Minggu lepas, hari Isnin, aku dapat BE yang pertama (8tv) setelah sebulan setengah bersama Nuffnang. Kemudian, keesokan harinya, aku dapat BE yang ke-2 (Digi). Tapi kan, mereka berdua ni bermadu. Dua-dua nak duduk dekat Leaderboard (LB). Halamak, awat lah deme ni berebut nak dok kat bawah header aku tu. Apapun, aku tetap teruja sebab dua hari berturut-turut dapat BE walau masih baru dengan Nuffnang.
Tadi, bila aku login Nuff, terkejut tengok earning meningkat. Biasanya hari Isnin je dia meningkat (campaign earning). Dalam hati aku bekata “dah turun jadi metered ke?”. Sangkaan aku tepat. BE 8tv dah tukar jadi metered. Halamak, cepat betul dia matang. Sebenarnya, memang dah lama aku perasan, sejak Digi nak duduk kat LB blog ni, memang 8tv jarang muncul. Asyik Digi je yang menari-nari. Jadi, memang tak hairanlah earning 8tv aku ciput je, sebab Digi lebih menguasai blog ni.
Digi berjaya menyingkirkan 8tv
Aku juga tak terperanjat tengok 8tv turun jadi metered, sebab semalam earning dia tak bertambah pun, yang bertambah Digi je. Apa pun, aku bersyukur dan terima seadanya. Sebab, walaupun aku dah dapat 2 BE, tapi aku masih berblog guna cara yang sama, tak de lah berusaha sakan untuk menaikkan trafik. Trafik, tetap aku maintainkan, dan blog ni pun masih mengekalkan rentak yang sama, iaitu update sehari sekali. Kadang-kadang je ada 2 entri. Tu pun entri yang simple je. Entri yang ambil masa tak sampai 5 minit untuk disiapkan.
Trafik minggu lepas, sepanjang 2 BE. Memang trafik tak pernah jem pun.
UV 30 lebih, sehari. Pageview 100 lebih sehari.
Tahlah, kebelakangan ni, dalam kepala aku, ingat nak minta kerja baru je. Busy sikit aku mengusya jawatan kosong sana-sini. Ada rancangan baru juga untuk blog ni, tapi tengoklah dulu macam mana. Buat masa ni, keutamaan aku ialah mencari kerja baru. Lagipun, berapa sangat lah duit Nuffnang kalau nak dibandingkan dengan gaji yang aku terima setiap bulan. Beratus kali ganda bezanya. Cuma rasa best juga, sambil membebel kat sini, sambil-sambil tu, dapat duit.
I love you, blog “HIDUP ADALAH ANUGERAH”,
good luck^^ hope you got more BE..i hope i got more too…
huk huk… nak buffered earning jugak…
so nice.. i want also =)
akak jeles nye…
salamz.. tahniah, sambil nyelam sambil minum air huhuuh.. saya cadangkan sya sya buat shoutmix kat sebelah, senang nak tulis komen huhuhhuu
@vivian: thanks. yeah, hopefully this 2nd BE will remain for a longer time. best wishes for your Nuffnang too.
@Nana: =)
@Faiz: Ala, ciput je tu, tak yah jeles lebih2..doakan akak daat BE lagi banyak, ya.=)
@fairullah: thanks. erk! komen kat shoutmix?
@Ken: your blog has more BE than mine, lor.. =)