Huhu..wokeyh..sekarang ni aku sedang bersantai mengetuk keyboard untuk menyejatkan peluh, setelah membakar kalori dengan membasuh kereta. Bukan sebiji kereta je aku basuh, tapi 3 biji kereta (termasuk kereta mak dan adik aku). Wow! Penat, tapi aku seronok. Seronok tengok kereta aku berkilat. Macam kereta baru! Haha..Memang kereta baru pun.
Kereta aku tu, ni lah first time ia bershampoo, selama ni ia mandi dengan air je. Aku lap dia dengan sponge. Dah 2 bulan berkereta, aku tak pernah beli barang-barang aksesori untuk kereta. Baru kelmarin beli shampoo, non-slip mat, wiper fluid, sponge dan kain untuk basuh kereta. Selama ni aku guna sponge housemate aku je.
Haha! Orang pergi kerja, aku basuh kereta. Sebab kilang aku shut down la, tu yang tak kerja tu. Masa aku basuh kereta, jiran aku menegur.
Jiran 1: Hantar car wash je lah, tak payah bongkok-bongkok.
Jiran 2: Buka car wash ke?
Aku: Ha’ah. Part time job.
Ha…hamik kau..jawapan aku, baik punya. Ngeh2..
Ada sebab kenapa aku tak pernah hantar kereta aku ke car wash, aku basuh sendiri je:
1. Persekitaran yang berhabuk
Kalau balik dari kerja aku basuh kereta, esoknya aku pergi kerja, balik kerja tengok kereta dah macam belacan dah. Penuh dengan pasir dan percikan lecak selepas hujan. Adeh!. Kalau hantar car wash, terasa pitih melayang. Tak berbaloi.
2. Musim hujan
Haha..ni lagi satu, boleh dikatakan hampir setiap hari hujan. So, kalau basuh kereta, mahu nangis tiap hari. “Alaa.. baru je basuh kereta”.  Tak pe lah, kan, hujan itu Rahmat..hehe..Sabar je lah. Kalau asyik hujan je, bilik aku pun tak panas. Eh! lari topik pula.
3. Mengeluarkan peluh dan membakar kalori
Haaa..yang ni aku rasa, baik juga untuk kesihatan, disamping aku dapat membelai dan memanjakan kereta aku tu.
4. Mengisi masa lapang
Kadang-kadang, kalau aku balik kerja on-time, kat rumah memang tak de orang. Bosan dok sorang-sorang, basuh kereta pun OK juga, kan. Hehe..
Kalian pula bagaimana? Basuh sendiri ke hantar car wash je? Berapa kerap basuh kereta?
p/s: Adik aku suruh aku basuh kereta bila time nak gi jalan-jalan je, memandangkan kawasan kilang aku berhabuk.

BACA JUGA :  CONTEST: BILA BLOGGER BERCUTI!
error: Content is protected !!