Uhuhu..sangat teruja aku melihat kilauan not RM 100 ni. Siapa tak nak duit weh, semua orang nak. Waima orang gila pun kenal duit tau. Benda lain dia tak ingat, tapi duit dia tau. Wajib tahu.
Huh! Kalau Lelaki Ini kasi aku duit yang terpampang ni, syoknyer. Aku dah berangan nak bayar bil beruk bend hijau putih aku ni. Bulan lepas punya bil aku tak bayar pun lagi. Budget lari lah. Jauh budget aku tu lari, dia lari sampai Beijing.
Aha! kalau aku bayar berukbend, ada lagi balance RM2..nak buat apa ek dengan RM2 ni? Ehmmmm…beli gula-gula pastu post kat Lelaki Ini lah, sebagai tanda penghargaan aku terhadap kebaikan hati dan kemurahan poket Lelaki Ini, kerana dah berjaya menolong aku mensettlekan bil beruk bend aku yang tertunggak ni. Kalau beruk band aku ni kena potong, tak boleh la aku nak berblog dan join contest lagi.
p/s: Kepada Lelaki Ini, sila pilih saya sebagai pemenang, kerana anda akan dapat gula-gula dari saya sebagai balasannya. Win win situation. Deal or No Deal?
Jika DEAL jawapan anda, sila pilih nombor di bawah, untuk menentukan brand gula-gula yang anda akan dapat. Pilih 1 je ya, jangan tamak, walaupun anda ada 4 quota!.