Semalam hari Isnin. Macam biasalah kan, hari Isnin hari untuk tengok duit tabung Nuffnang. Bila aku alihkan cursor ke arah perkataan earning kat website Nuffnang, perasaan sedikit sedih menguasai diri. Alamak, sikit nya nilai yang bertambah untuk minggu lepas. Tak pernah aku dapat sikit macam ni. Selalunya lebih.
Dah sedih sikit tu, aku pun memberanikan diri mengklik simbol earning tu, dengan hati yang tak berapa nak ceria. 1st time dapat sikit macam ni, terkejut dan berhati walang lah juga. Tapi, sebaik sahaja aku klik simbol earning tu, ternganga mulut aku. Eh! Betul ke apa yang aku nampak ni?. Aku beliakkan mata aku, cuba tengok betul-betul perkataan yang tertera, memang dah ada dua seksyen, kat atas tulis buffered earning, yang kat bawah pula campaigns. Hehe…terus tersenyum aku melihatnya. Senyum-senyum lagi, sengih-sengih sikit lagi..Rasa tak percaya pun ada. Betul ke ni?. Huhu..Tak sangka. Aku terus capai kalendar yang sememangnya berada disamping lappy kesayangan aku ni. Sah! Memang baru 1 bulan setengah je aku bersama Nuffnang.
Tak sangka, memang aku tak sangka. Sebabnya, trafik aku tak lah kencang mana. Eh, eh..bukan setakat tak kencang mana, tapi memang tak kencang langsung. Sebelum ni aku fikir, kalau unique visitor dah lebih 100, baru boleh dapat BE, tapi UV aku tak pernah cecah 100. Tak percaya? Haa..tengok ni.
Purata UV, bawah 50 sehari.
Ya, sikit. Memang sikit je UV aku. Maklumlah, blog tak famous. Follower pun ciput je, tak sampai 100. Macam mana tah Nuffnang boleh bagi aku BE? Adakah sebab pageview? Aku tahu pageview aku agak tinggi, hampir 4 kali ganda dari UV. Aku pernah terbaca di satu blog yang mengatakan bahawa Nuffnang suka pageview yang tinggi. Betul ke gitu? Entahlah, aku pun tak tahu. Banyak lagi perihal Nuffnang ni yang aku tak tahu. Telahan aku terhadap Nuffnang pun selalu je meleset. Misteri pun iya juga Nuffnang ni, kan?
Yang aku tahu, BE ni, maksudnya pengiklan tu beli untuk UV yang masuk sesuatu blog. Bila dah cukup UV yang dia nak, iklan tu takkan dipaparkan lagi sehingga ke hari esok nya. Kiraan baru akan bermula untuk keesokan harinya dan begitulah seterusnya. Kalau macam tu, agak-agak, berapa ya pengiklan tu nak UV dari blog aku ni?. Takkan dia nak 20 UV je kot? Hish, misteri yang tak dapat aku uraikan.
p/s: Terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca dan menyokong blog yang tak seberapa ni. Tanpa anda semua, blog ini juga tak pergi ke mana. Thanks, ya!
waaa
jelez
jelez
huhu
Tahniah dapat BE!! 🙂
hehe congrats. i nak buffered 8tv ni. tp dapat lain pulak hee 😛
@ijat: ala..sikit je ni..baru 1st time dapat. Ijat pun boleh dapat gak. chayok!
@WZulhilmi: thanks! =)
@hudhud: oh, yeke? nape nak buffered 8tv?.
caya la akk..lepas ini bleh la blnje sy..sbb sy kot yg salu refresh blog akk..huhu..tu yg jd pageview tggi tu..huhu
p/s: thanks komen kat blog..=) setiap komen anda amat dihargai…
***Hit My Latest Update Here***
congratz..teruskan usaha…di mana ada kemahuan ,di situ ada jalannya
@Faiz: Hehe..oh, awak selalu refresh? Refresh je ke? Hehe..kalau ikut statcounter, pageview banyak datang dari visitor yang pakcik google bawa. =)
@Eyriqazz: Terima kasih. Anda adalah salah seorang sifu Nuffnang saya. Banyak cedok ilmu dari blog cikgu juga =)
cool.. keep it up =)
wah… tahniah 🙂
baru 1 bulan dah dpt BE
lagi 1tahun kompem blog ni meriah dgn BE
Suka baca post macam ni 🙂
viva BE..
diraja22: wow! viva BE!
tahniahlah dpt BE..gandakan usaha lagi utk dpt BE yg seterusnya
Tahniah ye…Bestnye…
@myzul: Terima kasih. InsyaAllah, akan digandakan usaha.
@MiHazif: Thanks. Memang best dapat BE.