeli tuala wanita, kamu boleh pelbagaikan jenisnya. Jadi, bolehlah kamu pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid kamu, dan juga jenis aktiviti yang akan kamu lakukan.

JENIS BAHAN LAPISAN PELINDUNG

Tuala wanita dijual dengan sama ada lapisan kapas atau jejaring/jalinan. Ada gadis yang sukakan kelembutan ekstra dan keselesaan yang terdapat pada lapisan kapas manakala ada yang sukakan rasa kering yang boleh didapati menerusi lapisan jejaring. Terpulang pada kamu!

p/s: Semoga tip memilih tuala wanita ini dapat memberikan para wanita idea untuk memakai tuala wanita yang bersesuaian.

Kongsi tips ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Facebook dengan menekan butang share ini. Klik butang +1 kalau anda ada akaun gmail. 🙂

error: Content is protected !!