Semalam aku kena pergi kerja juga. Selalunya, aku memang pantang jumpa public holiday. Mesti aku cuti. Macam yang aku dah tulis kat entry yang sebelum-sebelum ni, aku memang tak suka buat OT. Tapi, hari Jumaat, Maulidur Rasul, aku datang kerja juga. Nak balik kampung, nak sambut Maulid dengan family, tapi kena kerja pula. Nak dengar ceramah Maulid dekat2 sini, tanya2 orang, tak de pulak ceramah nya, yang jauh dari rumah aku adalah. Kalau jauh-jauh, memang aku tak leh pergi la. Sebab aku tak da transport pun. Uhuhu..Rindu zaman dulu-dulu aku..Pagi-pagi pergi dengar ceramah Maulid kat masjid, pastu makan nasi minyak.. Best..
Semalam, Sabtu kerja juga. Tapi balik dari jemputan kahwin colleague aku baru aku masuk kerja, kul 1 lebih. Masa kat jemputan tu, ada menu bubur. Tiba2 member aku yang pregnant ni, bisik-bisik kat aku, “tak de orang ke nak ambil bubur tu? Aku nak rasa sikit je”. Bila dia cakap macam tu, cepat-cepat aku tolong ambilkan bubur tu. Sebab aku tahu, dia teringin lah tu. Walaupun aku tak de lagi pengalaman mengandung, tapi mak aku selalu cerita ragam orang mengandung ni, sebab adik ipar aku pregnant.
Semalam OT, aku bengang sangat. Dari 1 lebih sampai 4 lebih, aku buat kerja, tapi kerja aku tak siap pun. Sebab aku siapkan kerja untuk 2 plant lagi yang kat negara A dan negara B. Last-last, bila aku dah penat, nak buat kerja aku pun dah tak larat..Sudahnya, aku spend time cuti aku, untuk siapkan kerja orang lain. Nak buat macam mana, dah style management aku cam ni. Suka tak suka aku kena buat juga.
Balik dari kerja kul 8 malam. Pastu layan GB dan melawat blog orang. Tiba2 kul 9 lebih, mak aku call tanya dah makan belum. Bila aku kata aku belum makan, mak aku kata bagus. Pi siap sekarang, jap lagi mak datang. Kitorang ada kat JB ni. Aku pun terkejut. Yelah, mana tak nya, tadi pagi adik aku mesej, kata diorang pi Mersing, mandi kat Air Papan. La ni, tetiba tepon, kata dah ada kat JB pula. Aku tanya mak aku “Around the Johor ke apa ni?”. Mak aku gelak je. Dia kata diorang datang JB ni sebab nak makan steamboat kat Tebrau. Sebab mak aku dengar adik aku kata sedap sangat stemboat kat sana. Tapi kedai tu tutup pula, sebab bapa tauke meninggal.
Last-last makan kat Stulang laut. Mmmm…sedap makan ikan segar. Ikan kerapu bakar. Tengok isi ikan tu putih bersih. Nyum-nyum, sangat menyelerakan. Lepas makan tu, aku yang dah berbelah bahagi nak pi kerja ke tak Ahad ni, last-last aku dengan selamber nya terima tawaran mak aku, ajak aku ikut diorang balik kampung. La ni, aku dah ada kat kampung dah. Yezza…dapat gak balik kampung. I like…..