Hai..
Selalu tak, solat di surau awam?. Surau-surau yang terdapat di tempat awam, macam shopping complex, RNR, terminal bas.. (ehek, ala..apa la aku ni, sebut surau awam je kan, orang boleh paham, tak payah la bagi contoh).
Semalam aku pergi makan kat Danga Bay. Sampai sana dah masuk maghrib. Sebab tersesat jalan. Sebenarnya nak makan kat Stulang Laut, tempat yang aku dan family makan 2 minggu lepas. Tapi tak jumpa-jumpa. Dah pusing berkali-kali, pi mai-pi mai tang tu. Lastly, kitorang decide makan kat Danga je.
Lepas dah order makanan, waiter tu cakap, tukang masak dia pergi solat. So kena tunggu tukang masak dia. Dahtu, takkan nak tunggu je kan, perut pun dah lapar giler. Aku pun ke surau la. Kecil je surau dia, sangat tak best.
Usai solat tu, dengar seorang minah ni cakap yang handbag dia hilang. Dia letak kat rak telekung.
Orang 1: Call cepat2 handphone kamu. So kita boleh spotcheck, kot orang tu tak keluar lagi dari sini.
Mangsa: Hanphone pun tak de, semua dalam beg tu.
Orang 2: Guna handphone abang.
Mangsa keluar mencari abang dan kembali semula ke dalam surau. Dail handphone, ada ringing. Tapi tak berjawab. Panggilan di putuskan. Dalam surau tu pun tak de ringing. Dah sah-sah orang tu dah keluar.
Aku: Memang kena berhati-hati kalau solat di surau awam. Orang yang sembahyang pun tak boleh dipercayai.
Orang sebelah aku: Kadang-kadang yang ambil tu, bukan orang yang solat. Dia diri je kat sini, perhati…
Haaa..so apa nak buat kalau solat di surau awam?. Handbag dan barang-barang berharga nak letak kat mana?
1. Letak kat hujung depan sejadah
Cara ni ramai orang guna. Masa kita diri dan rukuk, memang lah boleh nampak handbag tu, tapi, bila kita sujud, kita dah tak nampak handbag tu. Orang yang panjang tangan ni, tangan dia memang panjang. Sekelip mata je pun, beg tu boleh lesap. Still lagi ada kes kecurian, walaupun letak kat depan sejadah.
2. Letak handbag kat tengah sejadah
Pandai-pandailah budget, bila kita sujud, handbag tu akan berada antara sejadah dan badan kita. So, orang tak boleh ambil. Tapi ni tengok saiz beg jugalah. Kalau beg besar sangat, mengganggu juga sujud tu.
3. Simpan handphone dan purse dalam kocek
Cara ni boleh guna kalau pakai seluar. Kalau pakai baju kurung, susah sikit, kecuali baju tu memang ada poket.
4. Minta tolong kawan jaga
Ni kalau bukan berseorangan lah. Suruh je kawan tolong jagakan barang kita tu. Gilir-gilir la solat.
Hmm…kalau korang ada cara lain atau cara yang selalu korang gunakan, boleh la share di ruangan komen. Aku memang selalu dengar pasal kes kecurian kat surau awam ni, tapi ni first time, kejadian sebenar berlaku di depan mata aku (erk, ni kira depan mata juga ke?)