Uhuhu..2 hari aku tak update blog ni. Kelmarin jenguk kejap, approve komen, reply komen, tengok trafik, cek duit Nuffnang (saje nak senyum2 sikit tengok duit), then singgah kejap blog orang lain, lepas tu, off lappy. Tak boleh lama-lama sebab kelmarin penat sangat dan nak tidur awal sebab ada interview. Sepatutnya kelmarin aku pergi interview, tapi aku minta postpone sebab ada hal urgent kat office yang nak diselesaikan. Jadinya, semalam baru aku pergi interview dan tak on lappy langsung sebab semalam penat sangat dan aku balik kampung. Entahlah, kebelakangan ni, aku rasa letih sangat.
Semalam, interviewer pun rasa pelik dengan aku. Dalam kepala dia cuba memikirkan apa yang aku fikirkan sebenarnya. Dia rasa pelik sebab aku tak sepatutnya minta kerja di situ. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang aku ada, sepatutnya aku minta kerja yang lebih up lagi jawatannya, bukannya yang lagi rendah. Oh, aku tak kisah pasal jawatan, yang penting bagi aku bukan tittle. Bukan itu yang aku kejarkan. Aku mahu bekerja dalam keadaan happy. Yang penting, hati aku gembira walaupun gaji tak banyak.  Aku nak ada rasa gembira apabila melakukan kerja, bekerja dalam suasana yang harmoni, bukan asyik nak gaduh sana, gaduh sini, bertekak dan bertegang urat sana sini, sakit hati je memanjang. Kalau nak tahu, aku tak senyum pun kat tempat kerja. Muka aku sentiasa serius. Entahlah, tak boleh nak senyum. Aku tak gembira, buat apa aku nak senyum?. Bibir ini tak mampu mengukir senyuman kala hati meruntun pilu dan terseksa. Roomate aku yang bekerja di tempat yang sama dengan aku pun tegur, muka aku serius je di tempat kerja.
Sejak awal tahun ni lagi, aku memnag dah tak ada hati untuk meneruskan kerja di sini. Hari demi hari, semakin teruk cara aku bekerja. Bergaduh dengan anak buah lagi. Memang dah lama aku geram dengan anak buah terlampau aku ni. Sebenarnya, orang department lain pun boleh nampak, anak buah aku rileks je, tapi aku dah macam lipas kudung. Semua orang boleh nampak yang aku buat kerja sorang-sorang. Memang ada yang menegur aku, agar aku berikan kerja pada anak buah. Bukan aku tak nak bagi mereka kerja, tapi aku tahu mereka tak  boleh buat. Nak suruh mereka buat, mahunya sampai 100 kali aku nak kena ajar. Lepas tu nak kena semak balik kerja mereka. Kemudian suruh mereka betulkan, sebab kalau tak de salah, memang tak sah. Boss pun suruh aku agihkan kerja, tapi boss tak tahu tahap kemampuan budak-budak aku.
Tapi, akhirnya, aku pun tahu, aku tak mampu nak siapkan semua kerja sorang-sorang. Orang yang pegang jawatan ni sebelum ni memang dah bagitau aku “kerja kalau kau tak bawa balik rumah, siapkan di rumah waktu malam, memang kerja tak boleh siap”. Sebabnya, kerja memang dah overload. Memang sepatutnya, anak-anak buah perlu support aku, tapi anak-anak buah aku ni, memang suka lawan aku. Tahunya nak cari kesalahan orang lain je, tapi tak pernah nak tengok diri sendiri. Bak kata enngineer department depan office aku, “sedangkan diri sendiri lebih banyak kekurangannya”. Begitulah perangai anak buah aku. Bila aku tegur, 1 patah aku cakap, 10 patah diorang balas. Tak tegur pun sakit hati, tegur pun sakit hati juga. Orang lain semua tahu, mulut anak buah aku macam mana. Aku tak sokong apa yang mereka buat, jadi memang mereka tak puas hati dengan aku. Banyak benda yang mereka nak aku buat, tapi aku tak nak. Mereka cuma nak aku je dengar dan ikut cakap mereka. Dah terbalik, kan? Bukan anak buah dengar cakap head, tapi head pula yang nak kena ikutkan kehendak mereka. Tidak! Aku tak mahu turutkan apa kata mereka. Aku dah letih dah dengan semua ni. Aku tahu mereka tu semua buluh. Melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dah memang jadi buluh, keras kematu macam tu, nak lentur apanya?.
Boss baru pula, asyik nak membebel je. Aku tahulah dia tension. Habis tu, ingat aku ni tak tension ke? Dengan perangai anak buah, dengan mulut dia yang asyik nak membebel, semua kerja aku juga nak kena settlekan. Nak buat kerja pun bingung. Mana nak berfikir lagi, boss pula bebel kat telinga. Anak buah lagi merungut bebelkan boss. Aku bosan!.  Why not stop membebel dan merungut, buat je kerja cepat-cepat, siapkan!. Habis cerita. Ni semua mulut je lebih! Mulut je bergerak, tangan tak bergerak! Buat je lah kerja. Boss pun, memerintah je, suruh buat itu, suruh buat ini. Konon-konon kata nak tolong aku buat beberapa kerja. Tengok-tengok, tak buat juga kerja yang dia cakap tu. Apa ni boss? See, boss pun tak sempat nak buat kerja tu, kan. Padahal sikit je tu yang dia konon-kononnya nak tolong aku. 1 per sepuluh pun tak sampai. Tapi habuk pun tak de. 
Tapi aku tak nafikan, kehadiran boss baru aku ni, dapat menggerakkan anak buah aku. Aku suruh mereka buat kerja pun, aku gunakan nama boss aku. Hehe..Anak buah aku tu, walaupun mereka tak takut pun dengan boss aku, tapi mereka kena juga buat apa yang boss aku suruh. Sebab kalau tak siap, boss follow up rapat-rapat dan membebel. Kah3. Aku kadang-kadang gelakkan je dalam hati, tengokkan gelagat boss dan anak-anak buah aku tu. Takpe, sekurang-kurangnya, boss tak bebel kat aku, bila dia tengok aku dah agih-agihkan kerja kepada anak buah aku tu semua.  Cumanya tulah, mahunya berhari-hari aku kena tunggu budak-budak tu semua siapkan kerja yang aku bagi tu. Huh! Baru mereka tahu, betapa azabnya selama ni aku buat sorang semua kerja tu. Memang mereka merungut kata seksa buat benda tu. Aku balas je kat mereka “you cuma buat bahagian you sahaja. I buat semua tau!”. Iyolah, ni mereka dah buat pun, aku kena cek semua kerja mereka. Ingat sikit ke? Mereka buat sampai 3 orang, 3 hari baru siap. Aku ni buat bahagian aku dan cek semua kerja mereka. Dalam masa beberapa jam je kena settlekan semua. Hantar kat boss, hantar kat customer. Aku kena pastikan semuanya memenuhi piawaian yang customer berikan. Barulah boleh close kes.
Anak buah aku tu semua, aku rasa macam nak rendam je mereka dalam 10 gallon asid sulfurik berkepekatan 100%.
Aku pun tak kata aku bagus sangat. Tahun lepas aku buat kerja OK je. Tahun ni aku dah tak de hati dah. Kadang-kadang tu, arghhh..lantaklah, malas aku nak layan. Off PC, balik rumah. Hanya jasad sahaja datang bekerja. Hati, jiwa dan minda tah ke mana. Terbang melayang-layang mencari ketenangan. Arghh..sesungguhnya, aku dah tak mampu lagi tanggung semua ni.
p/s: Kalau aku dapat kerja baru ni, tanggungjawab dah kurang sikit sebab dah tak jadi head, tapi gaji up lagi. Hehe..best tu.. I like.. ^_^.

error: Content is protected !!