Sebelum ni, aku dah bercerita mengenai Crystal Palace of Ming Tombs dan Jade Centre. Untuk entri kali ni, aku ingin berkongsi pengalaman aku menjejaki Tembok Besar China. Aku tak pernah berangan untuk menjejakkan kaki ke Great Wall ni, apatah lagi memanjat dan menuruni tangga-tangga Tembok Besar China, yang sememangnya curam. Jejaknya kaki aku ke sini, menunjukkan bahawa aku telah pun melihat dengan mata kepala aku sendiri, salah satu dari 7 kejaiban dunia.
Wah! Tak de orang ke? Hehe..Ramai orang, tapi tunggu bila orang tak lalu, baru snap gambar ni.
Panjangnya Great Wall ni, kalau mengikut anggaran moden, 6, 400 km dan terdiri dari beberapa seksyen. Aku datang sini masa musim bunga dengan andaian dapatlah tengok bunga-bunga kat Beijing ni. Tapi, buka semua tempat berbunga. Sebab cuaca agak kering, jadi kalau tempat yang terima banyak hujan, dapatlah tengok bunga dan daun-daun kehijauan. Kalau tak, tengok batang pokok je.
Kebetulan pula, masa sampai sini, kabus tebal dan hujan renyai-renyai..Alamak..tapi nak buat camne kan, teruskan je seperti yang dirancang. Kami pun memanjat tembok ni, dan mengabaikan rintik-rintik hujan dan memfokuskan mata dan minda pada pemadangan yang terdampar indah, walaupun pemandangan dibatasi kabus.
Bunga yang glamour di Beijing – Bunga peach
Bunga peach menemani Tembok Besar China
Kami panjat sampai bahagian ke dua je. Di sini ada kedai yang jual barang-barang cenderahati seperti T-shirt, cap, keychain dan pelbagai lagi. Tapi bagi aku, harga nya agak mahal la.
Paling menarik dan berbaloi untuk dibeli di kedai ni ialah plate, yang certified kita dah pun panjat Tembok Besar China ni pada sekain-sekian haribulan. Tak mahal, RMB40. Kalau ikut exchange rate masa aku pergi, kira dalam RM20 je.
Sejarah Pembinaan Tembok Besar China
Menurut pemandu pelancong aku, tembok ni mengambil masa selama 100 tahun untuk dibina. Huhu..mana taknye, bina, runtuh, bina balik, runtuh semula. Begitulah beberapa kali runtuh sehingga akhirnya tersergam gah tembok ni setelah mengorbankan banyak nyawa. Pembinaan Tembok Besar China ini dilakukan secara berperingkat-peringkat dari satu dinasti ke satu dinasti yang lain.
Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar ‘kubur terpanjang di Bumi’. Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Kalau berjaya panjat tembok ni sampai ke hujung, maka sampailah anda ke Mongolia.
Fungsi Tembok Besar China
Apa fungsi Tembok Besar China?. Kenapa Tembok Besar China di bina?. Tembok Besar China ini dibina untuk menghalang pencerobohan puak Mongolia dan Manchuria.
Lihatlah ketinggian tembok ini
Ada mangga pula. Mangga apa ni? Kenapa ada di sini?
Jawapan kepada persoalan aku ni terjawab sebaik sahaja memasuki bas untuk ke destinasi selanjutnya. Di mangga ni, tercatat nama pasangan-pasangan kekasih atau suami isteri. Tujuan meletakkan mangga disini, dipercayai konon-kononya kita dapat mengunci hati pasangan kita, supaya tak cari yang lain..Gitulah simboliknya..
Dah panjat,
kenalah turun, kan
OK, satu soalan bagi anda yang sedang membaca entri ni. Panjat susah ke, turun lagi susah?
p/s: Bagi aku, turun lagi susah. Panjat senang je, cuma jantung berdegup laju je dan kaki rasa lenguh sikit. Turun lagi susah, sebab cerun dan tapak kaki menerima banyak tekanan.
Bertemu lagi di entri berikutnya –> Silk Centre.
Siri pengalamanku bercuti di Beijing:
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
akk g china nie..perbelanjaan sendri ke…atau tanggungan..huhuu….neway lau x dlu mse sy praktikal dpt g china gak..tp ke shenzen..tp ape kn daya..praktikal dah abis..xleh la g..huhu
perbelanjaan sendiri, sape pula nak sponsor. kalau awak baca entri Penang akak, hah! yang tu company sponsor. Tapi tak best la kalau pergi atas urusan kerja. Tak enjoy.
sya, besar x bajet g beijing? sya guna travel agency ke?
sy ada ura2 gak nak g sana. tp sy suka backpack travel. hentam kromo jer pergi sbb blh jimat sket… tp klu guna travel agency still under bajet lg, mau gak terjah ke sana 🙂
guna travel agency jer. Sya gi 5 hari 4 malam. Harga ikut berapa lama kita kat sana juga ler. Ala SyuQ, standby la dalam RM1,500.
SyuQ nak gi sana bila? Yeh yeh..nanti SyuQ bawa balik ole-ole untuk Sya..hehe..
boleh tak nak tau u pergi dengan travel agent ape yer? saya nk pergi bulan januari 2011 nih.
Salam… menariknyer bila tgk gambar2 kat beijing.
@Suhana: Sya pergi dengan travel agen Gurimas, KL. Sori, lambat balas komen. Wah! Suhana pergi sana dengan family ke sendiri je?
@Anonymous: Salam, terima kasih, jemputlah datang blog ni selalu ya.
salam sya..pakej 5D4N tu hrga brp?
Barapa jam nk kena panjat ni? x sabar nk memanjat ni… antara larat atau x jer ni nti… hihihihiiii
erm… larat atau tak tu kena tengok stamina diri lah, biasanya travel guide tu ada kasi masa, untuk kita. sekian2 masa, kumpul kat bas. so, kalau power, leh lah panjat ke beberapa station. tapi kena pandai budget masa lah ya, jangan tak turun2, orang semua dah tunggu kat bas, udah. hehe 😀