1. Wanita Mendedahkan Aurat
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia (auratnya) melainkan muka dan dua tangannya sampai pergelangan.”
(H.R. Abu Daud)
“Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan cium baunya.” (H.R. Muslim)
Islam tidak melarang kaum wanita berpakaian cantik dan indah, asalkan tidak ada unsur-unsur mendedahkan aurat dan boleh membentuk identiti muslimah yang mukrninah.
2. Wanita Berpakaian Menyerupai Lelaki
Sesungguhnya Allah dan RasulNya melaknati wanita Islam yang berpakaian menyerupai lelaki.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah melaknat lelaki yang mengenakan pakaian wanita dan wanita yang mengenakan pakaian lelaki.”(H.R. Abu Daud dan Hakim)
“Rasulullah s.a.w. melaknat wanita yang berpakaian menyerupai lelaki dan lelaki berpakaian menyerupai wanita.” (H.R. Bukhari)
Pada hakikatnya, kaum wanita tidak menyedari bahawa cara berpakaian juga boleh mendatangkan laknat Allah SWT seperti menampakkan perhiasan emas, permata dan sebagainya dengan harapan diketahui dan ditontoni oleh kaum lelaki dan orang ramai.
3. Wanita Bergaul Bebas Dengan Lelaki Bukan Muhrim
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri muhrim.”(H.R. Bukhari dan Muslim)
“Tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan wanita melainkan yang ketiganya syaitan” (H.R. Ahamd, Tirmizi dan Hakim).
“Takutlah kepada dunia dan wanita kerana fitnah yang mula-mula melanda kaum Bani Israil adalah wanita”. (H.R.Muslim)
4. Wanita Bersalaman Dengan Lelaki Bukan Muhrim
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sungguh dimasukkan kepala salah seorang dariada kaum dengan jarum dari dua besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (H.R.Tabrani)
Tidak diragukan lagi bahawa perbuatan berjabat tangan antara wanita dengan lelaki bukan muhrim juga termasuk zina tangan, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan berzina”. (H.R.Ahmad)
Amalan berjabat tangan antara seorang wanita dan lelaki yang bukan muhrim tidak dibenarkan oleh syarak walaupun mereka tidak melakukan apa-apa perkara sumbang seperti dalam majlis keramaian, menyambut tetamu ke rumah dan sebagainya. Tetapi hal ini boleh mendorong kepada kemungkaran dan maksiat.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan”. (H.R.Ahmad)
5. Wanita Berpakaian Menyerupai Pakaian Orang Kafir
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Waspadalah kamu dari kemewahan yang berlebihan dan meniru gaya dan pakaian orang syirik”. (H.R.Bukhari dan Muslim)
“Ada dua jenis manusia pengisi neraka yang belum pernah aku lihat kedua-duanya: pertama, segolongan manusia yang mempunyai cambuk seperti seekor lembu mereka memukul manusia dengannya; kedua: wanita yang berpakaian tetapi telanjang dan melenggang lenggok, kepala mereka seperti pundak unta yang condong, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya. Sesungguhnya, bau syurga itu boleh tercium dari jarak yang sekian-sekian.” (H.R.Muslim)
Sumber: Petikan dari Buku: 33 LARANGAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP WANITA
begitu rupanya…info yg berguna untuk kaum hawa…
salam minta maaf sy bkn la hebat mengenai agama.tp sy
ingin memberi teguran sedikit.post anda mengenai agama tp ada gamba wanita xmenutup aurat..macam kurang sesuai.peace..
@pawaka: tu contoh yang di larang…picture tells thousand of words…peace ^-^. Terima kasih atas teguran pawaka.. tegur-menegur amlan mulia..
@pejuang: mudah-mudahan..