Memandangkan aku ni memang suka join contest, jadi kali ni aku nak join contest yang dianjurkan oleh Ziq sempena anniversary blog dia yang ke 2 tahun. Wah! 2 tahun dah usia blog dia. Blog aku ni baby je lagi, baru 5 bulan. 
Ni 1st time aku join contest yang berkonsepkan fotografi. Oleh kerana aku memang banyak sangat gambar dengan alam, sebab aku memang suka bermesra dengan alam, jadi penat juga lah aku nak belek semua gambar-gambar yang aku ada. Last-last aku pilih gambar ni. (Sebenarnya aku pun tak tahu nak pilih gambar yang mana 1. Rambang dah mata)
This is non-edited photo. Natural photo with nature and natural people. (Tajuk omputeh, so aku cakap omputeh kejap).
Gambar ni ketika aku reunion dengan coursemate aku masa kat Universiti dulu di Taman Negara, Kuantan. Saat dan ketika gambar ini dirakam, kami sedang khusyuk mendengar info-info yang diberikan oleh tourist guard (yang berseluar pendek) ketika aktiviti jungle trecking. Kira masa reunion ni, aku betul-betul rasa back to nature. Hilang stress kerja segala bagai.
Ziq nak penerangan ringkas je. So, aku taip seringkas yang boleh.
Kepada anda-anda yang ingn menyertai, jom usha syarat-syarat mudah penyertaan kontest ni kat sini. Jom, pakat ramai-ramai join!
p/s: Tiba-tiba rasa macam bestnye lah, kerja macam tourist guard ni. Mesti tak tensyen, kan?. Hari-hari berjalan, tengok alam semulajadi, best nye!

BACA JUGA :  PERTEMUAN PERTAMA DENGAN TOP 25 BLOGGER MY SELANGOR STORY 2011
error: Content is protected !!