Selepas aktiviti helang feeding, kami di bawa ke Pulau Beras Basah. Sebaik sahaja sampai sini, aku terpegun dan kagum tengok keindahan pulau ni. Cantik sangat. Seriously, cantik.
Akak dan adik aku nak mandi sebenarnya, tapi masa macam tak mengizinkan. So, mereka jalan-jalan je kat tepi pantai. Aku pula sibuk snap gambar. Memang kegemaran aku snap gambar pemandangan. Suka tengok keindahan dan kedamaian ciptaan Allah, ni.
Dalam air kat pantai ni, kan. Jalan kat tepi je pun, air dah cecah peha.
Sebenarnya kami satu keluarga tak buat apa sangat kat pulau ni. Tak mandi pun, sebab baru je mandi kat Tasik Dayang Bunting. Sebenarnya kami tak tahu yang kami akan di bawa ke sebuah lagi pulau, dan boleh mandi. Jadi, bila sampai sini, kami terus cakap kat pemandu bot tu:
“Laaa..terbalik, patutnya bawa ke sini dulu, mandi air laut. Lepas tu baru pergi Tasik Dayang Bunting, bilas”.
Pemandu bot tu jawab:
“Boleh mandi dekat sini, lepastu bilas di air perigi. Ada perigi kat sana”.
Tapi kitorang tak mandi pun. Kami bergambar je. Adik-adik aku gila bergambar melompat. Macam-macam aksi diorang melompat. Aku dan akak aku pun join sekali. Yang jadi fotographernya, adik ipar aku. Aksi melompat kami tak boleh lah ditayangkan di sini. hehe…sebab aksi melompat adik-adik aku memang dramatik habis. Macam nak bergaduh bertumbuk pun ado.
Dengan kedatangan kami ke Pulau ini, maka berakhirlah aktiviti island hopping kami ni. Lepas ni dah nak kena balik ke darat semula. Island hopping memang best!
Hari berikutnya kami ke Underwater World pula.
Yang suka bercuti,