Raya dah semakin dekat. Bila raya biasalah kan, banyak nak pakai duit. Zaman-zaman pandemik ni ramai yang dah hilang punca pendapatan. Tapi duit sentiasa diperlukan, kan?
Jadi, nak tak nak perlu juga cari pendapatan. Ada juga yang kehilangan kerja. Jadi, pilihan lain ialah buat duit dari rumah. Dah nak raya ni kan, produk paling ramai orang cari ialah baju raya.
So, apa lagi, jual lah baju raya!.
Tapi, saya tak ada modal. Macam mana?
Rileks, Zaman sekarang ni dah senang dah. Nak mulakan niaga dah tak perlu duit riban-riban untuk buat produk atau beli stok barang. Sebab sekarang ni jadi agent atau dropship je pun dah boleh mulakan bisnes. Tak perlu susah-susah buat produk, simpan stok bagai.
Haaa… ni Sya nak khabar ni. Bulan Bintang Legacy ada buka peluang untuk jadi ejen dropship baju raya mereka,
Bulan Bintang ni adalah 1 brand baju raya yang dapat permintaan tinggi dari peminatnya.
Yes. Tahun lepas ada 132 ribu orang pelanggan setia bulan bintang!. Ini lah yang bagus. Bila anda jual produk yang memang orang dah kenal brand, dan memang cari brand ni. Lebih mudah untuk anda buat jualan, sebab dah memang ada orang yang cari, dah ada peminatnya yang tersendiri.
Bulan Bintang terdiri daripada gabungan leader-leader yang memiliki pengalaman bisnes yang sangat luas dan sangat pakar dalam membuat jualan. Mereka sangat komited untuk kongsikan pengalaman dan ilmu demi membantu anda mencapai misi menjana side income dengan menyertai projek raya ini.
Alhamdulillah. Bulan Bintang dah bantu ramai dropshipper dapat capai income yang LEBIH untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. InsyaAllah. Tahun ni dapat bantu lagi ramai pihak.
Pehhh dalam masa 2 bulan ni HQ dah ada clear target! Bulan bintang legacy betul betul nak bantu anda untuk capai UNTUNG BERSIH RM1000 😭🔥
Cuba bayangkan duit raya RM1000 😭😍 Nak lebih lagi pun boleh. Buat betul-betul, gunakan ilmu yang diajarkan oleh HQ.
Ya, HQ akan ajar anda cara nak buat duit dengan projek baju raya ni. HQ akan adakan kelas setiap minggu.
Antara kelas training yang HQ buat
KENAPA TAK BOLEH LEPASKAN PELUANG TAHUN NI?
ARGHH TAK TAHU NAK CAKAP APA LAGI!
Dah 2 Tahun Orang tak raya sakan , tahun ni pasti lagi epik. Kann. Ramai dah tak sabar nak raya dah ni.
Tak cakap banyak , kali ni paling banyak manfaat !
Siapa yang grab peluang ini InsyaAllah anda orang yang tidak akan pernah menyesal!
Cepat join Projek buat duit raya dengan dropship baju raya bulan bintang. Pendaftaran akan ditutup pada 29/02/2022. Jangan lambat, nanti terlepas peluang buat duit ni.
Klik butang hijau di bawah sekarang untuk join. Yuran hanya RM 50, dapat jual 1 set keluarga dah balik modal. InsyaAllah. Jom buat duit raya! Rebut peluang buat duit raya yang datang setahun sekali je ni.
Format peperiksaan Penguat kuasa KP29 untuk tahun 2022 ini adalah sama dengan format exam Julai 2021, tetapi tahun 2022 ni SEKSYEN A hanya ada 10 soalan.
Detail format adalah;
SEKSYEN A: Daya Menyelesaikan Masalah
10 Soalan
25 Minit
SEKSYEN B: Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris
20 Soalan
20 Minit
Panggilan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 oleh pihak SPA
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUAT KUASA KP29
.
CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUAT KUASA KP29 (SEKSYEN A)
Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji calon dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.
Baiklah, berikut adalah contoh soalan matematik peperiksaan online penolong penguatkuasa KP29. Cuba jawab, ye. Uji keupayaan diri anda sebelum exam ni.
.
1. Tan Cheong dapat menjawab 6 soalan Matematik dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik yang boleh dijawab oleh Tan Cheong dalam masa 1 jam 15 minit?
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45
.
2. Jumlah harga 40 biji tembikai ialah RM380. Berapakah harga 2 biji tembikai?A. RM 18.00
B. RM 18.50
C. RM 19.50
D. RM 19.00
CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUAT KUASA KP29 (SEKSYEN B)
Dalam seksyen ini calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris. Soalan akan merangkumi satu (1) petikan pendek beserta 5 soalan kefahaman dan 15 soalan tatabahasa.
Cuba uji kefahaman Bahasa Inggeris anda dengan menjawab soalan-soalan di bawah :
1. These sentence have correct usage of collective nouns, except:
A) It is really fun to watch a parade of elephant presents some tricks.
B) The chef was shocked to see a colony of rats in their pantry.
C) The zoo has a new attraction when a band of gorillas will be
brought form Africa
D) A fisherman was nearly killed when a zeal of sharks attacked his
boat.
2. Find the best answer for question. “ can I ask you a few personal question?”
A) Yes I can
B) I will have to think first.
C) Certainly
D) Are you sure?
3. The loan shark asked him repeatedly can continue to ________ him.
A) Harass
B) Harras
C) Harass
D) Harres
PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29
Atas permintaan calon yang dipanggil menduduki peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29, pihak Tim Infokerjaya telah menyediakan Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 mengikut format terkini.
Pakej ini telah dikemaskini khas untuk membantu calon membuat persediaan yang lebih baik untuk exam KP29 ini. Untuk mendapatkan pakej ini, klik butang hijau “Saya Nak Rujukan KP29” sekarang.
Hari ni hari pertama 2022. Masuk je tahun baru, ramai orang pasang azam tahun baru. Ada orang panggil azam, ada orang panggil impian.
Tak kesah lah azam ke, impian ke, tapi yang pastinya, semua orang nak apa yang kita nak tu jadi realiti. Best kan, bila kita dapat apa yang kita nak.
“Orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati”.
Haa…. Bila kita ingat mati, memang tak lengahkan masa lah untuk capai apa yang kita impikan.
Sebab mati itu kan pasti. Bila-bila masa je kita boleh pergi meninggalkan dunia yang sementara ni.
Cerita mengenai impian ni, macam-macam impian yang diinginkan. Ada orang nak kereta mewah, nak rumah besar, nak suami soleh, nak isteri solehah, nak anak mithali, nak jadi tetamu Allah tunaikan haji dan umrah, nak buat qurban, nak melancong satu dunia, haaa… macam-macam impian ada. Memang tak larat lah nak senaraikan. Kalau orang bisnes, nak bisnes makin maju, ada team power, ada ramai customer. Macam-macam lah kan.
Apa pun impian yang kita nak, asalkan niatnya baik dan kerana Allah Taala, insyaAllah, kita usahakan lah sampai impian kita tu jadi realiti. Pastilah kita nakkan kejayaan dunia dan akhirat.
Tapi…
Kenapa susah sangat capai impian?
Sebab, selalunya, kita tak jelas dengan apa yang nak dicapai.
Clarity = Power
Bila kita jelas dengan apa yang kita nak buat, maka ianya akan jadi power.
Contoh :
Impian saya nak maju dalam bisnes (Tak Jelas)
Impian saya nak dapatkan keuntungan RM 10,000 pada 30 Januari 2022 (Jelas).
Macam mana pula nak tulis impian yang jelas ni? Ada caranya?
Cara untuk dapatkan target yang jelas.
Yakin Allah yang berikan rezeki dan jadikan impian kita kenyataan. Bukan atas usaha kita semata-mata.
Guna formula SMART :
Specific – Nak kereta baru, kereta Vellfire pada 31 Disember 2022.
Measurable – Boleh diukur.
Achievable – Impian yang kita nak capai tu boleh dicapai.
Realistik – Saya nak kahwin dengan puteri bunian (tak realistik). Nak turunkan 10kg dalam masa 3 bulan (realistic).
Time – Bagi masa yang realistik.
Rahsia Capai Impian Lebih Cepat
1.Bersangka baik dengan Allah.
Percaya yang impian kita tu pasti kita boleh dapat. Bersangka baik dengan Allah. Jangan bersangka buruk dengan Allah. Yakin jadi dengan izin Allah, insyaAllah, impian jadi kenyataan.
Kita percaya yang Allah yang jadikan unlimited resources. Allah yang izinkan semuanya terjadi. Allah Maha Kaya. Semua yang ada dilangit dan bumi ni kepunyaan Allah.
Jadi, kita sandarkan segala harapan kita pada Allah untuk Allah jadikannya realiti. Kita bersangka baik dengan Allah, dan kita bergantung pada Allah. Jangan bergantung pada kekuatan diri sendiri.
Semuanya adalah dengan izin Allah. Kita tak mampu buat dengan kekuatan diri sendiri tanpa kekuatan yang diberikanNya.
Jangan rasa dengan usaha kita yang membuatkan kita berjaya dapat apa yang kita nak. Tetapi, semuanya yang kita dapat, adalah dengan izin Allah. Allah yang berikan kepada kita. Usaha kita, adalah asbab. Rezeki tak pernah salah alamat. Jadi, kita kena sediakan alamat untuk rezeki tu datang kepada kita.
Hak kita adalah usaha. Hak Allah adalah beri rezeki.
2. Selawat 1000x sehari
3. Perbanyakkan Saiyidul Istighfar setiap hari siang dan malam.
4.Setiap kali terlintas je apa yang kita nak, terus berdoa.
Jangan mengeluh, tapi tukarkan keluhan itu kepada doa.
Buang Sikap Ini Untuk Cepat Capai Impian
Andai kita buang sikap ni, insyaAllah kita dapat apa yang kita nak capai.
Apakah sikap itu?
.
.
.
BERTANGGUH.
Perasan tak, selalunya bila kita bertangguh nak buat sesuatu, akhirnya kita tak buat pun.
Jadi, untuk capai impian yang kita nak, terus buat apa yang kita dah rancang dan apa yang kita nak buat. Jangan tangguh-tangguh.
Tangguh-tangguh ni, sedar-sedar dah hujung tahun, dah habis 1 tahun, dah masuk tahun baru. Penyudahnya, impian tahun lepas pun tak tercapai, masuk tahun baru, buat lagi impian baru.
Sedih kan jadi macam ni?.
Maka, marilah kita buat je apa yang kita nak buat dan apa yang kita patut buat. Supaya impian kita dapat capai.
Rasa susah nak istiqamah dan rasa susah nak mulakan kerja? Amalkan baca doa ini. Rujuk video di bawah pada minit ke-7 hingga minit ke-8. InsyaAllah, Allah akan permudahkan kita untuk istiqamah dan beramal soleh.
Doa untuk istiqamah dan berjaya dalam hidup :
Mulakan tulis 101 impian hari ini.
Impian Sya tahun ni, Stileina ada team jahit beg seramai 30 orang pada 31 Disember 2022. Cukup lah menjahit dan bekerja seorang diri selama ini. Tiba masanya untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bisnes. Bisnes secara berjemaah. Bergerak beramai-ramai. Dengan niat untuk membantu 15 orang ibu tunggal dan 15 orang wanita B40 menjana pendapatan yang tetap sekurang-kurangnya RM 1,200 sebulan, dengan kemahiran menjahit beg dan kraf. Latihan Sya akan berikan. Projek jahitan Sya akan berikan juga. Moga Allah terima dan kabulkan impian Sya ini. Bismillah. Aamiin Ya Mujib Ya Razzaq Ya Baari.
Nak join team jahit Sya atau team marketing? Boleh emelkan resume anda ke afrahaventure@gmail.com.
p/s: Sedang hujan lebat ni. Rezeki turun lebat mencurah-curah dari langit. Subhanallah.
Malaysian Relief Agency (MRA) ingin mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim zionis Israel ke atas umat Islam di Masjid al Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin sejak beberapa hari yang lalu. Hampir 2000 umat Islam Palestin khususnya di kejiranan Syeikh Jarrah yang sedang menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan al mubarak kini dihalau dari rumah dan menjadi mangsa kekejaman serangan tentera zionis Israel. Serangan bersenjata ini juga telah menyebabkan 300 rakyat Palestin mengalami kecederaan dan terpaksa dirawat di hospital.
.
Penjarahan dan pencabulan oleh rejim zionis Israel ke atas hak asasi manusia dan prinsip kemanusiaan di dalam undang undang antarabangsa ini adalah amat dikesali. Di dalam persidangan Geneva yang menjadi dasar kepada undang-undang kemanusian dunia telah menetapkan bahawa serangan tidak boleh dilakukan ke atas rumah ibadah, penduduk awam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dan pusat yang menjadi tempat di mana kakitangan perubatan merawat mangsa yang tercedera. Namun prinsip asas ini tidak diendahkan. Negara-negara gergasi dunia yang kononnya menjuarai hak asasi manusia hanya mendiamkan diri daripada membuat apa-apa kenyataan malah ternyata mendokong pula dasar apartheid yang dilakukan oleh puak Zionis.
.
MRA ingin menggesa agar serangan yang bertali arus kepada rakyat Palestin dan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh puak zionis Israel di Masjid al-Aqsa dan kawasan penempatan Syeikh Jarrah, Baitulmaqdis pada bulan Ramadhan ini harus dihentikan serta merta. MRA juga ingin menegaskan bahawa prinsip keadilan dan kesaksamaan di antara kedua-dua pihak yang bertelagah perlu diangkat bagi memastikan perjanjian keamanan di Palestin dapat dimeterai. Negara-negara dunia perlu mengutuk perbuatan rejim Israel dan memberikan tekanan undang-undang kepada mereka.
.
.
Bagi mengukuhkan solidariti kepada rakyat Palestin, MRA telah melancarkan tabung infaq bantuan kecemasan al-Quds yang kini telah terkumpul sebanyak RM 60,000, hasil daripada sumbagan orang ramai. Ini bertujuan bagi membantu sebahagian usaha rakyat Palestin serta meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk yang memerlukan khususnya kepada keluarga yang kini telah kehilangan tempat tinggal di Baitulmaqdis. MRA menyasarkan bantuan sebanyak RM 200,000 dapat dikumpul dan dihantar ke sana sehingga berakhirnya Syawal.
.
Untuk makluman, sepanjang bulan Ramadhan yang lepas, MRA telah menerima sumbangan Ramadhan menghampiri RM 2 juta dalam bentuk tunai, nilaian barangan makanan dan bukan makanan.
.
Segala sumbangan yang diterima telah diagihkan kepada penerima yang memerlukan yang terdiri daripada golongan komuniti terpinggir, asnaf, miskin bandar dan luar bandar, orang asli, OKU, warga emas dan golongan gelandangan melalui 11 cawangan MRA di seluruh negara. Terhimpit akibat kekangan ekonomi yang dirasai akibat pandemik Covid 19, MRA terus gigih membantu di dalam usaha menyampaikan bantuan yang diberi hasil sokongan korporat, yayasan kebajikan dan rakyat Malaysia amnya.
Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban rakyat Palestin di Baitulmaqdis,
“MRA mengalu-alukan sumbangan kewangan ke ‘Tabung Infaq Bantuan Kecemasan al-Quds’ melalui akaun Malaysian Relief Agency Berhad iaitu Maybank (5640 9820 8020) atau hubungi 013-337 1672 atau layari akaun Facebook Malaysian Relief Agency untuk maklumat lanjut,” katanya.
Jika anda adalah calon exam online Pegawai Tadbir Negeri Johor (PTN Johor) Gred N41, anda berada di tempat yang betul. Artikel ini khas untuk anda.
Untuk jawatan Pegawai Tadbir Negeri, semua negeri ada penilaian dan perlaksanaan berbeza.
Johor – exam Online Pulau Pinang – exam Offline Sarawak – exam Online
Yang penting anda kenalpasti apakah bentuk soalan dan seksyen penilaian untuk sesi exam yang anda dipanggil.
SKOP PENILAIAN EXAM PTN JOHOR 2020
Ada perubahan format peperiksaan online PTN Johor untuk sesi 2020 kali ini berbanding sesi peperiksaan lalu (tahun 2018).
Untuk sesi 2018, ada 3 seksyen soalan, iaitu :
Seksyen A : Psikometrik
Seksyen B : Pengetahuan AM
Seksyen C : Daya Menyelesaikan Masalah
Tetapi, untuk peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri Johor 2020, hanya ada 2 seksyen sahaja, iaitu :
Seksyen A : Pengetahuan AM
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Sebagai calon, anda perlu tahu apa yang akan dinilai pada peperiksaan online PTN Johor ini.
Berikut adalah perkara-perkara yang akan dinilai dalam exam PTN41 Johor :
i) Pengetahuan Am ii) Pengetahuan Berkaitan Bidang Kerja iii) Dasar-Dasar Kerajaan iv) I.Q v) Kecekapan anda menyelesaikan masalah berdasarkan situasi / masalah yang diberikan.
MACAM MANA NAK LULUS EXAM PTN JOHOR?
.
Mungkin anda tertanya-tanya contoh soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri Johor dan juga rujukan peperiksaan PTN Johor untuk anda jadikan rujukan.
Dalam artikel ini, kami akan berikan kepada anda beberapa contoh soalan pengetahuan am dan soalan daya menyelesaikan masalah exam PTN41 Johor.
Buat persediaan menyeluruh untuk lulus exam ini. Masa dah tak banyak dah.
Untuk bantu persediaan exam anda, ada satu rujukan khas untuk calon Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N41 seperti anda. Rujukan ini sedang dikemaskini untuk disesuaikan dengan format terkini exam PTN Johor sesi 2020. Untuk mendapatkan rujukan ini, anda join chanel Telegram khas untuk calon PTN41 ini. Klik butang di bawah ini untuk join :
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR NEGERI PTN JOHOR GRED N41
Contoh-contoh soalan yang kami berikan ini adalah sebagai contoh untuk membantu anda memahami corak soalan yang selalu ditanya dalam exam ambilan kerja kerajaan. Ianya contoh sahaja. Bukan soalan sebenar dan bukan juga soalan ramalan. Namun begitu, contoh-contoh soalan ini dapat membantu anda mendapatkan gambaran mengenai soalan yang bakal ditanya.
CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR NEGERI PTN JOHOR GRED N41
1) Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah dan jenis mahkamah di Malaysia
I. Mahkamah Rendah –> Mahkamah Penghulu II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen III. Mahkamah Khas –> Mahkamah Juvana IV. Mahkamah Adat –> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja B. I, II dan III C. I, I, III dan IV D. I dan IV
2) Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI
A. Yang di-Pertuan Agong B. Parlimen C. Dewan Negara D. Dewan Rakyat
3) Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.
A. Senator B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) C. Ahli Majlis D. Ahli Dewan Negara
CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR NEGERI PTN JOHOR GRED N41
Bagi soalan daya menyelesaikan masalah, ia lebih ke arah perngiraan dan daya fikiran anda untuk menyelesaikan masalah soalan tersebut. Kebanyakan calon mengeluh seksyen ini kerana diberikan masa tidak mencukupi untuk menjawab kesemua 40 soalan dalam masa 50 minit. Hal ini kerana terdapat konsep matematik yang perlu diingat semula dan memerlukan masa yang pantas untuk selesaikan soalan pengiraan.
Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah kemahiran logik, menginterpretasi dan analisis data dan matematik yang hanya merangkumi silibus SPM. Untuk pengetahuan, seksyen ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kemahiran logik, menginterpretasi data dan konsep matematik.
CONTOH SOALAN MATEMATIK PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR NEGERI PTN JOHOR GRED N41
1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut.
A. 28 B. 49 C. 56 D. 62
Jawapan: A
Pengiraan:
Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8×7/2 = 28.
2. Sebuah mesin membuat roti dapat menghasilkan 550 buku roti dalam sehari. Waktu operasi kilang tersebut ialah hari Isnin hingga Sabtu dan mempunyai seramai 9 orang pekerja. Pengeluaran sebuah kilang roti yang mempunyai 7 mesin roti yang sama dan didapati 2 buah mesin telah rosak. Hitung jumlah pengeluaran roti dalam masa 2 hari.
A. 5500 B. 1500 C. 7700 D. 6500
3. Bundarkan puluh ribu hasil tambah 15 ribu, 3 puluh ribu dan 8 ribu ialah …
A. 53477 B. 53000 C. 50000 D. 53400
4. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?
A. 11
B. 13
C. 15
D. 17
5. Sayid dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Sayid dalam masa 1 jam 15 minit?
A. 55
B. 50
C. 40
D. 45
6. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81?
A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun
7. Bagi set data 6, 8, 10, 6. 5, 2, x, y. Kekerapan mod adalah 3 dan min adalah 7. Cari x + y.
A. 19
B. 17
C. 18
D. 20
8. Raziah mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Rahmah pula mendapat kurang 250 markah daripada Roslan. Manakala Roslan mendapat kurang 350 markah daripada Raziah. Berapakah jumlah markah mereka?
A. 13,500
B. 13,550
C. 12,550
D. 12,500
9. Satu titisan air berisipadu 2.5ml. Berapakah bilangan titisan air supaya memenuhi bekas 0.5 liter?
A. 200
B. 250
C. 100
D. 150
10. Junainah menaiki komuter ke Universiti Malaya dari rumahnya pada jam 6.30 pagi dan tiba di sana jam 7.25 pagi. Berapa lama Junainah gunakan masanya ke destinasi?
A. 45 minit
B. 55 minit
C. 25 minit
D. 35 minit
CHANEL TELEGRAM RASMI KHAS EXAM PEGAWAI TADBIR NEGERI
Satu chanel rasmi khas untuk exam PTN diadakan untuk memudahkan anda buat rujukan dan persediaan exam. Anda sangat digalakkan untuk join chanel PTN41 ini supaya tidak ketinggalan maklumat yang disalurkan khas untuk anda,
Klik butang di bawah untuk join telegram rasmi PTN41: