Hari ni aku balik kerja agak awal, pukul 8, risaukan kereta parking jauh dari kilang. Balik dari kerja, aku pergi Angsana cari buku kat Badan Cemerlang. Dah jumpa dengan buku yang berkenan di hati, aku pulang ke rumah dengan segera atas 2 alasan utama:
1. Perut dah berdangdut
2. Kalau balik lebih dari pukul 10, housemate aku dah masukkan kereta dia, so nanti aku kena park kete kat luar. Takmo-takmo.
Sekembalian aku di rumah, rasa nak update blog, sebab hari ni 1 entri pun aku tak buat lagi. Biasalah, weekdays memang payah sikit aku nak berblog. Sementara tunggu lappy aku ON, aku duk termenung depan lappy tu. Entry apa aku nak buat hari ni?. Macam biasa, aku terjah mailbox aku dulu. Tengok2, dapat mesej dari yoy (yang sebenarnya dia post komen kat latest entry aku).
Sebaik sahaja aku baca mesej tu, dalam hati aku terus berkata:
“Hah! Aku menang ke? Dia kata got something untuk aku!”
Sepantas kilat jari aku pergi ke blog Yoy….Jeng jeng jeng!!!!

Uwaaa..
sungguh aku tak sangka,
aku boleh menang juga…
walaupun no. 4…tapi memang lah juga kan..dan aku tetap suka sebab ni 1st contest yang aku menang. So aku jakun sikit. @_@.
p/s: Tak sangka idea yang diperolehi ketika basuh baju ni boleh menambat hati juri. Thank you very much to Yoy and his future sister-in-law.

BACA JUGA :  SYAZAISYAH GIVEAWAY
error: Content is protected !!