Uhhhh..hari ni aku teramat sangat lah mengantuknya kat tempat kerja. Padahal semalam tidur awal, pukul 11. Selalunya pukul 1.30 baru aku tidur. Tulah yang peliknya mata aku ni, bila tidur awal, ngantuk kat tempat kerja. Bila tidur lambat tak ngantuk pula. Adeh! Aku pun tak faham dalam erti kata yang sebenarnya.

Jadi, masa anak buah aku pergi lunch, aku pun mngambil kesempatan merayap ke blog Aried ni. Minggu lepas lagi aku tahu yang Aried ada buat edisi review mengreview ni sempena Edisi Terjah dengan versinya yang tersendiri. Tapi aku rasa segan pula nak review blog sensei ni.   
Ni buat pertama kalinya aku ngular kat internet time kerja. Setengah jam pulak tu. Ni semua nak buang ngantuk punya pasal. Tapi aku ganti balik setengah jam ni dengan balik lewat 30 minit. Saje nak buang rasa bersalah. Cuba mencari keberkatan dalam mencari rezeki.
Dalam hal aku mengeksplore blog Aried ni, tiba-tiba tersampai pula seru untuk join Edisi Terjah Versi Aried ni.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

1. Aried InysaAllah akan membuat review 20 buah blog terawal yang membuat review mengenai blog aried.

2. Setiap review yang dibuat adalah untuk penambahbaikkan blog-blog sesama kita.

3. Tiada unsur-unsur negatif seperti ingin menjatuhkan blog-blog lain.(Ish, tak baik tau)

4. Segala cadangan kepada tuan punya blog adalah sekadar pandangan peribadi aried sahaja, diharap jangan ada yang membuat tafsiran negatif k.ehhehe

5. Kawan-kawan boleh buat 1 review blog aried, publishkan dan segera tinggalkan link bagi review itu didalam bahagian komen.

6. Panjang review tidak terhad, lagi panjang lagi bagus.

7. Kalau boleh kongsikan apa yang ada suka dan apa yang boleh ditingkatkan lagi dalam blog aried ni k!. Tq atas segala cadangan bernas korang k…

8. Tiada paksaan… Huhuhuhu

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Tips yang berguna
Kebetulan sekarang ni aku memang tengah cari tips-tips pasal Nuffnang memandangkan aku baru je daftar Nuffnang, kelmarin. Jadi, aku bacalah tips Nuffnang yang banyak terdapat kat blog Aried ni. Memang ada banyak tips yang berguna kat blog ni. Selain dari tips Nuffnang, ada juga tips-tips berblog. Memang banyak lah ilmu yang boleh dicedok dari blog ni. Arigato gozaimasu, sensei!.
Penggunaan bahasa
Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ada juga mengandungi unsur-unsur humor. Tersenyum-senyum kambing jugalah aku baca entri-entri sensei ni.
Iyo, nama pun cikgu, kan. Jadi, bahasa memang best untuk dibaca. Ni sebab aku dah baca beberapa blog cikgu, jadi, aku dapat merasakan persamaan dari segi olahan bahasa cikgu-cikgu ni. Memang Bahasa Jiwa Bangsa.
Cadangan penambah-baikan
Aku masih baru dan banyak lagi yang perlu aku belajar. Jadi, apa ya cadangan untuk math sensei ni? Aku cadangkan agar cikgu teruskan usaha menyampaikan ilmu-ilmunya dalam berblog ni. Omputeh cakap, Keep It Up!.
OK lah cikgu, sekian sahaja review dari anak murid ni..Hehe..Jika ada salah silap terasa hati segala bagai, Sya Isya minta maaf, ya.
p/s: Kepada kawan-kawan yang nak join Edisi Terjah Aried ni, klik je kat link yang ada kat entri ni. 

error: Content is protected !!