Alhamdulillah, akhirnya masa dan ketika ini, aku berjaya meletakkan jari-jemariku yang comey2 ni untuk mengetuk2 keyboard lappy dell merah ni. Argghhh…rasa macam dah lama sangat aku tak buat entri baru. Kali terakhir aku post entry hari Ahad, kelmarin. Haha… Lama ke tu? Bagi aku lama lah tu, sebab semalam aku tak taip entri langsung. Entri yang terakhir tu pun, walaupun hari Ahad, tapi pukul 12 pagi, aku publish, maksudnya entry tu ditaip dalam pukul 10 lebih, hari Sabtu. Agaga…Aktiviti berblogging aku pun terpaksa dihentikan sejak Sabtu lalu. Apa yang terjadi pada aku?
Sabtu
Bangun pagi, siap-siap, pergi ke Batu Pahat, ke kedai adik aku (adik aku buat business printing). Pastu jam 12.30, bertolak ke Hospital Batu Pahat, melawat adik ipar yang sarat mengandung, dimasukkan ke wad kerana demam panas Khamis lalu. Pukul 4 petang, ke kedai adik semula. Pukul 8 baru bergerak, balik ke rumah mak. Sampai rumah, dah malam dalam pukul 10. Sempat lah aku buat entry pasal aku sayang blog ni. Siap je entry, aku dah nak publish, telefon mak aku berdering. Call dari adik aku, mengatakan bahawa isterinya berdarah, perut rasa sakit. Aku tahu tu tanda-tanda baby dah nak keluar.
Ahad
Walaupun aku rasa ngantuk sangat, akak aku pun, mak aku pun, tapi, kami memikirkan adik aku tu perlukan sokongan kami, kerana yang berada di hospital sekarang ni ahli keluarga isterinya je. Adik-adik aku yang masih segar bugar (sebab tengah layan PS2, lawan bola lah, apa lagi!), memang beriya nak pergi teman abang mereka. Maka kami sekeluarga meredah kegelapan malam (erk..malam ke? Dah nak pagi dah), menghala ke Hospital Batu Pahat. Dalam perjalanan, ada 2 accident, 2-2 mangsanya adalah motor. Isk! Isk!.
Sampai hospital dah pukul 2 lebih kot, enthlah, aku tak timing pun..ngantuks! Penat!. Melihatkan muka adik ipar aku yang berkerut-kerut menahan sakit sambil mengusap-usap pinggang dan perutnya…Uissshhhh…ssssstttt…sakit beb! Selama ni, aku cuma dengar je, cerita-cerita pasal sakit bersalin, tapi ni lah kali pertama aku tengok rupa ibu yang menahan kesakitan. Insaf, aku rasa insaf! Macam tu lah mak aku sakit, nak lahirkan aku. Menurut kata mak mertua adik aku, darah tu walau keluar sikit je, tapi rasa sakitnyer…diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu. Sebab tu, biarlah air tuban yang keluar, jangan darah yang keluar.
3.30 pagi…
Uwaa..aku ngantuk sangat..Aku cari tempat duduk untuk tidur. Tidur duduk, kepala atas meja, beralaskan lengan aku. Tidur tak nyenyak, asyik tersedar. Jam berapa tah, hujan lebat sangat2. Sejuknya, dahlah aku bukan tidur dalam bilik, kat luar wad je. Sampai ke subuh, aku tidur-tidur ayam je. Subuh, bila pintu surau di buka, adik kejutkan aku, aku cepat2 masuk dalam surau, tidur sambil duduk..surau kecil je, orang nak solat, ramai..of course lah aku tak boleh baring.
Mata aku pedih, rasa sakit sikit2, sebab tidur2 ayam. Dalam 6.15 baru aku berwudhuk. Habis salam, akak aku bagitau, adik ipar aku dah di bawa ke dewan bersalin. Alhamdulillah, lega sangat, kira cepat juga, bukaan dah cukup syarat.
Kami sekeluarga tunggu di luar wad bersalin. Mata aku masih rasa berat. Yang sebenarnya, kalau aku dapat tidur baring, barulah mata aku ni OK. Tapi kat mana pula lah aku nak baring? Nak baring kat kerusi, teramat sangat lah tak selesa, baik aku duduk. Dan aku tidur lagi, sambil menanti.
Detik 8.30 pagi
Tiba-tiba aku tersedar, bila terdengar suara mak aku mencari adik aku. Nurse dah sebut nama adik ipar aku, memanggil sang suami. Alhamdulillah, adik ipar aku dah selamat melahirkan. Kami tanya nurse “Girl ke boy?”. Nurse jawab dia tak boleh bagitau, biar bapa dia tengok jantina anaknya sendiri.
Bermulalah tanggungjawab adik aku sebagai seorang bapa. Menguruskan pendaftaran wad untuk baby. Kami menunggu di luar wad, sehingga di halau mak guard, sebab mak guard tu dah kena marah dengan guard lain, sebab sepatutnya hanya suami je yang dibenarkan menunggu. OK, kami menurut perintah. Turun ke tingkat bawah, pergi kantin. Nak makan. Lapar tu!
Kat kantin, adik aku tiba-tiba muncul sambil senyum2. Bermulalah sessi soal jawab, temuramah bapa baru ni:
“Girl ke Boy?”
“Cuba teka”
“Girl”
“Ha’ah”, sambil sengih2, senyum2 (suka lah tu jadi bapa)
“Haaa…kan dah betul, dah agak dah”
(1 family dah agak, baby tu girl sebab adik ipar suka bersolek semasa mengandung).
“I dah tahu dah, nama baby tu apa. Masa tengok baby tu tadi, tiba2 terlintas 1 nama ni”
“Apa namanya”
“Sumayyah”
Semua orang setuju dengan nama tu, walau pun tak tahu maksud, tapi aku tahu, tu nama wanita terbilang dalam Islam.
“Nak tambah ‘Annur’ kat depan. Jadi ‘Annur Sumayyah’.
—–Nak cerita lagi, cerita tak habis lagi, tapi aku penatlah—-Sampai sini je lah eh…Dan cerita ini tiada sambungan…Jangan marah eh.. 😀
p/s: Annur Sumayyah membawa maksud “Cahaya Kebanggaan”.
p/s/s: Mak aku kata, memang ilham untuk beri nama anak akan diberikan sama ada kepada ibu atau bapa, apabila melihat bayi. Memang telah ditetapkan nama kita, sejak azali lagi, kan? Orang kata, kalau nama tak serasi, bayi asyik nangis dan sakit je nanti. Wallahualam…
p/s: Walaupun aku tak bersalin lagi, tapi dapatlah juga tengok proses-proses nak bersalin ni..Pengalaman baru dan berharga buat ku.
yeah.. should be quite an experience =)
pnjg perjalanan tu..hehe..alhamdulillah..sume selamat…hehe..lepas nie akk dh jd makcik la ek..hehe..mak long ke mak ngah??huhu
@kenwooi: yeah, very good experience.
@Faiz: kalau nak ikutkan, lagi panjang perjalanan. tu pun dah dipendekkan. tak larat nak taip lagi..huhu…tak nak ar panggil mak cik, macam tua je bunyinye..huhu..
wah. rase bgilu bila baca cerita orang beranak. oh…
@Chekgu Moe: baca je dah ngilu..tu belum sendiri rasa….agagaga..seram sejuk juga tengok keadaan dia, tapi Sya suka sangat baby…
pengalaman telah mendewasakan. mematangkan fikiran!
erk, yang eca tau, kalo selekeh je, anak pompuan. sbb serinya anak da amik.
@eciz: hehe..macam2 kan, tapi yang ni memang dia kuat bersolek..sumayyah suka bersolek kot..huhu..
terimakasih sudah berbagi
semoga sukses selalu..