Mata semakin kuyu, tapi tiba-tiba je jari ni ligat nak ketuk keyboard, taip entry untuk berada dalam blog list kategori HIJAU di blog list Ben Ashaari. Kenapa aku nak berada dalam senarai HIJAU ni?
1. Dah kategori HIJAU je yang aku layak. Masuk kategori HIJAU je lah, sebab follower aku ciput je. Trafik aku lebih dari 50% datang dari pakcik google. Jadinya, kalau aku boleh menempel di blog list Mr. Ben ni, mungkin boleh up lagi trafik, especially dari para blogger2 yang lain. Cuba je lah, kan. Belum cuba belum tahu.
2. Apa ya sebab lain selain dari trafik? Alamak! Dah taip entry ni pun dala keadaan mengantuk plus letih balik kerja lambat. Jadinya tu jelah idea spontan yang terlontar. Kena buat entry ni la ni juga, sebab tarikh tutup dia sangat dekat, iaitu esok. Esok dari pagi sampai petang jadual ku sudah penuh dengan travel sekitar Johor.
Jadi, En. Ben, harap entri ni memenuhi syarat yang En. Ben tetapkan. Andai kata En. Ben menyenaraikan blog saya dalam blog list kategori HIJAU ni, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih daun keladi. Harap lepas ni, tolong lah lagi. Hehe..@-@.