Ahad lalu, seorang blogger bernama Faiz telah membuat 1 review mengenai aku dan juga blog HIDUP ADALAH ANUGERAH ni. Sebelum aku meneruskan celoteh, aku nak ucapkan terima kasih kepada Faiz, pemilik kepada 3 blog:
Haaa..banyak kan, blog dia. Aku pun ada 5 blog, tapi 1 ni je yang aktif. Keh keh keh!. Bagi aku, Faiz memang mempunyai stamina yang tinggi, sebab boleh mengaktifkan ketiga-tiga blog tu. 1 hari, tah berapa entri dia publish, aku pun tak pernah kira. Blog dia semua aktif, sampai kadang-kadang tu, aku nak cari balik entri dia, dah tak tahu entri tu kat blog yang mana satu.
OK, entri kali ni aku nak respon kepada review yang Faiz buat untuk aku tu, sebab aku ni top komentator kat blog dia. Jom kita baca apa yang Faiz katakan.
  Blog ini memang fokus pada kehidupan, sebab tu diberi nama HIDUP ADALAH ANUGERAH. 
Memandangkan aku dah komen sebanyak 17 kali di blog dia, alang-alang Faiz nak buat review, maka dengan sesuka hati aku je, aku request kat Faiz agar buat review blog ni sebanyak 17 kali (sebenarnya aku acah mak enon je, tak serius pun buat request ni). Faiz pula menafsirkan yang aku menginginkan 17 benda tentang blog ataupun diri aku. (Tak pe, aku tak kisah. Sekurang-kurangnya aku boleh tahu ‘aku dan blog ni di mata Faiz). Maka, Faiz dengan bersungguh-sungguhnya mencari 17 perkara yang tersembunyi tu. Jom kita usha apa perkara tersembunyi tu:
Mesraaaaaa… (sila sebut dengan gaya Bob (AF) mesraaa…). Mesra ke?

Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman berblog yang seciput ni. Sharing is steering. Hehe..

Halamak, Faiz! Komen kat blog ni ciput je. Banyak lagi blog di luar sana yang mendapat sambutan hangat dari pengomen2. Apapun, tak sangka pula ada yang dapat semangat untuk berblog dari blog yang tak seberapa ni. Rasa macam artis pulak. Ahaks! Perasan! Kalau aku perasan sekali pun, Faiz lah orang yang bertanggungjawab menyebabkan aku terperasan!

Aha! Bab ping ni yang lemah ni. Tang ping2 ni, kena tunggu bila dalam badan ni terlebih vitamin R (R= rajin).
Nak belanja Faiz makan dengan duit Nuffnang? Hehe..boleh, tapi sampai berjambang lah Faiz kena tunggu.

OK, serba sedikit point Faiz yang aku nak response. Selebihnya, kalau kawan-kawan nak tahu, bolehlah baca entri sebenar di sini.

p/s: Faiz, sorry lambat respon, saje je, nak bagi Faiz sedih sikit-sikit.

BACA JUGA :  SEGMEN # ISI KEKOSONGAN HATI NIR LIFE JOURNEY
error: Content is protected !!