Salam Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat.
Di subuh yang hening ini, aku berkesempatan beronline sekejap. Sekejap sahaja. Untuk 30 minit. Setelah aku publish entri ni kelmarin, aku rasa sangat lega. Sungguh. Lega sangat ku rasakan. Alhamdulillah, moga Ramadhan kali ini, benar-benar dapat memberikan ketenangan yang ku cari selama ini.
Tiba-tiba tangan aku gatal nak buka web Nuffnang. Alkisahnya, rupanya Garuda Indonesia ni Buffered aku yang ke-5. Dah nampak dah iklan ni kelmarin kat bawah header. Aku syak dia BE, tapi kat web Nuffnang, tak pula kata itu BE. Jadi, aku ingatkan dia Campaign biasa je. Semalam tak on lappy langsung. Saje je. Memang aku nak kurangkan aktiviti berblog. Aku rasa tak adil pula bagi follower setia ku, kalau aku tinggalkan terus blog ni. Terharu dengan feedback yang aku dapat pada entri yang lalu. Harap kalian dapat maafkan aku, kalau blog ni tak berupdate setiap hari seperti sebelum ini.   
Alhamdulillah, advertiser Nuffnang masih lagi sudi memberikan aku buffered. Cumanya, itulah, semuanya berebut nak menari-nari di bawah header. Aku tengok Digi aku macam dah tak berapa nak naik je earning tu, tapi masih lagi berganjaklah, CTR tu. Huhu..macam dah ada tanda-tanda je yang DIGI dah nak berhenti menari. Dah sebulan lebih rasanya dia dok  menari kat bawah header tu. Antara 4 buffered yang aku ada sekarang ni, Digi lah yang paling senior. 
Takpelah, mana-mana je lah,aku terima je rezeki yang Allah bagi ni. Walaupun ada 4 buffered sekarang ni, takkan membatalkan niat aku untuk kurangkan aktiviti berblog. Niat tetap aku teruskan. Semoga aku dapat yang terbaik untuk diriku. Mudah-mudahan.

BACA JUGA :  KALAU OFFICE AKU MACAM NI, AKU TAK BERHENTI KERJA KOT
error: Content is protected !!