Salam…
Weee..hari ni balik kerja malam, pukul 9 baru keluar dari office. Hadoi! Sibuk betul kebelakangan ni. Sebenarnya, dari semalam cadangnya nak balik kerja on-time, nak pergi beli barang dapur. Memang barang dapur macam ada macam tak de je. Tapi, kalau dah balik kerja pun dah pukul 9 malam, nak bershopping apa nya? Karang sampai supermarket, orang dah nak tutup dah.
Jadi, dalam keadaan yang lapar dan letih, balik lah ke rumah. Huhu..nak berblog pun rasa tak larat juga. Tapi ni memang normal. Memang selalu aku buat entri pun dalam keadaan letih. Hihu..Tapi tak pelah, kan. Asalkan jari-jemari aku masih ligat menari-nari di atas papan kekunci hitam ni, masih boleh lagi menghasilkan entri.
Hari ni aku kena dera dengan boss. Sampai aku nak pergi toilet buang air pun dia tak kasi! Alkisahnya begini:
Kerja aku banyak yang pending. Tu tak siap, ni tak siap, banyak lah yang tak siap. Jadi semalam, boss aku pun asyik panggil aku pergi office dia je, ajak bincang itu dan ini. Banyaklah perkara yang dibincangkan. Lepas 1 kes ke 1 kes. Iyolah, kan, dah namanya banyak kerja yang pending. So dia suruh aku buat itu, buat ini. Tapi, asyik dok kat office dia bincang itu dan ini. Dari pukul 10 lebih, sampai lunch hour aku pun, dia curi 10 minit. Dah aku keluar rehat lambat. Balik rehat kena on-time pula tu, kalau lambat, tolak gaji.
Lepas tu, naik rehat, kena ngadap muka dia lagi. Sebab tak habis bincang lagi. Memang banyak sangat lah benda yang nak dibincangkannya tu. Dari pukul 1.45 sampai dekat pukul 3, dok bincang. Lepas dah habis bincang, aku balik semula ke office aku, nak lah siapkan kerja yang dia suruh. Baru 10 minit buat kerja, dia datang office aku pula. Bincang lagi sampai pukul 4 lebih. Cuba fikir, bila masanya aku nak buat semua kerja yang dia suruh tu? Asyik suruh tengok muka dia je. Kemudian, lepas dia dah keluar, aku sambung buat kerja aku. Tak lama mana pun aku dapat buat kerja. Pukul 6 tu, dia telefon aku lagi, suruh datang ke office dia. Allah.. sabar je lah. Dia nak tengok kerja yang dia suruh buat tu aku dah siapkan ke belom. Aku datang lah tempat dia tunjuk kerja yang aku buat tu. Lepas tu, mulalah bincang hasil kerja aku tu, sampai dah nak maghrib. Aku cakap kat dia yang aku puasa, then dia lepaskan aku balik. Padahal bincang tak habis lagi tu. Letih aku!.
So hari ni, lebih kurang macam semalam juga. Tapi lagi dahsyat dari semalam, sebab hari ni very big boss aku yang kat China tu call aku. Dahlah salah orang sana, tapi dia marah aku. Aku pun bengang lah kan. Ni apa kes? Orang lain salah, aku juga yang kena marah. Ish! Geram betul aku. Aku menjawab lah juga sikit2 dengan boss tu. Mestilah kena bela diri, kan. Siapa lagi nak bela aku ni? Huhu..tak puas hati betul. Anak buah aku pun bengang very big boss tu marah aku. Walaupun anak buah selalu sakitkan hati aku, tapi dalam hal-hal macam ni, diorang backing aku juga.
Jadinya, waktu yang seciput untuk aku siapkan kerja-kerja aku, asyik terganggu dengan panggilan-panggilan dari China. Dah lah call handphone aku. Adeh! Jatuh kredit. (Betul ke jatuh? Aku pun tak tahu. Sebab handphone memang dah lama tak top up pun).
Pastu pula, kes ni dah di bawa ke big boss aku. (Berapa banyak boss daa, kau ada ni Sya Iya oi!. Pening aku baca entri kau ni!). Minta maaf lah ya kalau ada yang pening baca entri ni. Sebenarnya aku ada 3 boss. So, atas aku, aku panggil ‘boss’, atas boss ‘big boss’, atas big boss, ‘very big boss’. Payah banyak sangat boss ni. So aku terima tekanan dari pelbagai sudut. OK, sambung cerita. Lepas dah call aku, very big boss call big boss. Sebenarnya very big boss tu nak minta pertolongan aku. (Hadoyai, nak minta aku tolong, tapi marah2 aku, blame aku. Sabar je lah). Kalau ikutkan hati aku, memang aku tak nak tolong. Tapi mestilah aku kena tolong, kan. Kena selamatkan company. Kalau aku tak tolong hari ini, esok aku akan jadi lebih teruk lagi dari hari ni.
Lepas big boss dah habis bercakap kat phone dengan very big boss, boss aku ajak ke office dia lagi. Bincang apa yang perlu dilakukan. Yang boss aku ni pula, dia tahu jam dah menunjukkan pukul 6, dia tak bagi aku bangun dari tempat duduk di hadapan dia tu.
Aku: “Finish already? Then I want to go back my place”.
Boss: “No, not finish. You stay here. Wait until Abu come”.
Aku: “Aiyo boss, I still have many things to settle, how I will finish my job, if you keep on ask me looking at your face?”.
Boss: “I’m afraid that you will go back”.
Aku: “I want to pee also cannot eh?. I want to go to toilet lah”.
(Ish! Aku dah tak tahan dah ni, ada ke dia tak kasi aku bangun? Kang banjir office ni kang, sapa nak tanggung?).
Aku: “Boss, I just go to toilet lah, then after Abu come, we continue discuss”.
Lepas tu aku angkat kaki je terus menuju ke toilet. Adeh…kes naya betul ni.
Sudahnya, terpaksa lah aku stay back sampai pukul 9,siapkan kerja. Tu pon banyak lagi yang tak siap. Barang dapur pun tak dapat nak beli..Huhu..lapar..nak makan apa ni? Beras pun dah habis, terpaksa buat muka seposen minta beras roomate.
p/s: Esok pagi pukul 11 aku ada interview. Tolong doakan agar lancar je lidah aku ni jawab soalan-soalan dari interviewer tu, ya. Ni nak kena prepare untuk interview esok..bye..
ingatkan penyakit apa
klu penyakit xleh buang air, ada caranya
=)
@joegrimjow: ehehe..batu karang ke? apa caranya?
azab betul, cam 2.. sabar je la..
semoga berjaya..
prevention is better than cure..sebelum dpt batu karang baik prevent dulu..
hmm…aku xda bagus nak bg advice tp aku pnh baca satu buku nie, dia kata kalau terlalu banyk kerja kita asyik pending je, selain dr faktor persekitaran,mungkin cara kita bekerja kurang efektif.. renung2kan..
@diraja: yup, sekarang ni memang tengah azab. thanks. ^_^.
@aurikelsan: yup! betul tu, aku tak nafikan apa yang kau cakap tu betul. memang tak efektif pun, mana nak efektifnya kalau semua kerja aku buat sorang. anak buah 6 ekor tak boleh pakai. boss baru aku ni, dia pun dah tension, asik nak membebel je. dia tukang bagi arahan je, tapi x buat, bolehlah. konon2 nak tolong aku, dia kata, ok yang ni I buat, tengok2 x buat juga! apa kes? See, dia pun tak boleh nak siapkan juga. Boleh tahan ke, semua kerja aku nak kena tanggung, pastu salah orang lain pun aku juga yang kena marah. Aku manusia, bukan robot, kalau robot pun dah lama jem dah.
kesiannya sya. tersentap baca entry ni. moga2 lulus la interview tu ek. moga2 sya dpt keje tu. hehe dari denga verybigboss dok blame sya tu kn. pastu dgn bos yg buli sya tk bagi kencing. KAHKAH kesian betui sya