by syaisya | Jun 11, 2020 | Kerja Kerajaan
Ramai calon yang tak sedar apa yang berlaku dalam penilaian PSIKOMETRIK memasuki perkhidmatan awam (kerja kerajaan).
Ujian ini sebenarnya ada dalam pelbagai peringkat dan tujuannya kolektif untuk mencari calon yang punya attitude BENAR LAYAK untuk jawatan yang ditawarkan.
Ianya ada 3 skop penilaian berbeza;
- Psikometrik Ujian Online
- Psiokometrik Temuduga
- Psikometrik Kenaikan
Ok kita sembang ringkas untuk skop ini;

-
PSIKOMETRIK Ujian Online
Ini adalah ujian khusus untuk GUGURKAN pemohon yang ramai dari seluruh Malaysia melalui permohonan SPA8i.
Taraf penilaian adalah adalah SKEMA “nilaian positif” yang telah ditetapkan.
Setiap jawapan ada “SKOR” tersendiri dan pada akhirnya calon ditapis daripada mereka yang mempunyai “SKOR” tinggi.
Itu ja. Jadi tips penting untuk sukses dalam ujian ini adalah;
“Tonjolkan nilai positif, sembunyikan yang negatif dalam diri”
Ujian ini adalah computerized. Tak perlu argue pun dengan tips yang kami selalu kongsikan.
Pegang satu benda ja, GAGAL skor dalam ujian ni, tak sampai lah anda ke temuduga 🙁
Anda boleh dapatkan koleksi contoh soalan psikometrik dengan klik pada gambar / butang hijau di bawah :

SAYA NAK KOLEKSI SOALAN PSIKOMETRIK INI
-
PSIKOMETRIK Temuduga
Bahagian ni bila anda dah selesai part ujian online. Dalam situasi ini PENEMUDUGA akan korek karekter anda.
Mereka ada skop penilaian PSIKOMETRIK yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan sebab ini adalah peringkat akhir sebelum anda dapat jawatan.
Jadi penilaian ini lebih kepada “nilaian kreatif dan kritis”.
Panjang nak cerita bab ni. Tapi yang paling penting jika anda dipanggil ke sesi UJIAN ONLINE, anda hanya perlu tinggikan SKOR pada “nilaian positif”.
Jadi untuk ujian online ini, focus untuk SKOR MAKSIMUM pada skala NILAIAN POSITIF.
Jika masih belum dapatkan rujukan TERAS yang anda perlukan untuk sukses UJIAN PSIKOMETRIK ini, terus dapatkan di;
>> KLIK SINI UNTUK DAPATKAN RUJUKAN PSIKOMETRIK 2020 <<
Salam sukses untuk anda!
p/s: Ribuan calon dah sukses dengan rujukan PSIKOMETRIK ini sebab mereka bertindak dengan ilmu dan strategi yang betul hasil dari perkongsian di;
RUJUKAN LENGKAP PSIKOMETRIK 2020. KLIK SINI
by syaisya | Aug 26, 2014 | Kerja Kerajaan, Kerjaya, Penguasa Kastam, Peperiksaan Bertulis SPA, Rujukan Peperiksaan SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA, Uncategorized
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41
[hcshort id=”5″]

Mengikut format terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA untuk peperiksaan Online Penguasa Kasta W41 yang bakal diadakan 6 September ini, terdapat 3 Seksyen utama, iaitu ;
Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Ujian Psikometrik.
Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama (format tahun 2009 – 2012) iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat.
Dalam artikel ini, saya hanya akan terangkan mengenai Seksyen C (Ujian Psikometrik) sahaja. Sebelum ini, saya telah pun kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam untuk semua seksyen dalam artikel Contoh Soalan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini.
Seksyen C – Ujian Psikometrik
Untuk Seksyen C (Ujian Psikometrik), sebanyak 200 soalan perlu dijawab dalam masa 60 minit.
Uih! Banyaknya soalan nak kena jawab!. Sempat ke nak jawab ni?.
Rileks…..
Sebenarnya, soalan ujian psikometrik ni lah soalan yang paling senang untuk anda jawab.
Kenapa pula?.
Sebab untuk jawab soalan psikometrik ni, anda tak perlu buat sebarang kira-kira, tak perlu tekan calculator dan tak perlu pening kepala untuk fikirkan jawapan!.
Sebabnya…..
Soalan ujian psikometrik ni, anda hanya perlu jawab secara spontan.
Tapi awas!.
Sebenarnya, soalan ujian psikometrik ni ada banyak perangkap yang sengaja dipasang untuk memerangkap anda!.
Soalan-soalan psikometrik direka khas untuk mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Jadi, untuk menjawab soalan psikometrik ini, anda perlu menonjolkan nilai-nilai positif dalam diri anda. Tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Itu sahaja!.
Pilih jawapan untuk mengeluarkan kualiti baik yang ada dalam diri anda dan jawab dengan sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.
Anda perlu tahu bahawa soalan psikometrik ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.
Tip Jawab Soalan Psikometrik Penguasa Kastam
Tip terpenting untuk jawab soalan psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 agar anda tidak terperangkap dengan soalan-soalan yang diutarakan ialah :
Pastikan jawapan anda sentiasa konsisten!.
Ini adalah kerana, terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.
Jadi, jangan jadi lalang semasa peperiksaan, ya 😀 Anda perlu tegas dengan pendirian anda!
Sebagai contoh, soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;
1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
2. Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
4. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
5. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
Semua 5 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri anda. Anda perlu memberikan jawapan yang konsisten untuk semua soalan ini!.
Maksudnya, jika jawapan anda “Tidak” untuk 1 soalan, anda perlu jawab “Tidak” untuk kesemua soalan ini. Barulah anda tidak menjadi seperti lalang, yang tidak mempunyai pendirian yang teguh!. 😀
Cara Menjawab Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred W41 yang Bakal MEMBUNUH Anda!
Ramai yang kata “yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun”.
Ya, pernyataan di atas ada benarnya, tetapi ramai yang salah faham dengan kenyataan di atas. Ramai yang buat kesimpulan macam ini;
“Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!”
Bahagian ‘jangan tinggal satu pun’ itu betul TETAPI jangan hentam/tembak.
Sebabnya, perbuatan menghentam ini akan membunuh anda!.
Kenapa?
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tip yang paling penting adalah KONSISTEN dan saya telah pun berikan kepada anda contoh 5 soalan yang jawapannya sama.
Apa jadi jika anda berikan jawapan yang tak konsisten?.
Markah anda akan terjejas dan sifat diri anda yang tidak mempunyai pendirian yang teguh juga akan terbongkar!.
Jangan risau dengan waktu kerana dalam masa seminit, banyak soalan yang anda boleh jawab!. Sebab soalan pendek-pendek.
Apa yang penting, KONSISTEN dan tonjolkan nilai positif dalam diri anda.
10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam W41

Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik Kastam

Psikometrik SPA

Soalan Psikometrik

Soalan Psikometrik W41

Soalan Psikometrik SPA

Contok Soalan Ujian Psikometrik Gred W41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kastam W41

Soalan Psikometrik Pegawai Kastam W41
Ok, cukup 10 contoh soalan ujian psikometrik Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 yang saya kongsikan untuk anda, para calon peperiksaan 6 September ini.
Sebenarnya, ada dalam 50 contoh soalan ujian psikometrik yang boleh anda dapati dari Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 ini.
Selain dari itu, anda juga boleh download 40 Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam dalam bentuk pdf di sini. Selepas download, terus mulakan study. Persediaan awal untuk exam adalah lebih baik berbanding study last minute!. 😉
Jangan lupa, persaingan sangat sengit. Mungkin SPA panggil berpuluh ribu calon untuk menduduki peperiksaan ini!. Jadi, anda perlu bersaing untuk menjawat jawatan Penguasa Kastam Gred W41 ini.
All the best!
Peringatan : Soalan-soalan yang terdapat di sini hanyalah sebagai contoh dan panduan untuk calon membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada 6 September ini, bukan soalan bocor peperiksaan Penguasa Kastam W41. Tiada soalan bocor dikeluarkan kerana soalan-soalan peperiksaan adalah SULIT dan hak milik SPA dan ia dijaga rapi oleh pihak SPA. Soalan sebenar peperiksaan Penguasa Kastam W41 HANYA akan diketahui pada hari dan masa peperiksaan sahaja. Harap maklum.
Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, Klik Like dan share artikel ini. Mungkin ada rakan-rakan anda di FB yang turut dipanggil ke exam Penguasa Kastam 6 September ini. Jadi, anda telah membantu rakan-rakan adna secara tak langsung 😀
by syaisya | Aug 17, 2014 | Kerja Kerajaan, Kerjaya, Penguasa Kastam, Penolong Penguasa Kastam W27, Peperiksaan Bertulis SPA, Rujukan Peperiksaan SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA
[hcshort id=”5″]

PENGUASA KASTAM GRED W41
Jawatan Penguasa Kastam merupakan salah satu jawatan yang terdapat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diletakkan di bawah Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia.
Bidang Tugas Penguasa Kastam Gred W41
Bidang tugas seorang Penguasa Kastam adalah luas, merangkumi tugasan berikut :
Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
Penguasa Kastam juga turut memproses permohonan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
Selain dari itu, Penguasa Kastam juga bertanggungjawab untuk mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Syarat Lantikan / Kelayakan Penguasa Kastam Gred W41
Jika anda berhasrat untuk memohon jawatan Penguasa Kastam ini, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi :
• Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,925.00 ] atau
• Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,131.73 ] atau
• Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,235.51 ] atau
• Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
• Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,650.63 ] atau
• Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM2,754.41 ] atau
• Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia;
[ Gaji Permulaan : RM2,858.19 ] dan
• lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
• mempunyai kelayakan di atas; atau
• lulus Peperiksaan Khas; dan
• berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Cara Memohon Jawatan Penguasa Kastam W41
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara online di Laman Web Rasmi SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) di www.spa.gov.my.
PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM W41
Tidak seperti sebelum ini, peperiksaan untuk jawatan Penguasa Kastam dilakukan secara bertulis. Tetapi, mulai tahun ini, SPA telah membuat pembaharuan, di mana, peperiksaan Penguasa Kastam kali ini akan diadakan secara online, sama seperti 5 peperiksaan SPA sebelum ini.
Sebelum dilantik sebagai Penguasa Kastam, calon perlulah lulus dalam peperiksaan khas, lulus Assesment Center dan juga lulus temuduga.
FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41
Peperiksaan Penguasa Kastam diadakan bertujuan untuk mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasikan maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman.
Secara umumnya, soalan-soalan peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41 merangkumi 3 Seksyen Utama, iaitu :
1) Seksyen A : Pengetahuan Am
2) Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
3) Seksyen C : Ujian Psikometrik
Download 40 Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41 di sini –> www.PanduanPeperiksaan.com/RujukanPenguasaKastam