Uish…hari ni aku bad mood seharian kat tempat kerja. Habis orang sana sini aku marah. MArah bersebab, ya. Bukannya marah orang yang tak buat salah. Aku marah kat orang yang tak faham2 bahasa je.
Awatnyer aku jadi bad mood + pemarah gila babas kat offis? Apa yang dah jadi?
Pagi-pagi lagi aku dah memasamkan bin mencukakan muka aku yang memang jarang tersenyum ni. Mana tak nyer muka aku masam! Kereta aku orang gores, dari pintu belakang sehingga ke bonet!!!!!!
KURANG AJAR!
Tu je yang aku boleh cakap. Sakit hati aku!!! Kereta aku tu, baru je 3 minggu aku drive tau!!! Ingat senang ke aku nak beli kereta tu??? Kereta tu bukan harga 90 hengget, OK! Almost 90k!! Apsal nak dengki kat aku ni???
Yang pastinya, malam tadi, aku terpaksa parking kat luar dari pagar rumah dek kerana dalam pagar sudah penuh dengan 2 kereta (kepunyaan housemate-housemate aku). Memang pat – pat siku lipat, sape cepat dia dapat parking dalam. So aku terpaksa park kat depan rumah sebelah (hostel foreigner). Memang situlah port aku dan housemate kalau tak dapat parking kereta kat dalam. Tak boleh park kat betul2 depan pagar rumah sendiri, sebab nanti pagi2 seawal 6 lebih, kereta yang kat dalam tu nak keluar, gi kerja.
Uwaaa…kenapa mesti gores kereta aku??? Panjang pulak tu! Dengki sangat ke tengok kete aku tu? Calar tu kat pintu yang ngadap ke rumah pulak tu! Memang nampak sangat bukan orang yang lalu lalang yang calarkan. Kalau orang yang lalu-lalang, mesti calar kat bahagian yang ngadap jalan. 
Sakitnya hati aku!!!!! Allah saja yang tahu betapa sakitnya hati aku ni. Geramnyerrrrrrr!!!!!!! 

BACA JUGA :  PERISTIWA 1 RAMADHAN 1431
error: Content is protected !!