Aku baru je habis marathon layan Adamaya dari episod 7 hingga episod 11. Tiba-tiba je aku terjebak layan Adamaya. Ni semua gara-gara ramai blogger buat entry pasal Adamaya, membuatkan aku tertanya-tanya, best sangat ke cerita ni sampai menjadi perbualan ramai. Tak kurang juga ada yang membezakan Adamaya dan Asmaradana. Buat masa ni aku belum layan Asmaradana lagi. Nantilah, InsyaAllah, balik kampung hujung minggu depan baru aku layan. Hakikatnya, aku tak boleh sangat tengok online cerita-cerita ni semua, sebabnya aku pakai beruk band hijau putih ni, untuk 3GB je sebulan, dan bila usage aku dah nak melebihi quota, pasukan hijau putih ni akan slow down kan speed aku. Nanti, aktiviti blogging aku pun akan terjejas.
Berbalik kepada persoalan tajuk di atas, ada apa dengan Adamaya? Aku start layan cerita ni masa aku kat hotel kat Penang, dek kerana bosan dok hotel sorang2, dan kebetulan ada Wifi, so aku layan la cerita ni. Sekurang-kurangnya boleh save quota beruk band aku. Hehe..tapi, believe it or not, aku sampai terlelap-lelap tengok Adamaya ni. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Mungkin sebab tengok sorang-sorang kot.
Lisa yang comel
Cerita ni ala-ala novel lah juga kan. Sebagai peminat novel, aku pun dah banyak kali baca cerita pasal kahwin tanpa cinta ni. Macam-macam version ada. So, tak hairanlah, bila aku baca komen-komen yang ada kat tv3.com tu, ada yang menyatakan tengok cerita ni macam baca novel je. Ahaks, ada lah juga aku rasa cam tu.
Bila dah layan cerita ni, aku boleh faham jugalah, kenapa orang suka cerita ni. Ada banyak scene romantis Adam dan Maya. Dan aku rasa, mesti ramai gadis-gadis yang mengidamkan suami seperti Adam. Sampaikan ada yang terus rasa macam nak kahwin la ni juga. Haha..sweet kan diorang berdua tu. Sampai ada lelaki yang mengaku dia mempunyai watak seperti Adam. Wow! Sempat promote diri lagi tu.
Tapi kesian, kan, kat Jasmine tu. Mmm..sebab tu lah orang selalu kata, perempuan kena pilih lelaki yang mencintai dia, bukan lelaki yang dicintai. Aha.. Dani memang sengal. Ada ek laki macam tu? Adush!. Tak ada tanggungjawab langsung. Bina je lah hidup baru, tak semestinya kita kahwin dengan orang yang kita cinta dan tak semestinya kita bahagia kahwin dengan orang yang kita cinta. Uhuhu..macam pakar cinta lah pulak aku ni. Dush!
Photo kredit to Mr. Pohls Demon
p/s: Putus cinta itu memang menyakitkan, kan?